05 March, 2013

ujian kehidupan~

bismillahirrahmanirrahim

ujian yang datang tanpa undangan dari kita serta tanpa kad jemputan. ujian ini dihulurkan kepada hambaNYA bukan saja-saja....tetapi, ujian ini untuk mengangakat darjat sesorang itu ke tempat yang lebih baik....jika dimbilkan contoh, ujian dalam peperiksaan, andai lulus dan mendapat keputusan yang cemerlang, maka tahap keilmuan kita adalah cemerlang.


aku memetik kata dari ustaz pahrol mohd juoi

Saya cuba memujuk hati dengan berkata, “ketika Allah menguji kita dengan apa yang kita sering dakwahkan kepada orang lain, itu petanda Allah mengingatkan kita ketika kita mengingatkan orang lain.” Agar kita tidak memperkatakan apa yang tidak amalkan…


betul...
Allah juga berfirman dalam surah assaff, ayat 3 dan 4


dikala aku menulis ini juga akan diuji, mungkin bukan sekarang, Allah akan tetapkan bila dan dimana. semoga ujian itu dapat aku tempuhi.InsyaALLAH...

ujian yang datang, akan membawa kesan terhadap diri mahupun orang disekeliling. baik ataupun sebaliknya, bersandarkan cara apa kita gunakan untuk tempis ujian itu. jika baik, alhamdulillah. namun, jika sebaliknya, bermuhasabahlah.

perasaan murung dan bersedih hati, pasti akan terbina dari setiap ujian yang datang. walaupun ujian kesenangan yang datang.

“Bila Allah beri kita kaya, belum bererti Allah memuliakan kita… Allah baru menguji kita. Begitu juga apabila Allah berikan kemiskinan buat kita… itu bukan menunjukkan Allah sedang menghina kita tetapi sebaliknya Allah sedang menguji kita. Bukan itu sahaja, apabila Allah kurniakan kuasa, menarik kuasa, rupa yang cantik, rupa yang buruk, ternama atau biasa-biasa sahaja, semuanya ujian untuk kita.”
 hidup di dunia untuk diuji. Kita akan tenang, berjaya dan bahagia selagi Allah ada di hati kita. Ingat, ‘all is well’, kerana semuanya dari Allah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang.  Bila diuji, jangan katakan.” ya Allah, ujian-Mu sangat besar. Tetapi katakan, wahai ujian, aku ada Allah yang Maha besa


jangan mudah berputus asa, jika ujian datang menyapamu..bilamana rasa tidak kuat, carilah sahabat yang boleh memberi kata-kata semangat dan rangsangan kepada kita. itu lah pentingnya bersahabt kerana tidak mungkin kita hidup keseorangan. ingatlah, Allah tidak akn menguji kita diluar batasan kita. ujian yang turun hanyalah dalam lingkungan kemampuan kita.

Alihkan pandangan matamu ke arah LAUT, airnya cantik membiru dan penuh dengan ketenangan. Tetapi hanya Allah sahaja yang mengetahui rahsia di dalamnya. Begitu juga dengan kehidupan manusia, riang dan ketawa tetapi hanya Allah yang mengetahui rahsia kehidupannya. Jika rasa kecewa, alihkan pandanganmu ke arah SUNGAI, airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu yang menghalangnya. Dan jika rasa sedih,alihkan pandanganmu ke arah LANGIT, sedarlah dan sentiasa ingatlah bahawa Allah sentiasa bersamamu.

“Tiada apa pun yang menimpa seorang mukmin, sehingga duri yang mengenainya, melainkan Allah tuliskan untuknya kebaikan (pahala) dan padam dari kejahatan (dosa)” (Riwayat Muslim)
aku petik bait-bait lagu dari panji keadilan...


Bersama mengubah harapan
Ayuh menuju kejayaan
Sekuntum bunga berguguran
Tumbuh sejuta pahlawan

tiada alasan untuk kita mundurkan diri. ujian kehidupan sememangnya datang dan pergi tanpa diundang. insyaAllah, kamu sememangnya kuat untuk menghadapinya.aku yakin.  teringat aku tentang satu pesanan sesama matrikulasi dulu, "kebal asasnya yakin"..apa pun yang kita mahukan, insyaAllah yakinlah, pasti akan ade caranya dan akan sampai ke matlamatnya.



ismaryzalismail || 5 mac 2013


2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

sahabat@sahabiah PMI

.: sahabat utm :.

sahabat nun disana