kenangan bersama sahabat di tanah tumpahnya ilmu KMPP-kolej matrikulasi pulau pinang..
29 April, 2011
Minggu Aspirasi Islam_menggamit memori
kenangan bersama sahabat di tanah tumpahnya ilmu KMPP-kolej matrikulasi pulau pinang..
28 April, 2011
Mode Exam-4
Maka Kami beri Nabi Sulaiman memahami hukum Yang lebih tepat bagi masalah itu; dan masing-masing (dari mereka berdua) Kami berikan hikmat kebijaksanaan dan ilmu (yang banyak); dan Kami mudahkan gunung-ganang dan unggas memuji Kami bersama-sama Dengan Nabi Daud; dan adalah Kami berkuasa melakukan semuanya itu.(alanbiya'-79)
27 April, 2011
Lelaki idaman muslimat
Dipagi yang hening ini, aku utuskan sebuah sajak di ruang legar blog aku ini.Bukan sahaja sekadar tintaku berwadah namun sebagai renungan dan muhasabah diri.Aku sendiri masih lemah, dan tidak layak uantk menjadi seperti lelaki dalam sajak ini.Nurkilan ini aku ambil dari sebuah "page"(iluvislam) yang telah dipost pada tahun 2007.Insyaallah, semoga, apa yang ditulis ini menjadi landasan kepada semua muslimat dalam memilih pendamping mereka.
Kerana matanya sunyi dari melihat
perkara-perkara maksiat dan laghah
Kerana kedua matanya terpelihara dari
memandang aurat wanita ajnabi
Asalkan kedua matanya terang
dalam memerhati keagungan ciptaan Allah
Asalkan dia celik
dalam melihat kesengsaraan umat Islam
di Palestin, Bosnia, Ambon dan seumpamanya
Biarlah dia seorang yang bisu
Bisu dari pujuk rayu yang bisa mengoncang keimanan
Bisu dari mengungkapkan ungkapan yang bisa meracun fikiran
Bisu dari perkataan yang bisa mengundang kekufuran
Asalkan bibirnya sentiasa basah mengingati Tuhan
Asalkan lidahnya tidak pernah lekang dari membaca Al-Quran
Asalkan dia petah
membangkang kemungkaran
dan dia lantang
menyuarakan kebenaran
Biarlah dia seorang yang bakhil
Bakhil dalam memberi senyuman
pada wanita yang bukan mahramnya
Bakhil dalam meluangkan masa
untuk membuat temujanji
dengan wanita ajnabi yang boleh dinikahinya
Bakhil untuk menghabiskan wang ringgitnya
kerana seorang wanita yang tidak sepatutnya
Tetapi dia begitu pemurah
meluangkan masanya untuk beribadah
dengan Khaliqnya
Dia begitu pemurah
untuk mempertahankan aqidahnya
Pemurah dalam memberikan nasihat dan teguran
Sehingga dia sanggup
menggadaikan hartanya
bahkan nyawanya
demi melihat kalimah syahadah
Kembali megah di muka dunia
Biarlah dia seorang yang papa
Papa dalam melakukan perkara maksiat
Papa dalam ilmu-ilmu yang tidak berfaedah
dan tidak bermanfaat
Papa memiliki akhlaq mazmumah
Tetapi dia cukup kaya
dalam pelbagai ilmu pengetahuan
Dia begitu kaya
memiliki ketinggian akhlaq
dan budi pekerti yang mulia
Dia begitu kaya
dengan sifat sabar
dalam mengharungi tribulasi kehidupannya
Dan dia seorang yang kaya
dalam menanam impian
untuk menjadi seorang syuhada
yang syahid di jalan Allah.
Ayuh lelaki, mari kita tanya diri kita.Inikah yang kita lakukan.
Mari muslimat, mulakan langkah percaturan.Jangan tersilap memilih.Bukan ketampanan menjadi pujaan.
