20 January, 2012

ujian selalu mendatangi kita

bismillahirrahmanirrahim

sudah kian lama aku tidak sentuh ruangan putih ini untuk mencorakkan sesuatu agar dapat berkongsi dengan semua sahabatku. sejak akhir-akhir ini begitu banyak masa di habiskan bersama dengan buku-buku akademik. bukan untuk aku mengatepikan perkara lain, namun aku harus fokus untuk exam.

usaha tangga kejayaan.
jika kita semua mengharapkan satu kejayaan yang diraih, tidak dapat tidak berusaha itu harus ada dalam diri. tiada jalan yang singkat untuk mengecapi kejayaan, walaupun dia itu seorang yang genius. namun, jika usaha yang dilakukan tiada diselangi dengan kesungguhan, maka hasilnya mengikut kesungguhan itu. bersungguh-sungguh dalam mengerjakan sesuatu yang bersifat ibadat, itu akan melengkapi syarat penerimaan ibadah. ini kerana bersugguh-sungguh perkara kelima dalam syarat penerimaan ibadah. sebelum kita pergi lebih jauh, mari kita lihat syarat penerimaan ibadah selain dari kesungguhan dalam  melakukan sesuatu perkara.
perkara pertama adalah amalan yang dilakukan menepati hukum syarak. kedua, ikhlas kerana Allah. sepanjang menjalankan program yang dilakukan tidak melanggari hukum syarak. dan yang keempat adalah perkara yang kita lakukan tidak sama sekali membelakangi ibadah yang wajib.

dalam bergerak melangkah menyusuri perjalanan untuk mengecapi kejayaan, pasti ada perasaan malas dan juga jemu. usah risau sahabat, semua itu hanya perasaan. tiada ubat untuk dijadikan penawar agar malas, jemu dan sebagainya hilang. itulah ujian dari Allah dalam keadaan kita tidak menyedari. semua ubat dan penawar tidak pernah wujud  didunia ini untuk merawat sifat malas dan jemua dalam diri kita.



berpasangan
setiap perkara yang Allah jadikan semuanya berpasangan. ada rajin dan ada malas, ada cantik dan hodoh, ada tinggi dan pendeknya. Ada berjaya dan ada gagal. serta ada lelaki dan perempuan. semua yang Allah ciptakan semuanya ini ada tujuan dan peranannya sendiri.

sahabatku semua, ramai yang mengatakan, hidup ini bagaikan roda. berputar dan berputar.adakalnya berada dibawah dan ada kalanya kita berada diatas. namun usah kita lalai, biarpun dimana kita berda, semua itu adalah ujian dari Allah swt. manfaatkan lah setiap saat yang kita lakukan untuk mengangkat ISLAM.
begitu juga yang berlaku keatas diri ini. satu berita telah sampai ke gendang telingan ini yang menyebabkan timbul sebak dalam hati.mungkin ini satu ujian dari Allah.


"apakah manusia mengira  bahawa mereka akan  dibiarkan hanya dengan mengatakan 'Kami telah beriman' dan mereka tidak di uji."
Allah menjawab
"dan sungguh, Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka Allah pasti mengetahui orang-orang yang benar dan pasti mengatahui orang-orang yang dusta."
surah alankabut 2-3
Ya Allah, tenangkanlah Hati ini untuk menerima semua ini dengan hati yang terbuka.jadikanlah ujian ini satu kayu ukur untuk aku mengembeling bagi mengecapi kejayaan kelak.

ingatlah sabahatku, ujian yang telah Allah berikan itu untuk menghapuskan dosa-dosa kita.semua ini dari Allah swt.

ismaryzalismail
20 january 2012



 

5 comments:

  1. semoga kuat menghadapi segala ujian drNya..

    ReplyDelete
  2. ujian itu diberi kerana sayang dan cintaNya kepada kita... kuatkan diri..kuatkan hati...!! Allah is always there ;)

    ReplyDelete
  3. terima kasih Anonymous...
    walaupun saya tak thu siapa dirimu...
    tapi feedback yg awak bagi begitu bermakna...

    ReplyDelete
  4. ujian itu pengukur iman, antara mnjdi kebaikan atau kburukan kpd diri, kita berhak memilihnya utk mnghdpi ujian itu dgn tenang hati o sebaliknya kan?

    ssghnya, org yg smkin dicintai ALLAH akan smkin kerap teruji krn sktnya ujian itu akan trasa manisnya cinta ALLAH apabila hati tetap teguh berpegang padaNya...

    smoga allah stsa merahmati akhi...teruskan perjuangan, smoga DIA stsa redha...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

sahabat@sahabiah PMI

.: sahabat utm :.

sahabat nun disana