03 November, 2010

celoteh di petang rabu

satu perkongsian yang aku hendak kongsikan, moga-moga dapat dimanfaatkan.
sebelum aku teruskan bermadah, semalam aku ditelepon oleh saim aku, dia ajak untuk jadi fasilitator bagi bdk form 6. Tanpa ape-ape preperation aku mngiakan.bukannya aku pandai sangat dalam bab macam ni. Cuma mungkin blh mencuri peluang untuk bersama adik-adik form 6.

setelah diperkenalkan oleh ketua fasi, kami dibahagikan kepada 4 kumpulan dari 152 org. Terkejut. Itu je reaksi yang aku ungkapkan masa tu. Tidak pernah aku bayangkan untuk menghandle seramai ini. Tanpa modul dan hanya perbincangan sepintas lalu, aku memberanikan diri.Pergantungan pada ALLAH sepenuhnya.

Aku mulakan dengan memperkenalkan diri aku yang seba dhoif ni.
aku membawa tajuk matlamat, sambil cerita otak aku ligak memikirkan ape yg harus lakukan selepas ini.Ade seketika aku terputus idea. Kawan kau pesan jika terputus idea, kita tnya soalan pada peserta, biar ade sesi 2 hala.
Ahamdullilah , Allah memudahkan urusakanku.

setelah tamat sesi ldk, semua peserta diminta berkumpul dan wakilsetiap kumpulan untuk membentangkan dan berkongsi dengan kumpulan lain ape yng dibincangkan semasa sesi tadi.

Alhmdulillah begitu semangat perkongsian mereka.

Apa yang aku ingin kongsikan adalah, sahabt aku ade kongsikan dengan kami semua. antaranya dia ada mengatakan ciptaan manusia ni ade dua benda, satu kena cari dan satu lagi sudah ade. Aku kebinggungan. Apakah itu. sabagai contoh, malas dan rajin. malas sudah ade rajin kena cari. pandai dan bodoh. bodoh sudah ade dlm diri kita pandai kena cari.

Satu lagi perkongsian yang dikongsikan, adalah mengenal potensi diri.
Dia adalh menceritakan kisah sahabatnya diwaktu sekolah dulu, bagaimana seorng yang gagal dalam UPSR,PMR dan SPM mendapat anugerah pelajar paling cemerlang dalam STPM peringkat negeri. Rahsianya kenal potensi diri.

Mungkin sekadar itu sajalah celoteh aku pada petang ni, moga-moga dapat diambil manfaat jika bersesuaian. mana yang baik boleh lah diambil dan mana keruh di buang sejauh-jauhnya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

sahabat@sahabiah PMI

.: sahabat utm :.

sahabat nun disana