24 April, 2011
doa buat si hati
Seandainya telah engkau catatkan
Dia tercipta untukku
Satukanlah hatinya dan hatiku
Titipkanlah kebahagian di antara kami,
Agar kemesraan itu abadi...
Ya Allah Ya Tuhanku yang maha mengasihani,
Seiringkanlah kami melayari hidup ini
Ketepian yang sejahtera dan abadi
Maka jodohkanlah kami
Tetapi Ya Allah...
Seandainya telah engkau takdirkan
Dia Bukan milikku
Bawalah dia jauh dari pandanganku
Luputkanlah dia dari ingatanku
Dan peliharalah aku dari kekecewaan
Ya Allah Ya Tuhanku yang maha mengerti...
Berikanlah aku kekuatan
Menolak bayangannya jauh ke dada langit
Hilang bersama senja nan merah
Agar aku sentiasa tenang
Walaupun tanpa bersama dengannya.
Ya Allah yang tercinta...
Peliharalah aku dengan takdirmu
Sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan
Adalah yang terbaik untukku
sesungguhnya engkau maha mengetahui
Segala yang terbaik untuk hambaMu ini....
Dan sekiranya aku menemui seseorang
yang baru di dalam hidupku
Kau semaikan lah rasa ka sih sayang dan cintaku yang penuh ikhlas
kepada dirinya
Agar diriku dan dirinya memahami antara satu sama lain
Dan terbinalah satu ikatan yang lebih suci dan murni
Ya Allah...
Cukuplah engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku
Di dunia dan di akhirat
Dan peliharalah kami dari azab api neraka
Amin...amin..yarabbal alamin....
22 April, 2011
sepetang bersama-jalinan kasih
Assalamulaikum.
Seperti biasa, hari ini seperti hari-hari sebelumnya.Seusai solat subuh dan bacaan almathurat bersama sahabat-sahabat se"rumah", mata ini semakin berat, bagai kelopak mata ini digantung dengan ketulan-ketulan besi.Aku mula pejamkan mata untuk berehat seketika.Aku mula rapatkan badan ke dinding, mata perlahan-lahan dirapatkan. Aku berharap, dengan tidur dalam keadaan duduk mudah bangun.
Setelah seketika, aku dikejutkan oleh aizuddin, untuk balik ke bilik,zaki akan hantarkan dengan WHBnya.
Kul 3.15 ptg, aku mula bersiap untuk ke skudai parade.Hari ini ade program main boling bersama sahabat-sahabat yang bakal grad sem ini.Namun belum sempat habiskan game tersebut, aku berkejar ke tasik UTM untuk Liqa' PMI...ade makan-makan.(batch aku je)
Dalam aku dan hafiz, berkejaran, potong memotong dijalan raya, menghambat waktu, tiba-tiba, sang awan menyirami kami dengan air hujan.basah kuyup.tiada apa yang boleh diperkatakan lagi.Mungkin inilah aku bertemu mereka semua.
Aku doakan kamu semua terus istiqomah dalam landasan yang telah dilalui ini, jangan mudah tergelincir.Diluar sana pelbagai mehnah dan tribulasi yang menunggu kamu semua.
Hebatnya ukhwah dan ikatan dibina atas dasar iman dan ketaqwaan padaNYA. firman Allah dalam surah alhujurat, ayat ke 10 "Sebenarnya orang-orang Yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat."
"Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang Yang berperang untuk membela ugamaNya, Dalam barisan Yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan Yang tersusun kukuh."
Aku berharap ukhwah dan ikatan yang dibina ini tidak akn terhenti setelah keluarnya kalina dari UTM ini, semoga, selepas ini kati semua akan terus dan saling menghubungi sesama kita.Kita mempunyai pelbagai medium sememangnya boleh digunaakan.
Pengakhir kalam untuk kali ini aku hadiahkan sebuah lagu buat kalian.
