16 August, 2010

usrah : hak dan tanggungjawab ahli dan pimpinan

alhamdulillah, hari ini aku sempat untuk mengikuti usrah yg sudah 4 semester aku bersamanya. tajuk yang dibincangkan hari ini adalah hak dan tanggungjawab ahli dan pimpinan.

naqib aku membahagikan kami kepada dua kumpulan, yang mana satunya brainstorm ttg hak dan tanggungjawab ahli dan satu lg ttg pimpinan. setelah 10 minit masa yang diberikan,kami di minta membentangkannya. Namun, kami diminta bentang berlawanan tajuk. ini bertujuan untuk mencari titik persamaan dan juga perbedaan antara kedua2 kumpulan. Alhamdulillah. pendapat kami memenang berbeda.

kami sempat menyenaraikan beberapa hak dan tanggungjawab kedua-dua posisi tersebut. antaranya.
> kami mestilah bertolak ansur dalam semula hal
> pimpinan menjadi qudwah kepada ahlinya
> sentiasa mendekatkan diri kepada Allah
> memahami visi,misi dan objektif yang digariskan oleh pimpinan

bukan sekadar itu sahaja, ini hanya satu dua perkara yang dikongsi.
Pada akhir sesi ini, naqib kami menyimpulkan ttg tajuk kali ini.
1. kedua-dua posisi ini hendaklah memahami hak dan tanggungjawab yang digariskan didalam Al-quran dan hadis.
2. kita hendaklah menjaga hubungan baik dengan Allah mahupun dengan manusia.

disini saya selitkan satu potong ayat alquran, surah al-anfal ayat ke 27

" wahai orang2 yang beriman! Janganlah kamu mengkhianati Allah dan rasul dan juga janganlah kamu mengkhianati amanat yang dipercayakan kepadamu, sedang kamu mengetahui"

maka ketahuilah wahai jundullah, amanat kita sebagai pembela agamaNYA, hendaklah kita pikul dan disemat di pemikiran kita. marilah kita koreksi diri kita, dimana kita sekarang. majulah kehadapan dengan langkah yang menyakinkan, bahawa agama ALLAh akan kita julang selagi nyawa dikandung badan.

10 August, 2010

mesej darinya

Apa khabar semua...imanmu macam mana.
moga-moga ianya stabil dan semakin bertambah.Alhamdulillah, aku harap semuanya ok.
petang td aku mndapat satu mesej dari sahabat lamaku.....

salam sesuci titis qatrunada,buat sahabat seperjuangan~
sungguh, tidak terasa bila dia datang,
tapi akan sayu bila DIA tidak kembali,
mencarinya dengan suci adalah lebih indah daripadamemilikinya tapi tidak menghargainya..
DIA datang tanpa seruan,
DIA pergi tanpa alasan ..
kejarlah sebelum hilang dari pandangan kerana hadiranya anugerah yang tiada bandingan,
sabda rasulullah:"bukanlah keimanan itu sesuai yang dicipta dan dihiasi, tetapi ia adalah sesuatu yang mantap dalam sanubari dan dibuktikan dengan amalan"....ahlan wasaalam ya ramadhan...

begitu indah kata-katanya....DIA bersama kita kita tidak menghargainya. Adakah kita mengetahuinya. Adakah kita tidur dalam sedar.
Tepuklah dada, tanyalah iman. Mengapa dan kenapa kita masih disini tanpa ada apa-apa tindakan. Ingatlah DIA hanya datang dan pergi bila sampai masanya. Emm sedarlah wahai insan. Janganlah leka lagi dengan mimipi duniawi. Marilah kita melangkah kehadapan, jangan lagi kita pandang belakang. Itu hanya pangajaran, usahlah di bimbangkan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

sahabat@sahabiah PMI

.: sahabat utm :.

sahabat nun disana