08 October, 2011

kenangan 3 tahun

bismillahirrahmanirrahim

Hari ini aku memulakan tugas sebagai pegawai muda di markas palapes.persiapan rapi dilakukan sebelum hari ini.gunting rambut, tangkap gambar untuk kad pengenalan tentera(bat-c 20) dan sebagainya.ketumbukan semangat begitu membara dalam dada untuk memulakan tugasan ini.hampir 20 orang akan turun bersama bagi megisi kekosongan pegawai muda yang mana sebelum ini di pegang oleh pegawai yang terdahulu.langkahan kaki menuruni anak tangga, mengingatkan saat-saat bergelar sebagai kadet.Menyanyikan lagu negaraku, ATM, UTM serta lagu palapes berjaya memecah kesunyian pagi hari.Disusuli dengan doa, ikrar dan akhirnya melaporkan kekuatan setiap peringkat.Hati aku senyum ttanpa mengeluarkan butiran di bibir mulut.Memang indah semasa bergelar sebagai kadet.Blur, menggelabah sudah menjadi sikap kadet bila mana terserempak dengan pegawai lebih-lebih lagi bila ditanya.Diam seribu bahasa.Bila digertak, baru laha ada yang ingin bersuara.sudah menjadi lumrah kadet junior.Bila sudah menjadi intermideate,perkara sebegini sudah lali.namun cabaranya bertambah besar.









Latihannya bertambah perit.jika sembang tentang senior, aku kurang boleh ceritakan kenangan semasa peringkat ini.Bukannya aku tidak datang latihan, tapi ramai antara kami mengalami latihan industri, jadi tidak dapat tidak, aktiviti pun kurang.Namun, kemanisan tetap dirasai.Bila bersembang dengan skuad aku, pasti satu persatu "hell" yang kami dapt bersam diungkit kembali.Ketawa terbahak-bahak, itu reaksi setiap dari kami.Memang menguji mental dan fizikal.Antara saat yang manis adalah setiap kali kem tahunan.Mesti ade saja agenda baru tercipta.Sukar untuk aku lupakan.Begitu juga, tiap kali kami membelek gambar-gambar yang diambil.











Kepada semua skuad aku, bilakah lagi kita akan bersama.bergembira, di"hell" bersama-sama, berguling, makan, kena marah bersama...kadang-kadang sebak juga hati ini.Mungkin itu yang dikatakan kemanisan ukhwah.Moga-moga apa yang dipelajari selama ini dapat dimaanfaatkan kelak.Yang baru sahaja bergraduasi, aku ucapkan tahniah.kepada yang dah kawen tahniah juga aku ucapkan dan kepada yang akan kahwen dan yang bakal menamatkan ijazah, selamat berjaya..koga kita terus istiqamah bersama Islam.Insyallah.





terima kasih semua,skuad, jurulatih, pegawai latih, ketua juru latih atas kerjasama semua yang tidak berbelah bahagi.


~ismaryzalismail ~
~8 october 2011
~



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

sahabat@sahabiah PMI

.: sahabat utm :.

sahabat nun disana