Mengimbau kenangan indah yang menyentuh emosi
Masih segar di ingatan saat mesra berputik
Hadirmu bawa sinaran cahaya inspirasi
Sahabat
kau sesungguhnya
Temanku di kala suka dan lara
Tika ku buntu diselubungi sendu
Kau tiupkan ketabahan untuk ku ukir senyuman
Bagaikan embun hilang diterbit fajar
Kau pergi jauh mengejar cita
Menggapai redha yang ESA
Duhai sahabat dengarkanlah
Bicara hatiku ini
Meskipun jarak memisahkan
Namun tiada noktah kasih
Biarlah waktu menentukan
Nilai ukhwah yang terjalin
Teruskanlah perjuangan hingga
Ketitisan darah..
Terakhir...
Teruskan perjuangan Ketitisan darah..
yang Terakhir...
Dan aku...masih di sini
Terus mendaki puncak tertinggi hidupku
Dan aku...terus menanti
Saat yang manis akan berulang kembali
Sahabat...
19 April, 2011
Mode Exam-3
Salam imtihan kepada semua sahabat-sahabat.Semoga dikesempatan ruang dan peluang yang ade ini digunakan semaksimum yang mungkin. Disaat inilah, pelbagai dugaan dan cabaran yang datang bertandang tanpa disangka-sangka.
Kita sebagai umat Nabi Muhammad, seharusnya cekal dan tabah terhadap dugaan ini.
Dalam kita mengejar kejayaan, kita perlu mengambil berat dua benda, iaitu meninggalkan maksiat dan memantapkan ketaatan kita pada Allah.
18 April, 2011
Dari meja pimpinan PMIUTM
Assalamu’alaikum dan salam sejahtera buat sahabat-sahabat Mahasiswa Universiti Teknologi Malaysia. Pertamanya syukur kita kepada Allah Azza wa Jalla kerana masih memberi kita nikmat masa untuk kita bertemu dalam lapangan laman sesawang yang merupakan medium untuk kita bersua secara maya. Moga Ukhuwah kita semua sentiasa meningkat dari masa ke semasa seiring dengan peningkatan waktu dan usia kita.
Sedar tidak sedar sudah sampai kita kepada penghujung semesta 2 bagi sesi 2010/2011 dan juga mahu tidak mahu peperiksaan akhir juga akan menjelang tiba. Jika sebelum ini persiapan untuk menghadapi peperiksaan akhir semesta ini dilakukan secara sederhana, maka tibalah masanya untuk kita semua mempersiapkan diri secara bersungguh-sungguh untuk menghadapi “perang exam” yang akan berlangsung dalam seminggu saja lagi. Begitulah lumrah seorang pencari ilmu, apabila kita sudah mendapatnya maka harus diuji akan kesahihan kefahaman ilmu yang diperolehi agar ianya boleh kita manfaatkan dalam kerjaya dimasa hadapan.
Jangan kita lupa dalam kesibukkan kita mengejar matlamat akademik, kita juga sama-sama harus meningkatkan lagi keterikatan ibadat kita kepada Allah s.w.t agar segala usaha yang dilakukan di Redhai dan di Rahmati oleh Allah s.w.t. Seharus dan semestinya, dalam minggu “Stdy Week” inilah kita mengoptimumkan usaha untuk mengatasi masaalah ketidak fahaman kita dalam subjek-subjek tertentu. Ada juga dikalangan remaja kita Mahasiswa menganggap bahawa minggu inilah merupakan minggu untuk berehat setelah penat menghadiri kuliah. Sebagai Mahasiswa yang cemerlang masa diibaratkan perkara yang amat berharga yang datangnya tidak kita meminta dan perginya tidak dapat kita halangi. Ianya tetap akan hadir dah seharusnya kita mengoptimumkan masa yang ada dengan pengisian ilmu dan ibadah pada Tuhan pencipta masa dan kita.
