30 July, 2010

perkongsian dewasa ini


perkongsian dewasa ini

bila aku merenung dan mengimbas kembali tulisan ku, hati aku sedikit tergelak. Mungkin diawal perkongsian kau agak melucukan. Namun hati aku mengatakan, itu menjadi kebiasaan. Belajar dari pengalaman. aku harus banyakkan membaca. Mencari permata yang harus aku temui dan berkongsi dengan orang lain.

Malam tadi aku menghadiri satu pertandingan debat. Aku bukanlah pesertanya, tapi pendengarnya. Di satu sidang aku terpegun melihat salah seorang pendebat dengan riak wajahnya yang meyakinkan lagi memuaskan hati pendengar dan jugak hakim.

"memang lah pihak kerajaan menyediakan perumahan berkos rendah, namun bukan itu yang kita risaukan. Kita risaukan apa yang akan diisi dalam rumah itu. Isi dalamnya, semakin hari semakin naik harganya. Ini yang patut kita risaukan. Jangan dibangga dengan banyak perumahan berkos rendah telah disediakan oleh pihak kerajaan." begitulah sedikit sebanyak kata-kata yang tidak sekali-kali aku terfikirkannya dan aku meneliti setiap katanya.

kali ini aku ingin berkongsi dengan sahabat sekalian mengenai wanita berpakaian namun bertelanjang.
Ahhhhhh....
bercelaru, aku memikirkannya. Bagaimana dikatakan berpakaian tapi bertelanjang.

Hadis dari Abu Hurairah r.a, bahawa Rasullullah bersabda bermaksud:

" ada dua golongan yang menjadi penghuni neraka. aku belum pernah melihat mereka. iaitu cemeti-cemeti bagaikan ekor lembu yang digunakan untuk memukul orang dan golongan kedua adalah para wanita yang berpakaian tetapi bertelanjang, berlenggang-lenggok ketike berjalan, menarik perhatian orang yang melihatnya. kepala mereka (sanggul / fesyen rambut) bagaikan bonggol unta yang senget. mereka tidak akan masuk syurga dan tidak dat mencium bau wanginya. sesungguhnya bau wangi syurga boleh terhidu dari jarak perjalanan yang sangat jauh".(riwayat muslim no. 3917)

Ramainya bertelanjang

betapa ramai golongan kedua dalam hadis tersebut berlegar-legar di pentas dunia hari ini. tidakkah mereka sedar bahana perkara ini. dari segi statistik menunjukkan bahawa kes rogol dan bunuh secara kejam semakin meningkat. Ini disebabkan oleh golongan yang berbangga-bangga menayangkan susuk tubuh mereka dikhalayak ramai. mangsanya adalah orang yang tidak bersalah. dimanakah perasaan mereka.
dengarlah wahai kaum hawa yang menjadi kilang kepada umat Nabi akhir zaman ini.
tidakkah risau anak mu pada masa akan datang.
dimana letaknya hati lembutmu.

perkongsiaan ini

coretan ini aku tampilkan bukan untuk mengkritik atau membenci sesiapa. padaku keadaan ini berlaku bukannya salah diri sendiri......seperti kata-kata seorang ulama'
jika kita tidak ingin melihat rumput meliar tumbuh maka kita cabut lah akarnya.
samalah seperti kes-kes yang berlaku dewasa ini. jika kita ini melentur bulu biar lah dari rebungnya.

ku harapkan perkongsian ini dijadikan pedoman dan sempadan. semoga kita dapat mendidik diri kita.sama-samalah kita berpesan-pesan

"demi masa. sesungguhnya manusia dalam kerugian, kecuali orang yang beriman dan mengerjakan kebaikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan salingmenasihati untuk kesabaran".(al 'ashr 1-3)



21 July, 2010

DOA RABITHAH


DOA RABITHAH

untuk semua pembaca tegar blog ini , aku kongsikan satu doa untuk mengeratkan lagi ukhwah kita sesama islam. doa ini merupakan tali penghubung antara orang-orang yang beriman. Semoga pembaca dapat amalkan dan praktikkan didalam kehidupan pembaca semua.Insyaallah.


13 July, 2010

pesanan untuk adik-adikku dan diri ini

salam ukhwah...pertama dan selamanya aku panjatkan kesyukuran ke Ilahi, kernaMU panjangkan umurku untuk meneruskan sisa hidup ini di bumi ilmu ini.
ni adalah entri yang pertama bagi semester baru , aku mengharapkan diri ni sentiasa istiqamah dalam jalan juang yang telah ALLAH tetapkan ini. Semester ni aku merupakan graduan tahun 3, yang mana lebih banyak pancaroba dan liku-liku yang harus aku tempuhi, dalam keadaan senang, duku mahupun gembira. hati aku ni seakan-akan mengiakan dan membenarkan apa yang senior aku yang mengatakan tahun 3 ni merupakan tahun yang susah untuk score. Adakah aku harus membiarkan ia menghantui aku. Ya Allah aku mohon pertolonganMU.
minggu lepas aku berpeluang untuk menjadi crew dengan kata lain agen atau fasi bagi mahasiswa baru. Alhamdulillah aku telah meluaskan hubungan aku sesama manusia. ahlan wassalan aku ucapkan. 12/7/2010 adik aku jugaa mendaftar sebagai mahasiswa di IKM(institusi kemahiran mara) di sungai petani, kedah. alhamdulillah dia mempunyai keinginan untuk meneruskan perjalanan hidup dengan mencari ilmu. aku harapkan dia dapat membawa diri sebaiknya, yang mana mak dan ayahku jauh nun di pelosok kampung, yang hanya mengharapkan kejayaan dari anak-anaknya.
aku teringat satu pantun yang pernah memperdengarkan untuk kami yang baru menjejakkan kaki di matrikulasi dahulu.
cari-cari tempat mandi,
yangpertama teluk kedua pantai,
cari-cari teman sejati,
yang pertama elok kedua pandai.

pantun ini menjelaskan kita seharusnya mencari teman sejati dengan perangai yang elok maka eloklah segalanya. cerdik pandai tidak menjaminkan apa-apa sekiranya menpunyai perangai yang tidak elok.ini kerana akhlak yang baik merupakan kunci kejayaan hidup. semoga tulisan ini dat didengari oleh semua mahasiswa baru mahupun yang lama, tidak ketinggalan juga adik kesayangan aku jauh di utara.semoga dia dapat menjaga diri dengan berlandaskan islam.
diri ini mengharapkan perubahan dan istiqamah yang baik untuk semua. selamat mengharungi dunia yang penuh dengan kepalsuan dan dugaan ni, jika kita tiada pegangan maka kita akan tergelincir dan hanyut. Jauhkanlahnya dari kami, moga-moga kami bersama orang-orang yang beriman.

01 July, 2010

disaat

disaat
lekanya mimpi dibuai keindahan dan keseronokan
disitulah ku perlukan mu
disaat
indahnya hidup berlandaskan pegangan al anbia
disitu lah ukhwah semakin utuh
disaat
aku kesepian dan kesunyian
disitu ENGKAU menjadi peneman
disaat
kaki ku berjalan serong
disitu ENGKAU anugerahkan aku sahabat

ketika itu aku terkapai-kapai
dilambung ombak kehidupan
sahabat engkau anugerahkan
tiap detik disilih dengan ingatan
moga aku tidak dibuai kealphaan
moga di pelihara dan diteguhkan iman
pimpinlah kami dijalan yang diredhaiMU



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

sahabat@sahabiah PMI

.: sahabat utm :.

sahabat nun disana