18 April, 2010

pilihan kita...



PILIHAN HATI KU...


[ THE ZIKR ] [ ISTERI SOLEHAH ]

Isteri cerdik yang solehah
Penyejuk mata penawar hati penyejuk jiwa
Di rumah ia isteri di jalanan kawan
Di waktu kita buntu
Dia penunjuk jalan


Pandangan kita diperteguhkan
Menjadikan kita tetap pendirian
Ilmu yang diberi dapat disimpan
Kita lupa dia mengingatkan


Nasihat kita dijadikan pakaian
Silap kita dia betulkan
Penghibur diwaktu kesunyian
Terasa ramai bila bersamanya


Dia umpama tongkat sibuta
Bila tiada satu kehilangan
Dia ibarat simpanan ilmu
Semoga kekal untuk diwariskan


selalunya dalam usia yang semakin meningkat ini begitu banyak mehnah dan tribulasi menjadi benteng kepada perjalan kita sebagai seorang yang bergelar remaja. dalam usia beginilah perasaan mencintai seseorang dan ingin dicintai mula timbul dalam diri kita.perkara seperti ini sudah menjadi fitrah kita sebagai manusia. ALLAH telah lontarkan perasan seperti itu sejak Nabi Adam dan Siti Hawa diciptakan lagi. tidak hairanlah ramai remaja kita disekeliling kita yang mencari pasangan masing-masing. namun sejauh mankah mereka menilai pasangan asing-masing. adakah mereka memilihnya berdasarkan akademiknya, atupun kecantikan raup wajahnya, ataupun kerana perangainya yang boleh menceriakan kita. begitu banyak tafsiran ciri yang seseorang pasangan, namun jika tidak berlandaskan syarak dan juga garis yang telah Allah tetapkan, maka itu akan membawa kepada kehancuran.

aku ada mem baca satu buku tulisan pahrol mohd juoi, yang mana beliau menyatakan siapa yang patut kita cintai, pemberi perasaan cinta itu atau barang yang di berikan itu.


kita yang sudah bergelar mahasiswa, marilah kita muhasabah diri kita, siapa yang bakal kita pilih untuk kita sebagai teman kita. adakah yang akan memdekatkan diri kita ke pada Pencipta kita ataupun sebaliknya. janganlah kita terlalu memuja pasangan kita, sehunggakan segenap sudut kita letakkan nama dan gambarnya. untuk apa semua itu. sedarlah, lirik lagu diatas telah menjelaskan siapa yang patut kita pilih. janganlah termakan dengan ayat - ayat indah yang diluahkan oleh lidah yang tidak bertulang itu, kerana semua itu tidak kekal. marilah kita muhasabah diri kita sejauh mana kita memuja ayat-ayat ALLAH yang sudah terbukti benar kesahihannya. marilah kita sama-sama check semula diri kita.




p/s: entri ini ditulis khas untuk diri ini, adik2 aku yang masih mencari sinar perjalanan, sahabat2 dan juga sesiapa sahaja yang membaca entri ini...

1 comment:

  1. byk kisah cinta je skrg..apakah makna di sebalik nya? hii...lwk ja

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

sahabat@sahabiah PMI

.: sahabat utm :.

sahabat nun disana