26 December, 2010

Betul ke kita bercinta..?

Benar ke kita bercinta..?
Apa tandanya?
Apakah hanya sekadar mengambil berat, boleh dikatakan kita bercinta?
Bagaimana cinta itu ditafsirkan??
Hanya mulut berbicara...I LOVE U...maka boleh dikatakan kita bercinta.

C.I.N.T.A
cinta merupakan subjek yang sukar untuk kita tafsirkan. bagaimana bentuknya kita pun tidak mengetahui.
Bagaiman akau ingin menulis tentang CINTA, jika aku sendiri belum sempurna dalam perjalanan CINTA ini.Entah ke betul atau pun tidak.Diawalan ini aku mohon kemaafan jika tersalah tafsir.
Moga-moga ini merupakan satu advantage untuk aku mengenali lebih dekat si CINTA ini.

Apa bila kita berada dilandasan pencarian iLmu, gangguan cinta memang terjadi. tidak kira la pada manusia, pada Pencipta sendiri malah pada subjek yang kita nelajar. Jika cinta diletakkan ditempat yang tidak bersesuaian maka kita kan hanyut dengan CINTA yang palsu.Kita akan berjaya, tapi kejayaan kita berlumutkan dengan lumut-lumut cinta, sangat hitam.
Teringat satu kata hukama
"untuk mencapai kebahagiaan, cintailah sesiapa sahaja yang mencintai kita, bukan sesiapa yang kita cinta".
janganlah budaya dari bollywood dan hollywood dijadikan kayu ukur oelh kita. Marilah kita mencari tanda panduan didalam al-quran. Banyak Allah teleh menggariskan tanda panduan didalam Alquran. Malah bertimbun-timbun sirah dan riwayat di olah oleh para ilmuan tentang cinta.

CINTA remaja ini sememangnya penuh dengan kepalsuan. Ianya dijunjung dan dipuja melangit, sedangkan CINTA ALLAH....hanya menjaditempelan dan menjadi penting bilamasa disaat keberuntukan dan time kesusahan.
CINTA memang lumrah manusia.TAPI, jika disalah gunakan dan salahmenempatkan CINTA, maka akan menimbulkan kemudaratan.

Ramai student kata, CINTA ini boleh menaikkan semangat untuk blajar.Memang betul.Jika kita CINTAkan Ilmu.Tapi bukannya dicintanya, tapi......
CINTAdiibaratkan sbagai hadiah. siapa yang menghadiahkan CINTA.tidakah kita menCINTAi pemberi hadiah ini.Tepuk dada kita, tanya iman kita.Siapa pemberi CINTA ini.
Begitu ramai yang memuja CINTA, padahal mereka mendustai CINTA yang suci ini.mereka mengherek CINTA yang suci dan bersih ini kelembah kehinaan, mengikut CINTA hawa nafsu.Mulut kita sering menyebut, kita berCINTA secara islamik. Bagaimana kita mengimplimennya. tahukah kita isi perjalanan cinta islamik ini. kita hanya tahu berbicara, orang bercakap kita bercakap.tapi jika ditanya,mulut hanya bisu.
CINTA islamik??\apakah prinsipnya??apakah pendekatnya??bagaimana CINTA yang digambarkan oleh Nabi Sulaiman dengan Balqis dan Nabi Yusuf dengan Siti Zulaikha.

Kita seharusnya meletakkan ALLAH merupakan CINTA yang lebih utama berbanding dengan lain.
"kita tidak boleh mencintai orang lain sebelum mencintai diri sendiri .dan kita tidak boleh mencintaidiri sendiri sebelum mencintai ALLAH"

moga keCINTAan aku tiada perubahan.ALLAH tetap NO one aku cintai.

25 December, 2010

.: Doa Perpisahan

lagu ini aku tujukan pada semua sahabat aku, tidak kira dimana dikau berada. kenangan kita bersama masih bersemadi di lubuk hati aku.Bilakah kita akn bertemua, bergelak ketawa bersama.

[Brothers]
[Doa Perpisahan]


Pertemuan Kita Di Suatu Hari
Menitiskan Ukhwah Yang Sejati
Bersyukurku Ke Hadrat Ilahi Di Atas Jalinan Yang Suci


Namun Kini Perpisahan Yang Terjadi
Dugaan Yang Menimpa Diri
Bersabarlah Di Atas Suratan
Ku Tetap Pergi Jua


Kan Ku Utuskan Salam Ingatanku
Dalam Doa Kudusku Sepanjang Waktu
Ya Allah Bantulah Hamba Mu


Mencari Hidayah Daripada Mu
Dalam Mendidikkan Kesabaranku
Ya Allah Tabahkan Hati Hamba Mu
Di Atas Perpisahan Ini


"Teman Betapa Pilunya Hati Menghadapi Perpisahan Ini.
Pahit Manis Perjuangan Telah Kita Rasa Bersama. Semoga
Allah Meredhai Persahabatan Dan Perpisahan Ini. Teruskan
Perjuangan"


Kan Ku Utuskan Salam Ingatanku
Dalam Doa Kudusku Sepanjang Waktu
Ya Allah Bantulah HambaMu


Senyuman Yang Tersirat Di Bibirmu
Menjadi Ingatan Setiap Waktu
Tanda Kemesraan Bersimpul Padu
Kenangku Di Dalam Doamu


Semoga Tuhan Berkatimu

18 December, 2010

Mari kita renungkan

Mari kita renungkan

sudah beberapa minggu aku tidak mengutarakan entri terbaru aku, sememang aku tidak sempat untuk berkongsi dengan semua pembaca blog aku. kengkangna masa betul betul diuji oleh Allah.
hari ini sudah genap 12 hari kita menjejakkan kaki ke Tahun Baru Islam. namun sudah kah kita, koreksi atas apa yang kita lakukan selama setahun dulu?
adakah apa uyang kita lakukan mengikut acuan Islam?
atau sebaliknya...
umur kita semakin meningkat terus dan terus tanpa menunggu kita walaupun sesaat.

