13 June, 2010

pengalaman dua minggu

salam pertemuan...
sudah lama rasanya blog ini dtidak di sentuh, hinggakan bersarang dibuatnya. mingkin pembaca blog ini tertanya-tanya dimanakah penulisnya. adakah sudah putus asa untuk berkongsi pengalaman dan cerita dalam ruang ini, ataupun sudah ketandusan idea, tak pun sindrom kemalasan melanda diri.

maaf dipinta, diri ini gagal untuk konsisten untuk menghasilkan sesuatu di ruang entri ini. seperti biasa aku ingin berkongsi pengalaman aku bersama, moga-moga dapt dijadikan panduan dan sempadan.
hari ini aku sudah pun berjaya untuk menghabiskan perjalanan selama dua minggu di USM. di sana pelbagai pengaman aku perolehi, baik secara lansung mahupun secara tidak. aku juga bertemu dengan pelbagai karenah manusia. baik dan buruk semua itu datang dari ALLAH s.w.t.

Tanggal 29/5, aku bertolak dari utm seawal pagi. maklumlah perjalanan ni akan mengambil masa 10 - 11 jam. kami konvoi sebanyak 4 buah bas (1 navy + darat)permandangan sepanjang perjalanku begitu indah ciptaanNYA dan tidak terkata oleh bibirku. MAHA SUCI ALLAH dan MAHA BIJAKSANANYA menciptakan isi bumi, tidak terfikir oleh kita.di pertengah jalan salah satu bas kami rosak. jadi perjalan kami terlewat sedikit. tetapi semangat kami terus membara, untuk perjalanan dua minggu di bumi USM.

setelah sampai di usm, kami seramai 20 orang anggota fitik dibahagikan tugas. dan setiap tugas ada incasnya. aku, aziz, kerol ngan suhaizi di tgaskan untuk medic di padang kawad. Mulanya hartiny,nur ngan farhana, tapi usm mahukan kadet lelaki, terpaksalah diubah. Nmaun begitu setelah disusun semula tini, nur ngan farhana ditugaskan di cafe untuk membantu catering, termamuklah hairi, sebagai kepala disitu. azimah dan shahniza ditugaskan sekiteriat di bilik perhubungan.

setiap hari pukul 6.15 pg sudah siap untuk makan pagi dan bertolak ke padang kawad. segala minuman dipadang kawad dibawa bersama, untuk bekalan di wartu rehat. Gabungan hampir kesemua palapes senior dari IPTA, untuk mencari keseragaman di dalam kawad memang susah. Kawad memerlukan kerjasama yang amat tinggi setiap individu, barulah keserasian dan keseragaman akan berhasil.
Di waktu malam pula, rocall mengisi masa lapang kami. disaat inilah kami tidak manggemarinya, mengapa tidak, di saat ini kami akan di uji mental oleh YO. persiapan untuk senior, itulah ungkapan yang dilafazkan.
setiap hari itulah rutin harian kami. ade je masa kami kilatkan kasut. Mula-mula kami lapor sebagai medic, stap zambri mengeluh, kerana kasut kami kelihatan kelabu asap.
namun itu pemangkin untuk kami tampil berbeza keesokan harinya. Akhirnya beliau menyedari kami berbeza dari hari yang pertama. bukanlah pujian yang kami cari, tapi bagi kami itu adalah asatu peluang terbaik untuk menyatakan kepada IPTA lain bahawa kadet palapes UTM bukan calang-calang. mereka harus berhati-hati. Palapes mengajar kami tentang kekemasan dan penjagaan diri. biar tidak cantik rupa paras namun kekemasan dan baik budi pekerti tinggi.Disini juuga mengajar kami tentang tahap kesabaran yang tinggi semasa melyan pelbagai peranagi pegawai, kerana mereka berbeza. Namun kemana lagi kuah akan dicurahkan kalu tidak ke nasi.

suatu petang kami di beri masa outing, tapi pegawai yang tentukan. Kami keluar bersama. kami begitu kecewa, kerana tempat yang ditujui adalah supermarket. adakah di bumi Johor bahru ini tiada shopping complex. Kami ingatkan tempat yang ditujui ada dapat mereleasakan tension. Namun apa yang pegawai tentukan adalah betul. kami ikuti walaupun hati kami meronta-ronta dan hanya berpura-pura gembira.

Semasa melaksakan tugas sebagai medic, kami sempat berkenalan dengan palapes Ipt lain. Kmi bersama berkongsi pengalaman semasa menjalani latihan di ipt masing-masing. Bukan semunya sama.

Hari jdi telah pun sampai. pemakaian atau onedress dikenakan oleh setiap seniaor yang bakal tauliah.sungguh segak. ini membuatkan aku lebih bersemangat. insyaallah tahun depan aku pula akan memakainya.tempoh setahun, apa pun boleh jadi.moga-moga baik hendaknya.

Hari ini, ahad 13 jun, kami pun berkemas untuk pulang semula setelah berkampung di Penang. Kenangan bersama mereka tidak akan aku lupakan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

sahabat@sahabiah PMI

.: sahabat utm :.

sahabat nun disana