09 April, 2010

indahnya saat itu...


mengapa sejak akhi2 ini hati ini memanggil untuk mencari apa itu erti cinta...
adakah sudah sampai masanya untuk diri ini mencari peneman hidup, atau itu godaan syaitan. mungkin disaat ini adalah saat yang kemuncak bagi seseorang remaja yang ingin kan belaian kasih sayang...
semakin hari semakin usia meningkat, banyak kisah pahit dan manis bersama membesar bersamaku.
masihku ingat di saat itu, ketika itu belum mengenal erti hidup berasrama. Aku baru menjejakkan kaki ke alam remaja, masa itu aku di matrikulasi, sebagai pelajar program dua tahun. masihku ingat di waktu itu, en Mahfz mempelawa aku untuk menyertai AJK SURAU, aku blur , betul ke ni, aku bermonolog dalam diriku, layakkah aku, ilmu dalam dada ini hanya sekangkang kera. aku tidak menolak tapi ingin mengambil masa untuk berfikir. selang beberapa hari datang pula seorang ajk surau, ABDUL RAZAK, org kelantan..dia mempelawa aku untuk masuk ajk surau. katanya siapa untuk menja pelapis tahun depan jika bukan aku...bait-bait katanya membuatkan aku terdiam seketika..betul juga katanya. mengapa aku mesti berada ditempat yang sama..bukankan aku harus melangkah kehadapan dan tidak lagi berpaling ke belakang.

setelah seketika, aku membuat keputusan untuk menerima pelawaan mereka. Maka bermula hidup aku sebagai ajk surau...kalau tak salah, masa 2 bukan aku sahaja yang menyertainya..ada 4-5 orang lagi bersama aku menyertainya...ALHAMDULILLAH aku punya teman...

tidak seketika, khusus ajk surau menjelma....aku jg dijemput, untuk pendedahan katanya..
disitu, aku kenal ramai orang, kenal apa itu organisasi, kenal apa itu kemanisan berukhwah. aku didedahkan dengan pelbagai kerja berorganisasi, ALHAMDULILLAH..aku telah memilih jalan yang benar dan juga jalan pengubat hati...
semakin hari semakin banyak aku tahu dan pelajari...
manisnya bersama mereka..

bulan berganti bulan, menjelma la cuti semesta kedua...kami merancang untuk mengadakan rehlah...tapi bukan semua blh ikut hanya segelintir, itu pun hanya dari kelantan...rehlah ini diadakan di Batu Karau, Perak. (kebetulan untuk ke kmpp).

Maka tiba lah zaman aku untuk mentabdir surau...diaorang mintak aku untuk menjadi MT, tapi aku menolak. aku hanya ambil Lajnah Hal Ehwal Surau.Alhamdulillah, Allah mengurniakan aku sahabat yang kenal siapa Yang Maha Pencipta. merekalah tempat rujukan aku jika aku mengalami masalah. sedikit demi sedikit aku mendekati buku ilmiah. betullah sabda Nabi. betul lah pantun melayu menyatakan...
cari-cari tempat mandi, pertama teluk, kedua pantai, cari-cari kawan sejati, pertama elok, kedua pandai.

Ahhh... memang tak salah aku memilih kawan..mereka mengajar aku hebatnya pergaulan dalam islam.
Wahai sahabat aku merinduimu semua...kenagan kita bersam masih erat aku genggam, biar ribut melanda kamu semua dekat dihati.....INDAHNYA SAAT ITU..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

sahabat@sahabiah PMI

.: sahabat utm :.

sahabat nun disana