Betulkan kembali niat menuntut ilmu yang tidak lain tidak bukan adalah untuk mencari Redha dan Rahmat Allah s.w.t dalam mengisi sisa-sisa umur kita yang berbaki yang entah bila datangnya penghujung usia. Sesungguhnya dengan ilmulah islam akan dimuliakan kembali. Setelah berusaha sehabis mungkin, tangga tawakkal dan doa juga mesti dipanjatkan pada Sang Pemberi Nikmat iaitu Allah s.w.t agar jiwa dan hati kita lebih tenang dan bersedia untuk menghadapi peperiksaan yang akan menjelma. Semoga kita semua dapat menjawab Peperiksaan Akhir dengan baik dan memperolehi keputusan yang cukup cemerlang. InsyaAllah.
Firman ALLAH yang bermaksud,
"dan apabila engkau telah berazam, maka bertawakallah kepada ALLAH"
(Surah Ali-Imran: 159)
Kami di peringakat Pimpinan Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Teknologi Malaysia (PMIUTM) mengucapkan selamat menjawab Peperiksaan Akhir Tahun semesta 2 sesi 2011/2011 kepada sahabat-sahabat Mahsiswa yang akan bermua 25 April nanti. Buktikan bahawa kita Mahasiswa khususnya Mahasiswa Islam dapat menjadi titik rujuk dan dapat mencorak momentum kepada perubahan akademik di Universiti kita yang Tercinta ini. be the best beat the rest.
“ BERSAMA MEMBANGUN UMMAH ”
Daripada saf Kepimpinan PMIUTM sesi 2010/2011
16 April, 2011
syurga dibawah tapak kaki ibu
Disaat sibuk menyiapkan tugasan-tugasan yang terlalu banyak, aku teringat usapan lembut dari tangan yang melahirkan aku.Kata-katanya menyusuk jiwa.
Oh ibu dikaulah ratu hatiku.Kata-katamu penawar kepada racun kemalasan.
14 April, 2011
Mode Exam-2
Entri kali ini aku utuskan lagu sebagai semangat untuk menyiapkan semua itu...
Tuk menggapai cita
Jalan yang kau tempuh sangat panjang
Tak sekedar bongkah batu karang
Yakinlah wahai saudaraku
Kemenangan kan menjelang
Walau tak kita hadapi masanya
Tetaplah al-Haq pasti menang
Tanam di hati benih iman sejati
Berpadu dengan jiwa Rabbani
Tempa jasadmu jadi pahlawan sejati
Tuk tegakkan kalimat Ilahi
Pancang tekadmu jangan mudah mengeluh
Pastikan azzam-mu smakin meninggi
Kejayaan Islam bukanlah sekedar mimpi
Namun janji Allah yang Haq dan pasti..!
izzatul islam.
13 April, 2011
moDE EXam
kita kawankah?
kalau sebut tentang persahabatan, orang cakap...
"sahabat selamanya"
"best friend forever"
"ukhwah fillah"
apa ertinya kawan pada kamu?
seorang yang sentiasa menemani kamu makan?
atau seorang yang sentiasa mendengar masalahmu?
atau seorang yang sentiasa menemani kamu keluar beli barang?
atau seorang yang membuat tugasan bersama kamu?
atau seorang yang kamu rujuk ketika kamu menghadapi masalah, atau tertekan atau sedih, atau gembira bahkan?
apa makna kawan kepadamu sebenarnya?
apakah dia yang selalu kamu dahulukan daripada ibubapamu, ahli keluargamu, suamimu atau isterimu?
apakah dia yang boleh kamu ejek dan gelarkan sesuka hati?
apakah dia yang sentiasa ada untukmu selamanya?
barangkali perspektif tentang rakan, sahabat, kawan, teman, 'saing' itu punyai makna dan taraf yang berbeza buatmu. kerana setiap orang boleh berfikir sendiri dan biasanya fikiran ini dipengaruhi oleh pengalaman.
walau apa pun yang kamu anggap tentang rakanmu itu, tidak kira teman baik atau teman sekelas atau teman sekuliah atau teman sekolej atau teman seprogram dll...
dalam persahabatan, tidak selalunya orang kena memberi kepada kita. perlunya juga kita memberi kepada orang.
