02 January, 2012

tragedi berdarah menghiasi 2012

bismillahirrahmanirrahim

semalam telah berlaku satu peristiwa hitam dalam lipatan sejarah mahasiswa. Mahasiwa di zalimi.
ade segelintir dari kita menafsirkan dari satu sudut pandangan.Ayuh kita selidik dahulu, sebelum peristiwa ini berlaku.kenapa dan mengapa.
satu persoalan yg bermain dipemikiran aku, minggu lepas semasa demonstrasi geng Aspirasi, tiada pulak pijak memijak, pukul memukul berlaku. kenapa semalam ada.apa yg membezakn antara dua pihak ini.emmm...tepuk dada, tanyalah iman.

dibawah ini, aku kempilkan sekali dengan kenyataan dan pendirian PMIUTM atas apa yang berlaku semalam.

1. PMIUTM kesal dan marah denganTragedi Berdarah di UPSI, ini merupakan satu kebiadapan dan mencabul demokrasi yang ada didalam negara kita.
   2. PMIUTM bersama dengan semua aktivis BEBAS dan menyokong tindakan mereka berkumpul secara aman dan pilihan untuk berhadapan dengan pihak polis merupakan satu tindakan yang menunjukkan kesungguhan dan keyakinan mereka dalam menuntut kebebasan akademik dan mereka tahu akan hak mereka untuk berkumpul.
   3. PMIUTM akan tunjukkan solidariti dengan bantahan dan bersama dalam memperjuangkan kebebasan akademik.
   4. PMIUTM mengutuk sekeras-kerasnya tindakan pihak POLIS, kami sedar dan percaya dengan tanggungjawab pihak polis untuk menjaga keselamatan, tetapi dengan memukul rakyat sendiri yang hanya berkumpul secara aman, POLIS dilihat sebagai harapkan pagar, pagar makan padi.
   5. Pihak yang terlibat harus bertanggungjawab, pihak POLIS, dan Menteri Keselamatan Dalam Negeri mesti jawap tentang Tragedi Berdarah di UPSI.
   6. Mahasiswa harus menjadikan Tragedi Berdarah UPSI sebagai pemulaan kebangkitan mahasiswa, untuk menegakkan kebenaran dan menjatuhkan kezaliman.

Saff Kepimpinan PMIUTM Johor Bharu




























semua saff kepimpinan IMDAN turut mengecam perbuatan yang tidak bermoral ini sekeras-kerasnya.

ismaryzalismail
2 januari 2012


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

sahabat@sahabiah PMI

.: sahabat utm :.

sahabat nun disana