18 December, 2010

Mari kita renungkan

Mari kita renungkan

sudah beberapa minggu aku tidak mengutarakan entri terbaru aku, sememang aku tidak sempat untuk berkongsi dengan semua pembaca blog aku. kengkangna masa betul betul diuji oleh Allah.
hari ini sudah genap 12 hari kita menjejakkan kaki ke Tahun Baru Islam. namun sudah kah kita, koreksi atas apa yang kita lakukan selama setahun dulu?
adakah apa uyang kita lakukan mengikut acuan Islam?
atau sebaliknya...
umur kita semakin meningkat terus dan terus tanpa menunggu kita walaupun sesaat.

Allah SWT berfirman menerusi ayat 103 dan 104 surah alkahfi,
maksudnya:
"katakanlah(wahai MUhammad): mahukan Kami khabarkan kepada orang-ornag yang paling rugi amal-amal perbuatannya?(iaitu) orang-orang yang telah sia-sia amal usahanya dalam kehidupan dunia ini, sedang mereka menyangka bahawa mereka sentiasa betul dan baik paa apa sahaja yang mereka lakukan"

islam telah menggariskan segala tindak tanduk kita atas muka bumi ini, dari sekecil-kecil perkara hingga sebesar-besar perkara. Jangan la pula kita ambil sesetengah darinya dan tinggal sesetengah darinya.ingatlah islam itu syumul dan merangkumi semua aspek.

Adakah kita tidak terdetik dalam hati kita, rasa bersalah atas apa yang kita lakukan sehingga mencemarkan nama baik Islam itu sendiri?
Allah tidak mengira pangkat dan darjah kita dibumi ini, Tan Sri ke, datuk Seri ke, pekebun ke, penoreh getah ke, semuanya sama sahaja, Allah hanya menilai ketaqwaan kita terhadapNYA
dalam tempoh setahun ini, begitu banyak kesalahan yang kita lakukan. ini disebabkan kita Iman kita tidak di beri makan, kealphaan kita terhadap majlis ilmu.

Antara kesilapan kita yang kita lakukan sepanjang setahun:
1) kita tidak menegur sahabat kita tentang aurat. kepala mereka tidak ditutup, baju mereka ketat mengalahkan bungkusan buah nangka, sudah la ketat bajunya,ditambah pula singkat hingga lubang pusat ditunjukkan pada semua orang.
2)terdapat individu yang ghairah menganjurkan program, namun tiada batasan antara perempuan dan juga laki laki.
3)terdapat calon-calon MPM yang sudah menabur janji, namun semuanya kosong sesudah menang.semuanya yang hendak dibela menjadi bala.
4)memperlekeh dan mempersendakan Sunnah Nabi dalam kehidupan seharian.
5)ramai muslim yang tidak mengambil berat dan mengendahkan tentang solat fardhu 5 waktu. ketika azan berkumandang mereka tidak sibuk.

Apapun kesalahan tetap kesalahan, jika ia melibatkan agama, kita harus memohon ampun dan bertaubat dari Allah SWT. Mungkin ini merupakan sebahagian kesalahan yang kita lakukan sepanjang setahun dalam sedar ataupun tidak sedar. marilah kita sama-sama renungkan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

sahabat@sahabiah PMI

.: sahabat utm :.

sahabat nun disana