18 January, 2013

first time..

bismillahirrrahmanirrahim

Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,(Sekali lagi ditegaskan): Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. (insyirah 5-6)



dup dap dup dap...
debaran didada semakin memberontak. inilah kali pertama aku pergi interview. entah bagaimanlah rasanya bila berada di depan penginterview nanti. perbagai salan mula bercambah di pemikiran ku. runsing. semakin menular ke segenap ruang badan aku. aku cuba menangkis dengan berbual sesama calon. nampaknya strategi aku hampir berjaya mematahkan serangan dari perasaan itu. 

setelah di beri taklimat oleh urusetia, perasaan aku kembali lagi. sedikit -demi sedikit dia memberi tips utk menjadi calon yang terbaik bagi dipilih bersama mereka sebagai staff. aku mengangguk, tanda faham apa yg dibicarakannya. 

satu test bertulis diberikan sebelum kami melangkah ke bilik interview. seorang demi seorang di panggil. setelah tiba giliran aku, namaku dipanggil. senyuman aku lemparkan kepada pemanggil, sebagai tanda nama itu, aku yang punya. berjalan ditengah-tengah staf mereka, aku hanya senyum, di hati aku berdoa, moga dipermudahkan. tiba-tiba "good luck, yakin boleh"...tersentak sekejap, aku memalingkan kepala, "terima kasih, insyaAllah"...langkah diteruskan.

salam diberi sebelum, aku melabuhkan badanku ke kerusi empuk. kini aku hanya bertiga. penginterview memperkenalkan diri masing-masing. satu demi satu soalan ditnya. ringkas dan bersahaja aku menjawab. entah mereka berdua faham entah tidak. bicara aku, hanya broken english. bila mana dia menanyakan apa itu ROTU(palapes). dengan semangat patriotik (hahaa) aku menjawab. biarlah broken pun broken lah, janji aku bercakap.

15 mint telah berlalu, "kami mengucapkan tahniah buat kamu dapat menghadirkan diri ke sini dan semoga kamu terpilih untuk bersama kami", kata terakhir dari mereka, aku menymbut dengan senyuman dan InsyaAllah.

senang je interview ni..kata hati ini.

insyaAllah, lain kali akan dibaiki...

ismaryzalismail
18 january2013

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

sahabat@sahabiah PMI

.: sahabat utm :.

sahabat nun disana