17 October, 2012

sedikit dari senior

bismillahirahmanirrahim

berkongsi adalah salah satu element yang harus ade dalam diri masing-masing supaya kebahagiaan akan termeterai. tidak kisahlah berkongsi dengan siapa dan apa yg dikongsikan...sharing is caring...

sedetik tadi, aku di sapa seorang junior berkaitan dengan kepimpinan.KEPIMPINAN??
tidaklah aku arif dalam medan in. namun, aku cuba untuk menceritakan dengan apa yang pernah aku lalui dilandasan sebagai pimpinan.mungkin orang melihat pengalaman yang cetek ini ada sesuatu yang boleh dicedok.aku sangat hargainya.

satu persatu persoalan aku jawab, mengikut pengalaman sendiri dan juga cerita yang aku dengari. betullah, corak kehidupan kita seterusnya adalh hasil contengan dari pengalaman lepas. pengalaman akan mengajar selok belok dalam kehidupan.manis dan pahit mesti ditempuhi biar dalam keadaan keseorangan mahupun bersama barisan pimpinan.

sedikit cadangan aku yang tidak seberapa, aku merasakan setiap pimpinan harus merakyatkan dirinya dengan kalangan ahlinya dan juga bukan ahli ini. ini kerana, impak kekalahan dari pemilihan MPM sebelum ini membuatkan aku terpikir. jika si A hanya bergaul dalam kalangannya sahaja, maka tidak kemana, dan akan kalah. begitu juga dalam pendekatan dakwah, jika dakwah hanya dalam kalangan ahlinya sahaja, maka sekata itu lah dakwahnya.bagaiman pula dakwah terhadap bukan ahlinya. ayuh mari kita selami semula, sejauh mana keterlibatan kita dengan masyarakat setempat. satu persoalan, adakah kita mengenali jiran tepi depan bilik kita. mungkin aku seorang palapes, tidak pernah berada dalam kalangan yang tidak aku kenali. kami, palapes, sentiasa akan ditempatakan bersama.jadi sudah kenal satu sama lain serapatnya.

berbalik cerita aku tentang perkongsian kepimpinan, aku ade bagi tahu, dalam kepimpinan, perlu ade sensitiviti dan kebersamaan antara mereka. sebagai contoh, makan bersama, tidak kira la, makan pagi ataupun makan malam. pointnya, makan bersama. masih ternyiang -nyiang kenangan aku bersama barisan pimpinan, pernah dua atau tiga kali kami keluar makan pagi, makan roti canai..

tiada apa yang indah adalah nilai ukhwah yang digarap sedikit demi sedikit.setiap kali melihat rakaman gambar yang dibidik, sungguh, akan aku tergelak keseorangan. kenangan menembusi pemikiran aku.~

moga kalian akan terus tabah direntasi sesuatu yang meninggalkan kenangan. biar sedikit usaha kita dalam kesuntukan masa, agar itulah menjadi terningpoint dalam segala yang kalian pimpinkan~

kenangan bersama barisan kepimpinan PMIUTM~ 

ismaryzalismail
17 oct 2012

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

sahabat@sahabiah PMI

.: sahabat utm :.

sahabat nun disana