28 November, 2011

Manisnya perjuangan bila Ukhwah mantap

bismillahirrahmanirrahim

bilamana disebut tentang perjuangan, ramai dari kalangan kita akan memandang sebelah mata dan ade juga membencikannya.Namun, ada juga yang memahami erti sebenar makna perjuangan.Perjuangan bukan sahaja di medan yang menggunakan senjata namun perjuangan dilakukan oleh semua orang.Dilakukan untuk meneruskan hidup.Demi sesuap nasi, mereka sanggup melakukan apa sahaja, untuk membesarkan anak, untuk cemerlang dalam akademik, untuk memperoleh kejayaan dalam kerjaya dan macam-macam lagi.Perjuangan.

Namun begitu, tidak ramai yang sanggup berjuang untuk menegakkan Islam bagi mengembalikan syiar Islam di muka Bumi ini.Sedikit demi sedikit kefahaman ini menular dipelusuk masyarakat.Para pejuang mesti mengetahui bahawa perjuangan yang mereka dokong ini merupakan satu tuntutan dari Allah swt.Usah mereka gusar dan risau akan kehidupan mereka, berpeganglah dengan janji Allah swt.Begitu banyak kisah dan teladan yang digariskan dalam Alquran.Antaranya
dari surah Muhammad ayat , surah as-saff ayat 10 -13,surah al maidah ayat 54-56 dan bayak lagi.oleh itu, marilah kita sertai mereka yang sedang berjuang untuk agama Allah, iaitu ISLAM. Kita bukan pemula untuk perjuangan ini, tapi kita merupakan penerus perjuangan ini,kita merupakan mata rantai-mata rantai bagi medium ini.

Ayuh pemuda, ayuh pemudi.

Marilah kita berkerja keras hanya untuk Islam.Tapi kita mestilah ingat, jika perjuangan hanya dengan semangat tanpa ilmu, itu semua hanyalah tipu daya syaitan.Maka, marilah kita berjuangan disamping itu, sama-sama kita menuntut ilmu, bukan sahaja ilmu perjuangan, akan tetapi ilmu agama juga perlu digalas dengan erat.

Dalam masa yang sama, usah kita lupa akan muhasah dalam perjuangan.Ini merupakan satu elemen penting, kerana muhasabah ini akan memantapkan lagi gerakkerja kita.Kadang-kadang, kita merasa letih akan berjuang.

firman Allah dari surah An-Nisa', ayat 104

Maksudnya : Jangan kamu merasa hina (hilang semangat) memburu musuh kerana jika kamu merasa sakit mereka juga merasa sakit seperti kamu merasainya sedangkan kamu pula berharap kepada Allah apa yang mereka tidak harapkan.

 dengarlah wahai sahabat,

Satu lagi elemen yang harus kita pegang adalah tidak menjadikan medan perjuangan ini meraih habuan dunia.Hal ini sungguh ditakuti oleh semua para abhanul harakah.Ujian kebendaan dan ujian kesenangan sering kali berlaku tanpa tindakan tegas untuk menghindarinya.

Wajib bagi semua abhanul harakah ikhlas dalam perjuangan mereka.Ini kerana niat yang ikhlas akan membawa erti kemenangan yang sebenar.

Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh imam Bukhari dan Muslim daripada Abu Musa al-Asy’ari bahasanya seorang arab badwi telah datang kepada Rasulullah s.a.w lalu bertanya:

Maksudnya : Ya Rasulullah! Ada seseorang yang berperang dengan tujuan merebut harta rampasan, ada pula seseorang yang berperang dengan tujuan suapaya disebut-sebut namanya dan ada pula seseorang yang berperang dengan tujuan untuk memperlihatkan betapa hebat peranannya”. Dan dalam riwayat lain “ Ada seseorang yang berperang dengan tujuan menunjukkan keberaniannya dan ada pula seseorang yang berperang untuk membalas dendam keluarganya. Dan riwayat yang lain pula disebutkan “ Ada seseorang yang berperang kerana mahu melepaskan kemarahannya maka yang mana di antara semua ini yang dianggap orang yang berperang fisabilillah?.” Rasulullah s.a.w menjawab :” Sesiapa yang berperang dengan tujuan supaya kalimah Allah S.W.T (Islam) menjadi tinggi maka orang itu sahajalah yang dikatakan berjihad fisabilillah


Jada saudara-saudaraku, marilah kita seiring dan selangkah menuju kehadapan dengan bersama-sama bergerak berjuang demi Islam.Marilah kita sama-sama bersyukur atas semua nikmat-nikmat yang dicurahkan pada kita.marilah kita menjadi sebahagian daripada mereka.
 Jadikan ini merupakan satu dari bahagian lain untuk bekalan akhirat nanti.


Ayuh cabarlah dirimu untuk tegakkan agama Allah ini.Perjuangan ini bukanlah akan dihampar dengan karpet-karpet yang lembut lagi gebu, namun perjuangan ini akan dilalui dengan pelbagai onak dan duri.Insyallah segala titik pelu kita akan menjadi saksi untuk kita nanti, insyaallah.Sematkan dalam hati kita, perjuangan yang kita dokong ini adalah 'manis' bilamana ukhwah antara kita dimantapkan.


ismaryzalismail
2 muharam 1433H

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

sahabat@sahabiah PMI

.: sahabat utm :.

sahabat nun disana