Allah SWT berfirman menerusi ayat 103 dan 104 surah alkahfi,
maksudnya:
"katakanlah(wahai MUhammad): mahukan Kami khabarkan kepada orang-ornag yang paling rugi amal-amal perbuatannya?(iaitu) orang-orang yang telah sia-sia amal usahanya dalam kehidupan dunia ini, sedang mereka menyangka bahawa mereka sentiasa betul dan baik paa apa sahaja yang mereka lakukan"

islam telah menggariskan segala tindak tanduk kita atas muka bumi ini, dari sekecil-kecil perkara hingga sebesar-besar perkara. Jangan la pula kita ambil sesetengah darinya dan tinggal sesetengah darinya.ingatlah islam itu syumul dan merangkumi semua aspek.

Adakah kita tidak terdetik dalam hati kita, rasa bersalah atas apa yang kita lakukan sehingga mencemarkan nama baik Islam itu sendiri?
Allah tidak mengira pangkat dan darjah kita dibumi ini, Tan Sri ke, datuk Seri ke, pekebun ke, penoreh getah ke, semuanya sama sahaja, Allah hanya menilai ketaqwaan kita terhadapNYA
dalam tempoh setahun ini, begitu banyak kesalahan yang kita lakukan. ini disebabkan kita Iman kita tidak di beri makan, kealphaan kita terhadap majlis ilmu.

Antara kesilapan kita yang kita lakukan sepanjang setahun:
1) kita tidak menegur sahabat kita tentang aurat. kepala mereka tidak ditutup, baju mereka ketat mengalahkan bungkusan buah nangka, sudah la ketat bajunya,ditambah pula singkat hingga lubang pusat ditunjukkan pada semua orang.
2)terdapat individu yang ghairah menganjurkan program, namun tiada batasan antara perempuan dan juga laki laki.
3)terdapat calon-calon MPM yang sudah menabur janji, namun semuanya kosong sesudah menang.semuanya yang hendak dibela menjadi bala.
4)memperlekeh dan mempersendakan Sunnah Nabi dalam kehidupan seharian.
5)ramai muslim yang tidak mengambil berat dan mengendahkan tentang solat fardhu 5 waktu. ketika azan berkumandang mereka tidak sibuk.

Apapun kesalahan tetap kesalahan, jika ia melibatkan agama, kita harus memohon ampun dan bertaubat dari Allah SWT. Mungkin ini merupakan sebahagian kesalahan yang kita lakukan sepanjang setahun dalam sedar ataupun tidak sedar. marilah kita sama-sama renungkan.

09 December, 2010

Apakah itu CINTA

apakah itu cinta

cinta itu perasaan jiwa semula jadi. ia adalah fitrah yang menjadi salah satu sifat manusia. ia wujud bila hati tertarik kepada yang dicintainya itu dengan penuh emosi dan gembira kerana itu.
dalam memenuhi keperluan untuk memuaskan perasaan cinta, manusia menghadapai krisis nilai.ttapi bpgi yang mengenali erti cinta yang sebenar, ia akan meletakakn cintanya ditempat yang betul.walaupun kewujudan cinta itu tidak dapat dilihat, namun ia dapat dirasai, dan sesungguhnya ia sememangnya cantik secantik bidadari. jika cintanya tulin dan tidak bertolengkan hawa nafsu, maka cintanya akan dihiasi dengan manik-manik kecintaan yang bernilai dan bercahaya gemerlapan.
cinta memerlukan bukti.
ramai yang mengatakan cinta itu suci.sucinya cinta bermakna ia tidak bernoda dan tidak pla berdosa.cinta itu bagaikan anak yang baru lahir.ternodanya cinta suci maka hilanglah serinya..

cinta itu diibaratkan sebagai manusia.boleh berputik , lalu mekar serta boleh layu lalu gugur ke muka bumi. cinta punya deria dan perasaan. cinta mendengar cinta, berkata cinta, melihat cinta. cinta ada segala-galanya. sayang,benci, cemburu, gembira, sedih,tenang,tertekan, ketawa,dan menangis. cinta itu hidup dan akan mati bila sampai masanya.namun ramai orang berharap cinta akan terus kekal selagi dia masih hidup dan tetap hidup walaupun telah mati.
mari lah kita tepuk dada kita, dan tanya iman kita. apakah pengertian cinta pada diri kita.

"Janganlah hendaknya kecintaan kamu terhadap sesuatu itu membuatkan kamu menjadi lupa dan kebencian kamu terhadap sesuatu itu membuatkan kamu hancur"
saidina umar al khattab.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

sahabat@sahabiah PMI

.: sahabat utm :.

sahabat nun disana