30 January, 2012

dipersimpangan kebuntuan

bismillahirrahmanirrahim

dipersimpangan ini aku semakin keliru,
keliru memikirkan jalan yang mana harus aku pilih,
adakah jalan dikanan, ataupun jalan di kiri
ataupun terus ke hadapan.

dipersimpangan ini, aku tiada pilihan,
tiada masa lagi untuk memilih mahupun berfikiran panjang,
perjalanan dihadapan tiada siapa yang mengetahui,
baik mahupun buruk,
itu semua sudah menjadi ketentuanNYA
semuanya mempunyai hikmah di sebalik itu,

aku dipersimpangan keputusan duniawi
memilih untuk mencapai keindahan di akhirat
memilih untuk menuju keredhaan Allah, ataupun kemurkaan Allah
namun wajarkah kita, berdusta kepada Allah
setelah kita di limpahkan lautan kenikmatan


betullah kata-kata tok guru nik aziz


"Tujuan manusia hidup perlu dirujuk kepada tukang buat manusia iaitu Allah SWT. Itulah tukang yang sebenar. Ibubapa bukan tukang. Ibubapa hanya perkakas untuk buat manusia. Umpama periuk belanga dan rempah ratus, peralatan untuk memasak, benda-benda ini tidak berguna tanpa adanya tukang masak. Tukang manusia ialah Allah SWT. Bila Allah SWT kata tujuan hidup manusia ialah mengabdikan diri padaNya, kita perlu patuh kerana Dialah tukang buat manusia."

maka dipersimpangan ini, tiada pilihan yang lain
sewajibnya kita memilih kerna Allah,
tiada sebab dan asbab lain,

ingatlah hadis pertama dari 40 hadis
yang berkenaan dengan NIAT..
niatlah kerna Allah, sesungguhnya setiap pekerjaan akan
diberkati..Insyaallah..


Ya Allah, permudahakanlah urusan aku di persimpangan ini,agar aku dapat memilih jalan yang Engkau redhai..
wahai yang menetapkan hati-hati ini, tetapkanlah hati ku diatas agamamu..




ismaryzalismail
29 januari 2012

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

sahabat@sahabiah PMI

.: sahabat utm :.

sahabat nun disana