29 August, 2009

ramadhan...tarbiyahMu sungguh hebat....



Seperti yang difirmankan Tuhan di dalam al-Qur'an, "Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa." (Al-Baqarah: 183)

Pejam celik- pejam celik sudah seminggu kita menjalani latihan tarbiyah di kem ramadhan, saya berharap dapat teruskan hingga kepenghujungnya. Dalam menjalani kem ini sudah banyak mehnah dan tribulasi yang sukar saya tempuhi. Minggu lepas saya menyambut kedatangan bulan yang dipenuhi kerahmatan ini dengan latihan palapes. Jika sehari tidaklah sya gusarkan tetapi dua hari berturutan...SUBHANAALLAH...keletiahn dari segi mental dan fizikal amatlah dirasai..saya kuatkan semangat dengan bantuan rakan-rakan dan sahabat-sahabat..teringat kisah baginda dulu, 2 RAMADHAN telah berlakunya peperangan BADAR, yang mana penentangan berlaku anta tentera ISLAM dengan puak arab musyrikin..kisah salahuddn alayubi juga menyelubungi dalam kepala saya juga, untuk membakar semngat untuk teruskan training palapes...

Surah Ali ‘Imran ayat 123 hingga 125.

“Sesungguhnya Allah menolong kamu dalam Perang badar, sedangkan pada masa itu kamu orang yang lemah. Sebab itu bertaqwalah kepada Allah supaya kamu mensyukurinya“.

Selepas itu sya diuji dengan ujian saya sebagai mahasiswa...test..test..test..assignment...report..(due date minggu ni)..YA ALLAH KUATKAN DAYAKU...

..Rasulullah s.a.w. menggembirakan para sahabatnya dengan sabda baginda: Ertinya: Sesungguhnya akan datang kepada kamu bulan Ramadhan bulan yang diberkati, Allah mewajibkan kamu berpuasa di dalamnya. Pada bulan Ramadhan dibuka pintu-pintu syurga, dikunci semua pintu neraka, dibelenggu semua syaitan. Di malamnya ada satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Barangsiapa yang tidak memperolehi kebajikan pada malam itu berertilah diharamkan baginya segala kebaikan untuk dirinya.

Rasulullah s.a.w. juga mengucapkan kepada para Sahabat ucapan yang bermaksud: Telah datang kepada kamu bulan Ramadhan Penghulu segala bulan , maka selamat datanglah kamu kepadaNya. Maka telah datang bulan puasa membawa segala macam keberkatan. Oleh yang demikian muliakan tetamu yang datang itu dengan seberapa baik...

Esok hari kelapan kita menjalani latihan di kem tarbiyah, esok jugak hari ketga saya berada dalam latihan palapes..insyaallah akanku teruskan apa saja yang dijadualkan...




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

sahabat@sahabiah PMI

.: sahabat utm :.

sahabat nun disana