29 December, 2011

masa hampir tiba

bismillahirrahmanirrahim

begitu indah bila mana berbicara tentang ukhwah, semuanya sudah tahu, baik dan buruknya.bukan buruknya ukhwah tetapi buruknya jika kita tidak menggunakan medium itu tidak digunakan sepenuhnya dan sebetulnya.

kali ini aku bukan untuk berbicara baik dan buruknya ukhwah, tetapi berketepatan dengan musim study, road to exam.
bersekang mata, berpekaj-pekaj nescafe dibeli untuk berjaga malam.semuanya itu usaha untuk mengekalkan dan menambahkan kecermelangan pada akademik. tetapi,last-last tersenggup-senggup kat meja study.
Insyaallah usaha yang berpaksikan kesungguhan akn memperoleh hasil yang terbaik. Ketika ini juga ramai yang bersengkang mata untuk menyiapkan asement yang bertimbun-timbun jika disusun.



jika diambil kira kata-kata  Bill Gates, memang sudah menjadi lumrah hampir semua student, akan melakukan kerja last minit, tetapi bukan semua. Bagi aku hanya dua keadaan sahaja akan membuatkan student ini melekat kat meja mengadap buku ataupun jurnal. situasi pertama adalah saat menghadapi final atau pun test dan yang kedua adalah menyiapkan asgnment yang akan dihantar esok hari. selain dari itu,..emm, fikir la sendiri.

Pesan seorang ustaz, sekarang ini, lebih molek jika kita lebih mendekatkan diri kita dengan sang Pencipta, Allah swt.Mohon dipermudahkan segala urusan dan di berikan kebaikan atas sesuatu yang akan dilakukan.tetapi, janganlah pula disaat kita memerlukan DIA, baru la kita mengadap, menganggat tangan memohon sesuatu. Pada keadaan lain, kita lupa. terhuyung hayang dengan benda lain.Subhanallah.

Perbanyakkan doa.Yakin atas pertolongan Dia.Insyaallah, pasti ada..masanya lambat dan cepat sahaja,dalam keadan nampak tau pun tidak.
Di bawah ini aku kempilkan sekali doa rabitah.Sebagai satu doa penguat antara hati-hati kita semua.Insyaallah.Jangan stress.





“Ya Allah, sesungguhnya Engkau Mengetahui bahawa hati-hati ini telah berhimpun kerana mengasihani Mu, bertemu untuk mematuhi (perintah) Mu, bersatu memikul beban dakwah Mu, hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syari’at Mu.
Maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya, kekalkan kemesraan antara hati-hati ini, tunjuklah kepada hati-hati ini akan jalanNya (yang sebenar), penuhkanlah (piala) hati-hati ini dengan cahaya Rabbani Mu yang tidak kunjung malap, lapangkanlah hati-hati ini dengan limpahan keimanan dan keindahan tawakkal kepada Mu, hidup suburkanlah hati-hati ini dengan ma’rifat (pengetahuan sebenar) tentang Mu. (Jika Engkau takdirkan kami mati) maka matikanlah hati-hati ini sebagai para syuhada’ dalam perjuangan agama Mu.
Sesungguhnya Engkau sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong. Ya Allah perkenankanlah permintaan ini. Ya Allah restuilah dan sejahterakanlah junjungan Nabi Muhammad SAW, keluarga dan para sahabat baginda semuanya.”


insyaallah semua.Jumpa di final nanti
[road to final exam]
ismaryzalismail
29 disember 2011
menanti tahun baru yang bakal mengunjung tiba



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

sahabat@sahabiah PMI

.: sahabat utm :.

sahabat nun disana