12 October, 2010

usrah : ibadah tunjang akhlak

alhamdulillah malam ni aku sempat lagi untuk berusrah bersama-sama sahabat-sahabat lain. mungkin ini bibit-bibit terakhir untuk semester ni. mengapa tidak, dua minggu lagi dah study week.

malam ni aku ingin berkongsi dengan semua tentang ibadah dan juga akhlak.
satu persoalan naqib aku bertanya, mengapa dalam buku apa ertinya saya menganut islam, disusun oleh penulis tajuknya akidah disusuli ibadah dan seterusnya akhlak.
Dalam penerangan tadi mengapa ibadah diletakan di silibus yang kedua adalah melalui ibadahlah pembentukan akhlak sempurna dapat dicapai.

"sesungguhnya solat itu mencegah dari perkara jahat dan mungkar"(alankabut:45)

Melalui konsep ibadah yang terapkan dalam diri masing-masing, maka kita dapat melahirkan masyarakat yang konsisten dan senantiasa membaikpulih ibadah yang dilakukan. Selain itu, ibadah juga sebagai tali penghubung antara kita dengan Allah secara terus.
Sejak kebelakangan ni musuh-musuh Islam telah berusaha sedaya upaya menyempitkan minda kita terhadap konsep sebenar ibadah didalam Islam.
Antara syarat-syarat sah ibadah adalah..
1) Niat kerana Allah taala
2) Ikhlas dalam apa yang dilakukan
3) Tidak melanggar syariat dalam Islam
4) Tidak membelakangi ibadah khusus
5) Bersungguh-sungguh

Kita sebagai mata rantai - mata rantai perjuangan Baginda dalam menegakkan syiar Islam, maka hendaklah kita menjaga ibadah kita. selari dengan itu akhlak kita akan terpelihara dari perkara mungkar.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

sahabat@sahabiah PMI

.: sahabat utm :.

sahabat nun disana