29 September, 2011

Bahagian empat : Aku bertemu Ainul Mardhiah

bismillahirrahmanirrahim

Dengar dan hayati betul-betul pesanan isteri mu ini wahai Syabab...Ainul Mardhiah meneruskan kata-katanya. Suaranya yang merdu masih lagi mampu aku rasai ketenangan darinya.
Allahuakhbar Allahuakhbar!..

Ya Allah! dah azan subuh..Macam mana boleh aku tertidur di hamparan sejadah pula ni. Rasanya tadi aku tengah solat tahajjud.

Subhanallah! rupa-rupanya tadi aku bermimpi rupanya. Aku cuba ingat kembali apa yang aku mimpikan di atas tikar sejadah tadi. Subhanallah! adakah mimpi aku tadi hanya mainan syaitan untuk membuat aku berangan atau mimpi yang datangnya dari Allah dengan membawa 1001 hikmah yang tersirat.

Adakah apa yang aku lihat dalam mimpi aku itu benar-benar bidadari jelita yang bernama Ainul Mardhiah yang disediakan khas buat para syahid?..Adakah benar aku akan miliki isteri yang setia di dunia dan akhirat?..apakah pesanan yang ingin 'isteriku' sampaikan sebenarnya?..

Pelbagai persoalan timbul jauh di lubuk hati aku ini memikirkan peristiwa yang aku lalui dalam mimpi aku itu.

Aku biarkan seketika fikiran aku ini dari memikirkan mimpi aku itu. Aku bangun membawa langkah menuju ke masjid yang jaraknya 200meter dari rumah aku itu untuk solat subuh secara berjemaah.

Selepas imam membaca surah al-fatihah pada rakaat pertama, imam menyambungnya dengan surah al-Furqan. Sungguh merdu alunan bacaan ayat suci al-quran yang dibacakan oleh imam muda di masjid kawasam perumahan aku itu, mirip macam bacaan Said al-Ghamidi.

Tapi kali ini hati aku benar tersentuh apabila imam membaca ayat yang ke-74 yang
bermaksud :
" Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami pasangan kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami pemimpin orang-orang bertaqwa"

Subhanallah! semacam Allah ingin berikan aku petunjuk melalui mukjizat teragung Rasulullah s.a.w yakni al-quran.

Seperti hari-hari sebelumnya selesai sahaja solat subuh imam akan membacakan satu hadis nabi Muhammad s.a.w. Imam membuka kitab sahih muslim dan membaca hadis yang bemaksud :

" dinikahi wanita itu kerana empat perkara : kerana hartanya dan kerana keturunannya dan kerana kecantikannya dan kerana agamanya maka pilihlah yang mempunyai agama, ia menyenangkan kamu"

Subhanallah! sekali lagi hati aku tersentuh. Seperti jalan cerita mimpi aku tadi masih belum berakhir. Apakah yang Allah ingin tunjukkan pada aku sebenarnya?


bersambung..




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

sahabat@sahabiah PMI

.: sahabat utm :.

sahabat nun disana