06 January, 2011

kekasih aku tidaksedarkan diri

assalamualaikum...

mungkin aku tidak terlalu lewat untuk mengucapkan selamat tahun baru untuk semua. Entri kali ini mungkin agak lewat dipublishkan.mungkin sudah ada yg ternanti-nanti tulisan aku. Aku rasa tulisan ini bukan lah ape, tiada istimewanya. Mungkin aku tidak dapt melihat kemanisan tulisan ini sehingga hampir 60 orang yang follow aku. Terima kasih aku ucapkan pada mereka.

Kita tinggalkan sekejap hal ini. Aku ingin berkongsi dengan semua, suatu hal yang begitu serius, bagi aku. Hal ini sudah menjadi igauan kepada aku dan juga ad sesetengah orang lain. Hati ini menjadi gundah gelana. bak kata orang, tidur tidak lena, mandi tidak basah, makan tidak kenyang. Baru-baru ini sidia jatuh sakit, namun sehingga sekarang masih tenat. aku sudah hilang akal untuk mencari jalan penyelesaiannya.
Ribuan ringgit, bagaimanakah aku akan selesaikannya, Kos ini bukannya murah, klulah Ummi aku tahu,mungkin dia akan melenting.Bukannya aku tidak sayangkannya,dialah tempat aku meluahkan segala kepedihan dan kegembiraan aku selama ini, selama aku diperantauan. Begitu mendalam aku membelainya, bila dia panas aku kipaskan, bila dia sejuk aku selimutkannya. Sehinggakan setitik air hujan pun tidak ku rela kena atasnya. Bagaimana aku mebuatnya seperti sediakala.Buntu. semua kerja aku tidak dapat diteruskan, asyik memikirkannya.

Jauh disudut hati ini untuk mencari pengganti. Aku bukannya baru kenal dia,sudah hampir dua tahun aku berkenalan dengan dia. Dia banyak mengajar aku.Semua apa yang berlaku, dia sering menjadi rujukan aku.Aku tahu, mungkin dia sudah tidak serasi dengan aku.Namun, aku berdoa, agar dia akan tetap bersama aku, sehingga selamanya. Apa yang aku tahu, dia menghadapi sakit dalaman, sehinggakan dia diperlukan mengadakan pembedahan. Itu tidak menjadi masalah, masalah sekarang dari mana aku akan dapatkan perbelanjaan. Yang menyedihkan lagi, organ dalamannya perlu ditukar.

Semoga aku diberi kekuatan untuk menjalani hidup ini, jika dia ditakdirkan meninggalkan aku. Aku pasrah dan reda, atas ketentuan Ilahi, insyallah. Mungkinini semua adalah dugaan yang disandarkan keatas aku. Semoga doa kalin akan membantu aku, walaupun sebesar zarah. Aku menghargai. terima kasih kerana sudi membaca celoteh kali ini.
Jika ada nasihat untuk aku selepas ini, boleh la terus hanter ke ruangan comment.

3 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

sahabat@sahabiah PMI

.: sahabat utm :.

sahabat nun disana