12 July, 2011

kisah seorang sahabat

Assalamualaikum wbt

Pernah atau pun tidak terfikir bilamana seseorang dari sahabat kita sudah berubah, tetapi kita tidak menyedarinya.Aku bukannya berbicara perubahan dari rupa paras, namun berubah dari segi sikap atau pun perangainya.

Aku punyai kawan,pada mulanya dia ok je dengan semua tetapi, sekarang mula tidak disenangi terutama oelah rakan-rakan yang rapat dengannya.Aku mula merisik apa masalah, namun jawapan yang aku dpat, suruh ditanya tuan badan.Mungkin tuan badan mengetahui, apa yang sudah berlaku.Tapi pada aku, sesiapa yang mengetahuinya, perlulah menegur, mungkin diorang sudah berbuih menegur sidia sehinggaka sudah tidak larat untuk berbuat demikian.



Bagaiman harus aku mulakan.Adakah aku perlu menasihat si dia yang sedang berubah atau pun rakannya yang sakit melihat perubahn yang berlaku.Aku tidak pasti sidia tu melangkah untuk berubah kearah kebaikan ataupun tidak.Pada aku dia menag sudah berubah.



Kebiasaannya diri mula berubah disebabkan oleh hatinya.

Nabi s.a.w: “Ketahuilah bahawa dalam jasad ada seketul daging, apabila baik maka baiklah jasad, apabila rosak maka rosaklah jasad. Ketahuilah ia adalah hati!”

Pada hemat kau, mungkin hatisidia mula di risik oleh seseorang,dan dia mula menjauhi hati rakannya.Kurang berbual bersama-sama.senyap seribu bahasa.Mula la berlaku, aku..aku,mu..mu.buat hal masing-masing.Tidak lagi bertegur sapa.Mula menyibukkan diri.Mula mencari asalan untuk tidak bersama.Mungkin ini telah berlaku antara mereka.

Aku sebagai seorang rakan serpihan, mendoakan mereka akan dibukakan hati untuk menerima petunjuk dari Ilahi.




Mari kita terus berjalan kehadapan, usah menoleh kebelakang.Hulurkan sepuluh jari untuk mengikat kemaafan.
Aku tinggalkan sepotong ayat dari Surah Al Insyirah
"fainnama'al 'usriyusraa" "Inna ma'al 'usriyusraa"
-Maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan, Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan.

Moga-moga di beri kemudahan atas segala urusan.Insyaallah




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

sahabat@sahabiah PMI

.: sahabat utm :.

sahabat nun disana