02 December, 2011

PSM, senyumkan hati ini

bismillahirrahmanirrahim


kini masa seakin mencemburui kita semua, bergerak begitu pantas. sehari bagaikan sekejap sahaja. Emm, aku pun turut merasa bahang ini. Sebagai seorang mahasiswa tahun 4, memang banyak assingment , lab work dan sebagainya untuk disiapkan, tidak seprti dulu. satu subjek hanya satu atau dua kerja sahaja yang diberikan.Namun, sekarang tidak lagi. Masa untuk bersuka ria sudah tamat. Ditambahkan lagi tahun ini aku perlu menyiapkan tugasan rutin sebagi final year, iaitu PSM-projek sarjana muda ataupun FYP-final year project ataupun lain-lain nama.

bersengkang mata, berjaga malam sudah menjadi perkara biasa sekarang ini. stay up, stay up dan stay up itu sahaja dalam pemikiran. Namun, kita perlu mempunyai satu target yang betul dan berpegang teguh dengasn target ini. satu jadual yang berkesan perlu dibina agar semua ini tidak akan menjadi susah disaat-saat terakhir. disamping itu, kekuatan dalaman diperlukan juga, disertakan dengan pengharapan dai Ilahi.moga ada keberkatan dalam apa yang kita usahakan. begitu juga doa dari kedua ibubapa yang tidak putus-putus dipohon. Ya Allah, kuatkanlah hati ini, moga apa yang aku buat ini menjadi satu ibadah kepadaMU dan juga istiqamahkanlah hati ini untuk meneruskan semua kerja-kerja ini hingga pengakhirannya.


namun begitu, aku sudah sedih, semalam aku tidak dapat untuk bersama-sama sahabat-sahabat untuk menjayakan program RTM-rukun tetangga mahasiswa, iaitu roadtuor. betullah, kadang-kadang akademik ini akan menjadi satu fitnah terhadap dakwah islamiyah amnya dan Islam khusunya. Baik akademik, baiklah pandangan dan tanggapan orang lain pada apa yang kita ingin sampaikan iaitu dakwah.Moga-moga kita semua dijauhkan dari ujian sedemikian rupa.

Kata-kata semangat dan juga dorongan perlulah dikuatkan satu sama lain, agar semua ini akan menjadi pendinding kepada sesiapa yang terasa keseorang dan dalam keadaan tekanan.

pengakhir kata untuk entri kali ini, aku menyeru semua sahabat, pandai-pandailah membahagikan masa yang ada ini, agar tidak melakukan kerja-kerja pada saat-saat terakhir."last minute' memang rutin kita semua, tapi jika boleh dielakkan, elaklah.jangan nanti nasi sudah menjadi bubur, menyesal tidak sudah. jadilah seperti semut, sentiasa bergerak untuk melakukan sebarangan kerja.tidak kenal penat dan lelah.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

sahabat@sahabiah PMI

.: sahabat utm :.

sahabat nun disana