10 August, 2010

mesej darinya

Apa khabar semua...imanmu macam mana.
moga-moga ianya stabil dan semakin bertambah.Alhamdulillah, aku harap semuanya ok.
petang td aku mndapat satu mesej dari sahabat lamaku.....

salam sesuci titis qatrunada,buat sahabat seperjuangan~
sungguh, tidak terasa bila dia datang,
tapi akan sayu bila DIA tidak kembali,
mencarinya dengan suci adalah lebih indah daripadamemilikinya tapi tidak menghargainya..
DIA datang tanpa seruan,
DIA pergi tanpa alasan ..
kejarlah sebelum hilang dari pandangan kerana hadiranya anugerah yang tiada bandingan,
sabda rasulullah:"bukanlah keimanan itu sesuai yang dicipta dan dihiasi, tetapi ia adalah sesuatu yang mantap dalam sanubari dan dibuktikan dengan amalan"....ahlan wasaalam ya ramadhan...

begitu indah kata-katanya....DIA bersama kita kita tidak menghargainya. Adakah kita mengetahuinya. Adakah kita tidur dalam sedar.
Tepuklah dada, tanyalah iman. Mengapa dan kenapa kita masih disini tanpa ada apa-apa tindakan. Ingatlah DIA hanya datang dan pergi bila sampai masanya. Emm sedarlah wahai insan. Janganlah leka lagi dengan mimipi duniawi. Marilah kita melangkah kehadapan, jangan lagi kita pandang belakang. Itu hanya pangajaran, usahlah di bimbangkan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

sahabat@sahabiah PMI

.: sahabat utm :.

sahabat nun disana