tidak mungkin hanya dia yang akan ada untuk kita selamanya, sedangkan kita tidak.
tidak adil kiranya dia saja yang mendengar, sedangkan kita tidak.
tidak elok kiranya kita hanya mencari dia ketika perlukan sesuatu sahaja. bukan itu fungsinya sahabat.
bahkan...
tidak mungkin hanya kita yang ada untuk dia, sedangkan dia tidak.
tidak adil kiranya kita sahaja yang mendengar, sedangkan dia tidak.
tidak elok kiranya dia mencari kita ketika dia perlukan sesuatu sahaja. bukan itu fungsinya kawan.
dalam persahabatan,
perlunya ada give and take.
perlunya ada persefahaman untuk kita cari nilai kesamaan antara kita dan dia yang akhirnya akan membuahkan hubungan yang harmoni.
perlunya ada teguran, nasihat dan sokongan kerana inilah juga fungsinya sahabat yang terbesar.
perlunya ada kesabaran sebabnya tidak semua tingkah laku orang boleh kita hadapi, juga tidak semua tingkah laku kita orang boleh senangi.
perlunya ada terus terang dan bukannya berpura-pura. inilah yang banyak memburukkan persahabatan. apabila berpura-pura, timbullah perasaan curiga dan tidak percaya yang kelak akan membawa keretakan. katakan sejujurnya apa yang kamu tidak berkenan dia lakukan, pujilah dia sejujurnya dan nyatakan perasaanmu yang jujur terhadapnya.
orang kata, berkawan biar seribu tapi berkasih biar satu.
ada benarnya walaupun aku agak mengingkari.
bagiku, biarlah teman-temanku sedikit, kerana yang sedikit itu lebih bermakna, lebih memahami dan lebih aku percayai. biarlah rakan-rakanku sedikit asalkan semuanya aku fahami dan aku sentiasa rindui.
renungkan seketika,
"kiranya aku punyai hanya seorang teman didunia ini, pastinya aku jaga ia seeloknya. dan inilah yang akan aku lakukan terhadap teman-temanku kerana setiap orang adalah unik dan tersendiri"
terima kasih buat tuan punya blog http://zigaki.blogspot.com/...susah payah dia menulis, aku copy je...aku hanya tambah gambar, apa yang patut..
12 April, 2011
Buat sahabat
dedikasi kali ini kau tujukan kepada semua sahabat-sahabat aku yang sedang berperang dengan masa untuk meraih seraup ilmu.
aku mendoakan kalian dimudahkan untuk memahami apa yang dibaca.Sesungguhnya sesuatu kejayaan itu akan menjadi kebanggaan kepada Islam.
Good luck semua.Ingatlah disaat kita risau memikirkan apa yang akan terjadi esokdan bertungkus lumus untuk esok,berhentilah walaupun sekejap untuk bermujahadah kepadaNYA.Mengadulah pada yang Maha Esa.sesungguhnya Dia Lebih Mengetahui.
mencari alasan ataupun membina kekuatan
“Syafiq enta nak cakap apa dengan ustazah nanti, Ana risaulah....” ujar sahabat saya.
Baru-baru ini, kami terlewat hantar assignment dan diminta untuk berjumpa dengan lecturer tersebut. Risau juga rasanya dalam hati ni. Tapi melihatkan sahabat saya ni, yang terlalu risau memikirkan alasan yang hendak dijawab nanti dengan ustazah yang terkenal dengan ketegasannya, membuatkan perasaan risau dalam diri saya hilang.
“Akhi, relakslah. Ustazah just nak jumpa kita je.” Kataku.
“Apa agaknya yang ustazah kata nanti ye? Mesti dia marah kan? Apa yang ana nak jawab kalau dia tanya nanti?”, kata sahabatku lagi.
Aku terdiam memikirkan kata-kata sahabatku itu.
“Mecari alasan atau berdoa diberikan kekuatan?”, spontan terlafaz dimulutku.
