14 September, 2011

Bahagian dua : Aku bertemu Ainul Mardhiah

Aku mula melangkah laju, tidak sabar pula ingin bertemu dengannya yang telah membuatkan hatiku terpikat dengan senyumanya walaupun dari jarak yang jauh..

Entah kenapa semakin dekat semakin aku rasakan sudah lama kita saling berkenalan antara satu sama lain. Aku pandang mukanya. Dia hanya tersenyum seperti mengerti apa yang bermain di fikiran. Hidungnya mancung, kulit putih melepak hingga nampak berbayang urat hijau halus di pipinya, mata bulat bersinar dan alisnya lentik.

Nafasku mula ditarik panjang, jantung tidak henti berdegup dengan lebih kencang. Apakah gerangannya gadis cantik ini ingin bertemu dengan aku?..Adakah aku ini saudaranya?..terlintas pelbagai persoalan di benak minda ku sambil kaki melangkah laju menuju ke tempat gadis itu berdiri.

Assalamualaikum wahai pemuda budiman!..belum sempat aku berdiri di hadapannya telah sampai ucapan salamnya mendahului ucapan aku..Belum pernah lagi aku mendengar suara semerdu suaranya, bagaikan alunan muzik mententeramkan jiwa yang mendengarnya.

Waalaikumusalam..aku menjawab salamnya dengan nada perlahan sambil ku pandang wajahnya yang sungguh indah dan tenang. Cik siapa? Kenapa ingin berjumpa dengan saya?..

Gadis cantik itu hanya tersenyum seolah-olah telah mengetahui persoalan ini akan ku tanya kepadanya.

Namaku Ainul Mardhiah. Aku bidadari dari syurga yang paling cantik dan jelita. Diriku hanya untuk lelaki yang syahid di medan jihad.

Aku kemari bertemu denganmu adalah sebagai utusan dari isterimu yang merupakan ketuaku di syurga sana..
Haa?..Isteri saya?..Cik Ainul Mardiah salah orang ni, saya belum kahwin lagi. Mana mungkin saya memiliki isteri yang tinggal di syurga. Siapa sebenarnya yang ingin awak jumpe?..Aku sangat terkejut dengan kata-kata yang terkeluar dari bibir bidadari cantik itu.

Dia hanya tersenyum indah, mengerti perasaan yang aku alami ini..Ya! saya utusan isterimu. Namamu Syabab bin Abdullah kan?..Kamu sungguh bertuah kerana dikurniakan seorang isteri sepertinya.

Ya! itu memang nama saya..Aku sungguh keliru dan hairan dengan keadaan yang aku alami ini. Perihal tentang namaku juga Ainul Mardhiah mengetahuinya. Hati kecil ini bertanya siapakah isteriku yang sebenarnya?. Ingin sahaja aku bertanyakan terus padanya. Tapi belum sempat aku bersuara..

Aku sangat cemburu dengan isterimu.."Ainul Mardhiah bersuara terlebih dahulu"..Semasa hidupnya di dunia dia telah menjual seluruh dirinya untuk Allah dan Rasul. Cintanya pada Allah dan Rasul melebihi cintanya pada diri sndiri dan orang lain.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

sahabat@sahabiah PMI

.: sahabat utm :.

sahabat nun disana