14 April, 2013

bahang pilihanraya

biamillahirrahmanirrahim

Bahang pilihanraya semakin terasa hangatnya.seperti mentari memancar tanpa lindungan awan-awan. bendera, sebagai panji di pasang setiap genap pelusok negara, menandakan tempat itu, sudah ada penyokongnya. Parti lawan juga tidak ketinggalan. satu bendera kita pasang, diaorng sepuluh bendera.



Rakyat kini mula sedari apa yang telah di gagaskan oleh Pakatan Rakyat adalah satu yang sangat teristimewa dan siapa yang tidak bersama PR akan rugi. Ini kalilah semua kerosakan negara perlu ditukar dari pengendali yang rakus. Rakus terhadap hak rakyat. Mungkin mereka tiada satu perasaan belas kasian. Apa yang peliknya ade juga golongan agamawan bersama mereka. apa lagi yang dapat dikatakan.Inilah keadaan akhir zaman. Artis yang dulu leka dipentas hiburan kini kembali ke jalan keredaan Ilahi.



Aku melihat perjalanan pilihanraya kali ini, sungguh berbeza dngn PRU sebelum ini. Kali ini berpusu-pusu mengubah haluan memilih Pakatan Rakyat sebagai kapal mereka. tidak kira, Ilmuan, artis, CEO syarikat dan lain-lain lagi. mereka sudah berani bersuara. InsyaAllah, aku yakin dengan doa para ulama' dan para ustaz, serta kerja keras yang dilakukan oleh semu parti dalam PR, kali ini adalah tahun terakhir bagi mereka. ada lagisatu gerkanyang menggelarkan mereka Arus baru. Arus baru yang akan memertabatkan islam dan bangsa melayu. aku kurang bersetuju bila mana ingin mengangkat bangsa.oh, biarlah mereka. bila dinasihat, mereka tidak ambil kisah, mengkritik orang perkara utama mereka. ini saja ulasan aku tentang mereka.moga mereka akan bertemu dengan kebenaran, insyaAllah.

semasa pelancaran manifesto Johor

Kali pertama terlibat dengan pilihanraya secara langsung, sungguh tidak aku sangka begitu banyak cabaranya. Pelbagai fitnah serta ugutan yang diterima dan di lemparkan.membuatkan aku terfikir, adakah zaman Nabi dahulu seperti ini. Hati ini berfikir, kita memerlukan suntikan demi suntikan semangat dengan kisah para nabi serta sahabat dan juga tokoh-tokoh Islam.

dalam kegairahan berkempen, jangan lupa adab kita sesama manusia. Jangan pula berlainan menyokong parti, hubungan kita sesama terputus begtu sahaja.Jaga hubungan.jaga adab dan akhlak.

ismaryzalismail.14april.2013

 


1 comment:

  1. Apabila berasa susah dalam perjuangan,sedarlah itulah MAHAR yang harus dibayar untuk Allah di syurga kelak.
    keep it up!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

sahabat@sahabiah PMI

.: sahabat utm :.

sahabat nun disana