23 May, 2011

Ikhtilat ditempat kerja

Assalamualikum wbt

Diam tidak diam minggu ni sudah masuk minggu ke dua aku di bumi takluk Sime darby.Pelbagai rencah kehidupan kami temui dan selongkari, dari hari kehari.Betullah jauh barjaln luas pemandangan/pengetahuan. Lagak gaya dan kehidupan orang yang berkerjaya sememangnya jauh berbeza dari kehidupan seorang student.Walaupun hanya sebelah kaki sebagai orang yang bekerjaya, aku merasakan keperitan mencari sesuap nasi memang terasa.Entah bagaimana agaknya, orang yang full time bekerja.Keluar pagi, petang bari balik.Subhanaallah, hanya Dia yang mengetahui.

Dalam kesibukan dan keghairahan berkerja, aku teringat pesanan naqib aku tentang ikhtilat ditempat kerja.Berbeza semasa di alam pengajiaan.Setelah seminggu berlalu, aku dapat melihat ikhtilat sesama rakan kerja dan juga senior-senior disini.Walaupan tidak begitu ketara, tapi masalah ikhtilat tetap ada.

Ikhtilat(pergaulan antara lelaki dan wanita yang bukan mahram) acap kali dijadikan tajuk kepada tulisan dan juga menjadi fitnah diakhir-akhir ini.Tidak kira disudut mana kita berada, percampuran ataupun pergaulan antara dua genre berbeza ini diabaikan serta dipandang remeh.(what don't know).

Dalam surah an-Nuur ayat 30 dan 31 Allah Subhanahu wa Ta’ala memerintahkan kepada lelaki dan wanita beriman supaya saling menundukkan pandangan di antara satu dengan yang lain.

“... Janganlah kamu melemah-gemalaikan suara dalam berbicara sehingga menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya, dan ucapkanlah perkataan yang baik.” (Surah al-Ahdzaab, 33: 32)

Apa yang dimaksudkan dalam ayat ini berkenaan melembutkan suara adalah merujuk suara yang dilemah-gemalaikan atau dimanjakan seperti sedang menggoda atau seperti suara seorang isteri ketika bersama-sama suaminya. (Rujuk Tafsir al-Qurthubi dan Tafsir Ibnu Katsir, 6/409)

Percampuran antara du jenis jantina di tempat kerja tidak dapat dielak selagi mana setiap individu menganbil inisiatif untuk tidak terjerumus dalam kancah arena ini.Mungkin kita sebagai orang bawah hanya akan mengikut kata dari pihak atasan dan tidak dapat mengelak , namun kita masih lagi boleh dan seharusnya mencari jalan untuk mengurangkan percampuran yang tidak maanfaat ini.

Pergaulan ini akan menyebabkan masalah hati diantara mereka.Silelaki terniang-niang teringat kan si perempuan.Begitu juga si perempuan menunggu si kumbang memetik kuntumannya.

"Aku tidak meninggalkan fitnah sepeninggalanku yang lebih bahaya bagi lelaki melebihi fitnah wanita.” (Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim – Muttafaq ‘alaih)

Aku bersyukur kepada Allah, kerna sehingga hari ini diperlihara dari fitnah ini.Dan masih lagi ditetapkan iman.Adku berdoa agar dijauhkan fitnah duniawi ini dari keluarga aku, diriku dan sahabat2 pembaca serta umat islam.

Kepada semua sahabat-sahabat pembaca, gunakanlah akal yang diberikan Allah, fikirkan ape yang baik dan ape yang buruk untuk diri kita.Fikirlah secara matang.
Entri ini aku tujukan untuk semua rakan-rakan yang asyik dalam kancah berkerja serta yang baru berjinak-jinak mengenal erti kerjaya, sertadiri ini yang daif.

wasaalam.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

sahabat@sahabiah PMI

.: sahabat utm :.

sahabat nun disana