Tanggal 13 febuari 2008, merupakan perasmian Minggu Aspirasi Islam (MAI). Pelbagai strategi diatur untuk melicinkan perjalanan majlis tersebut. Aku dapat rasakan kehangatannya.Hingga sekarang masih terbawa-bawa dalam mimpi.Teringat masa itu, Muhammad Abdullah, pengarah MAI, berucap tanpa menggunakan sebarang teks. Aku kagum dengannya.Suatu anugerah yang sangat bernilai. Kami telah berjanji dan sepakat untuk mencipta sejarah pada tahun tersebut.
Kenangan demi kenangan kami kutip, dan simpan dalam bentuk gambar dan jugak video, semua ini untuk mengeratkan ukhwah antara kami.
Kepada sahabat-sahabat semua bilakah kita akan bertemu lagi.
“Seorang Muslim adalah saudara muslim lainnya, ia tidak menzaliminya, merendahkannya, menyerahkan (kepada musuh) dan tidak menghinakannya.” (Hadis riwayat Muslim)
“Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati.”
persiapan malam penutup ~ kul 3 pagi
Kumpulan Rabbani yang diketua Allahyarham ustaz Asri, membuat persembahan di malam penutup.Memang gempaq.Mantop.
Alimie dan syed adib~ s/u dan bendahari surau
Hadis al-Bukhari dari Abu Musa al-Asy'ari, bermaksud:
“Diumpamakan rakan yang soleh dan rakan yang jahat ialah seperti (berkawan) dengan penjual minyak wangi dan tukang besi. Penjual minyak wangi tidak akan mensia-siakan kita, sama ada anda membelinya atau hanya mendapat bau harumannya. Tukang besi pula boleh menyebabkan rumah kita atau baju anda terbakar, atau mendapat bau busuk.”
Menurut ahli syair pula : “Sesiapa bergaul dengan orang-orang yang baik, akan hidup mulia. Dan yang bergaul dengan orang-orang rendah akhlaknya, pasti tidak mulia.”
kepada teman-teman, berdoalah kepada sahabatmu.
No comments:
Post a Comment