31 January, 2012

musafir kasih

bismillahirrahmanirrahim

alhamdulillah, minggu lepas aku sempat untuk melihat keindahan Pangkor, bumi yang dipenuhi keindahan alam terutamanya hidupan laut.sudah diketahui umum akan keindahan ini, bukan sahaja yang mengenalinya dari penduduk setempat malah di seantero dunia.

apa yang ingin aku kongsikan adalah rentitan perjalanan menghala ke Pangkor. suka dan duka memang ada menghiasi perjalanan aku. dalam perjalanan ini bukan aku sendirian. Namun, aku bersama beberapa orang yang menuju satu destinasi namun berlainan matlamat.kau ingin mengimbau kenangan yang pernah aku tinggalkan di pulau pangkor. sebelum ini sudah dua kali aku menjejakkan kaki ke pulau yang penuh denga sejarah penjajahan sekian masa dulu.

bermula dari UTM, bumi barakah yang dipenuhi ilmuan-ilmuan, aku melangkah menuju ke KL central. Asal perancagan terus ke manjung, satu daerah di Perak, tetapi terpaksa mengubah perancagan  atas sebab tertentu. aku terpaksa transit di rumah pakcik kawan aku, dan menuju ke KL central. dari Kl central ke IPOH. mungkin sahabat semua tertanya-tanya, kenapa aku tidak terus ke manjung tetapi singgah di Ipoh. suatu masa dulu aku pernah menziarahi makcik aku kat lumut  melalui Ipoh. jadi seperti yang aku katakan, aku ingin mengimbau kenangan lama, aku ke Ipoh. Dari Ipoh, aku menaiki bas roadway ke Manjung.Aku di Ipoh keseorangan.Rakan yang lain terus ke Manjung. kerisauan  dari Kl central lagi sudah terjawab. handset aku mati. bateri sudah habis. mesej last aku mengatakan aku bertolak dari Ipoh 4.30 ptg ke rakan aku yang tunggu di Manjung. mengharapkan dia dapat mengira perjalan aku dari Ipoh menuju Manjung, dan dia akan tunggu aku di stesen bas Manjung.

Sepanjang perjalanan, kau melihat keindahan alam yang telah Allah kurniakan. sudah 5 tahun aku tidak kesini.sungguh cepat masa berlalu.Ipoh>Bota>seri Iskandar>Ayer Tawar> Sitiawan>Seri Manjung. sesudah sampai di stesen bas Manjung, masih tidak kelihat kelibat Ibrahim. terlintas difikiran untuk charge handset di surau, tapi harapan aku meleset. surau dikunci.kehulu ke hilir akumencari plug untuk charge handset.
hasrat dihati ingin ketandas.terpandang tepi pintu masuk tandas ade plug yang diguhakan untuk kipas angin. Dengan rendah hati aku meminta inzin untuk menggunakan plug dari abang yang dok jaga.Alhamdulillah dia bagi laluan.
tidak sampai lima minit nama aku dipanggil..aku menoleh, rupanya Ibrahim.Alhamdulillah.

pasakan bukit sepanjang perjalanan dari KL ke Ipoh

chalet yang di sewa bagi jumlah dalam sepuluh orang.Jika menumpang dirumah Ibrahim, sangat ramai, tidak tertampung oleh keluarganya.

4 hari di chalet, menikmati keindahan alam. berkayak satu aktiviti yang memang mencabar di muara sungai. ketumpatannya seperti ketumpatan laut.bezanya tidaklah bergelora.kecantikan matahari terbenam, dapat dilihat.
Hari terakhir, aku berjalan ke Pangkor.Memori lama bangkit kembali. Dulu pernah aku datang kesini..Teluk Nipah.Ya. Teluk Nipah. satu tempatyang mempunyai satu tampat yang menarik untuk dinikmati.

 percikan air dari dada lautan ke badan tubuh feri

ibrahim

hazim

 azmi

 fahmin

 
 azami


Hirupan udara yang nyaman, memasuki peparu, sungguh menenagkan.Dibawah rimbunan pokok, air kelapa membasahi anak tengkuk dikala mentari menjalankan tugasnya sebagai pencerah dibumi.
tidak dapat disangkal lagi.Allah Maha Besar.

itu lah serba sedikit perjalanan aku di Pangkor.cerita ini hanya satu perkongsian kepada semua..
moga dapat memberikan satu ibrah kepada semua...  

penulis


 ismaryzalismail
30 januari 2012

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

sahabat@sahabiah PMI

.: sahabat utm :.

sahabat nun disana