12 May, 2013

melangkah ke siri ke 14

bismillahirrahmanirrahim



Peperangan sudah mula selesai.  kemuncaknya pada 5 Mei tempoh hari. seluruh pelusok negara bersiap siaga untuk menghadapinya. penyusunan strategi dan pengagihan tugas di buat dengan begitu rapi. tidak terlepas juga dari pihak logisstik. segala kelengkapan disediakan sebelum peperangan. kita merancang, musuh juga merancang. tetapi kita sepatutnya merancang dengan lebih agresif dan bertindak dengan lebih kreatif untuk memenangi peperangan ini.

kreativiti yang diserlahkan oleh anak muda sebagai pemangkin peperangan


Kita ada rakyat yang senantiasa menjadi benteng pertahanan. ribuan rebat tangan di paut untuk menghalang musuh menembusi pertahanan ini. bukan itu sahaja, laungan suara keramat rakyat menjadi salah satu serangan kepada pihak musuh.satu demi satu gegran suara keramat di kumpulkan untuk menjadikan kita sekuat tiada bandingan. tidak kira, mereka dari desa mahu pun bandar, penoreh getah, penanam padi, cikgu, pegawai-pegawai besar syarikat, mereka akan turun  bersama berpaut antara satu sama lain untuk menyerang, hanya dengan suara mereka. semasa 5 Mei, mereka dengan dengan satu matlamat, robohkan kerajaan yang zalim, korupsi, sombong.

desakan mereka tidak endahkan. ada kalanya rakyat disakiti. kini, peperangan sudah mula reda, tetapi, kita masih tidak dapat meruntuhkan mereka. Namun, beberapa kubu mereka sudah kita tawan. mereka sudah goyah. bagaikan berdiri dengan sebelah kaki sahaja.hanya tunggu masa untuk tumbang.InsyaAllah, pukulan gelombang akan menumbangkan mereka.

sudah dijangka, mereka akn menggunakan seluruh aset yang ade untuk melawan serangan kita. PENIPUAN dalam peperangan sungguh jelas. inysallah, utk siri peperangan yang seterusnya, kita perlu buat persiapan dengan lebih rapi dan kreatif. penyusunan dari peringkat paling bawah perlu diperkukuhkan. tiada lagi suara sumbang yang datang pada akhir-akhir persiapan. taat dan patuh pada arahan pimpinan salah satu penyumbang kejayaan dalam pentadbiran dan pengurusan peperangan.



Tinggalkan cerita semalam sebagai rujukan,ingat kita tidak pernah kalah, tetapi kita belum menang.
mari kita mengorak langkah ke peperangan yang akan menjayakan kita. InsyaAllah.

ismaryzalismail
12mei2013

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

sahabat@sahabiah PMI

.: sahabat utm :.

sahabat nun disana