02 April, 2013

kembara walimah

bismillahirrahmanirrahim

satu jaulah balik kelantan sempena walimah sahabat-sahabt di sanamembawa kami satu perjalanan menguatkan nilai ukhwah sesama kami. biarpun berlima, satu kereta, namun, apa yang dibualkan menjadikan kami semakin rapat, terutama aku. kenapa aku. Ya, aku, yang jarang tidak bersama dengan rakan lain.serta yang lain sibuk dengan kerja masing-masing.

Entri ini aku ingin berkongsi dengan kalian, satu perjalanan yang jauh telah mengambil masa 12 jam, aku rangkumkan dalam satu tulisan ini. tidaklah setiap detik perjalanan aku muatkan dalam perkongsian ini. mungkin apa yang aku rasa itu baik untuk diongsikan, aku akan catatkan disini. teman aku ade bertanya, kapan mahu update blog. sudah berminggu tersadai tanpa apa-apa berita.  InsyaAllah, entri ini, boleh membuatkan hatinya terasa tenang selepas membaca. Alhamdulillah keadaan aku sihat-sihat sahaja.

berbalik kepada perjalan kami. kami berlima bersiap menuju ke bumi serambi mekah dengan niat meraikan sahabat kami sempena dia bergelar raja sehari. rumah yang pertama adalah, senior aku, muslimat. walimahnya di Dungun. kebetulan satu jalan ke kelantan, jadi kami megambil keputusan untuk singgah disitu terlebih dahulu. niat dihati, pagi sebelum kami ke mana-mana walimah, ingin kami bermandi mandi di pantai. hasrat meleset. pihak keselamatan tidak membenarkan mandi, dikuathiri keselamatan tidak dijamin. first time kami makan nasi kerabu terengganu. oh begini rupanya nasi kerabu. mak aku panggil, nasi kerabu darat, sebab tiada sambal tumis. mungkinitu perbezaan dengan kelantan. di rumah saliana, rumah pertama kami bertandang, kamilah orang yang pertama sampai. maklumlah kejar masa. siap makan dan bergambar, perjalanan terus ke kelantan. majlis yang serba ringkas. tiada pelamin, tiada renjis-renjis. hanya disediakan satu udut untuk bergambar sahaja. semasa perjalan merentasi di bumi terengganu, satu perkara yang kami kagum. pacakan bendera sungguh banyak. setiap dua tapak kaki, di pacak mereka. tidak cukup dengan pacak, mereka gantung dari tiang lampu ketiang lampu yang lain. bendera-bendera saiz besar juga menghiasi ruangan udara. berkibaran bendera hijau putih mengiakan, PGU akn berlaku di terengganu, insyaAllah.

second rumah, aku harus ke rumah sepupu aku. hari ini, merupakan hari berbahagia buatnya. sungguh tidak aku sangka, lebih 8 tahun lepas SPM, inilah aku berjupe dengan cikgu BI aku, yang sungguh tabah bersama kami semasa kami SPM dulu.sungguh, dia cikgu BI kami yang terbaik. teacher Sakinah namanya. sempat juga dia betnya, Isma, awak bila plak?? hanya seyuman, jawapan aku.hehe..bersalam dan bersembang dengan ibu dan adik-adik ku, untuk seketika, kerana aku harus bersam yang lain ke tempat lain pula. asalnya entah tidur di rumah atau pun kat tempat lain.bila ditnnya, IsnyaAllah, tidur dirumah, itu je jawapan aku.

perancangan asal, aku ingin ke rumah sahabat kami di tanha merah, tapi, jam menunjukkan pukul 5.30 ptg. kami patahkan niat itu, untuk pergi esok hari di rumah lelaki. mereka dibawa ke kolam air panas dan wakaf che yeh.

perjalanan kami diteruskan pada ahad pagi. siap bersalam dengan papa dan mama serta adik-adikku, terus saja kami meluncur ke kubang kerian, sebelum ke tanah merah. selepas sejam, kami ke tanah merah. siap makan dan bergmbar, kami harus meninggalkan bumi kelantan secepat mungkin. bersama kami ada yang bekerja pada hari isnin. kereta waja, di bawa terus ke Johor.
alhamdulillah, pukul 5 pagi, kami keluar semula dari kereta utk meneruskan perjalanan hidup di Johor.

di pantai kemasik, terengganu

berfoto dengan ibunda..

bergambar dngan naqib..insyaAllah akan menyusul jgk selepas ini, bila??, lambat lagi..

Tulisan ini, aku sengaja berkongsi, supaya ia menjadi sebuah diari dan kenangan buat aku kelak. maaf aku pinta, dengan bahasa yang tungganglanggang.


walimah saliana di dungun 

walimah pijoo dan kina dai kubang kerian

walimah ayoh (khairul dan wani) di tanah merah

bersama putri-putri..dua orang lagi putri tak bali dan sorang lagi putra entah kemana...


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

sahabat@sahabiah PMI

.: sahabat utm :.

sahabat nun disana