“Eh? Apa yang enta cakap?”, tanya sahabatku.
Mencari alasan atau berdoa diberikan kekuatan? Satu persoalan bermain di fikiranku. Ya, sepanjang hidupku, berapa banyak alasan telah aku berikan apabila aku melakukan kesalahan. Tapi berapa banyak aku berdoa, agar diberikan kekuatan untuk berhadapan dengan kesalahanku itu?
“Kita terlalu sibuk memikirkan apa yang ustazah akan katakan kepada kita. Apakah alasan yang kita nak berikan nanti. Tapi ada tak dalam sesaat, kita diamkan diri berdoa diberikan kekuatan untuk berhadapan dengan apa yang ustazah akan ucapkan?”, tanyaku pada sahabatku itu.
Diam seribu bahasa.......
“Dengan memikirkan satu jawapan, kita dapat hidup dalam kesenangan. Tapi dengan membina satu alasan, hidup sentiasa terbayang dengan masalah yang dihadapi..”
“Dengan satu jawapan, kita mampu menyelesaikan seribu masalah, tetapi dengan hanya satu alasan, kita boleh menimbulkan pelbagai lagi masalah.”
Dua kata-kata yang terbit di fikiranku. Ya, membina alasan, tandanya seperti kita sedang melarikan diri daripada berhadapan dengan masalah yang kita hadapi. Sedangkan mencari jawapan, bermakna kita adalah seorang yang cekal dan tabah berhadapan dengan setiap kesulitan dan kesalahan yang kita lakukan.
“Akhi, enta jangan fikirkan sangat apa yang ustazah nak kata. Sebab itu akan menyebabkan semangat kita lemah nak jumpa dengan dia. Elakkan daripada memikirkan alasan, sebab ana takut nanti berlaku penipuan....”
Think Positive! Buruk sangka hanya membantutkan usaha dan semangat kita. Berdoalah agar diberikan kekuatan, kerana dengan kekuatan kita bertemu dengan jawapan.....
Sumber: http://diariabuhariz.blogspot.com/
11 April, 2011
saat lafaz sakinah-Fareast
palapes batch 19_checking one dress
Moga-moga ada diantara kami akan melanjutkan ke dalam bidang ini yang sebenar, menjadi pembela danpelindung negara dari ancaman musuh.Insyaallah.







antara parajurit wanita

















Terima kasih buat rasidah @ escyieda kerana sudi berkongsi gambar yang diambil tempoh hari
09 April, 2011
ProgRam HujUng MiNggU
Hati ini meronta-ronta untuk pergi Shah Alam, untuk menghadiri Perhimpunan Mahasiswa Kelantan, tapi hari ini juga ade check baju one dress.Kecewanya hati.
08 April, 2011
Topup tenaga
Jom selongkar videokat bawah.
palapes batch 19
l

06 April, 2011
kasih si ayah
"Soalnya pasal hati.Semakin hari -semakin dia menjauhi aku.Apa salah aku.Mengapa dia buat aku sebegini rupa.Bagaimana harus aku jelaskan.Bagaimana harus aku lakukan, agar tangan yang aku hulurkan ini disambut olehnya.Disaat ini aku memerlukan pendamping sepertinya."
Bertalu-talu aku ditanya.Bagaikan aku ini pakar motivasi. Aku mula menyusun perkataan, sedikit demi sedikit aku luahkan.Sebagai seorang rakan, aku tidak ingin menyakitkan hatinya dengan perkatan direct menyusuk hatinya.Aku alaskan dengan menanya dia, bait-bait yang halus. Gementar juga hati ini, apa tidaknya soalan itu bagaikan si bunga bertanya kepada sibunga.Aku positifkan diri.Sebenarnya, hati dia runsing.Runsingkan siayahnya, yang jauh di sana.Walaupun baru sahaja pulang dari menjenguk ayahnya.
Aku tidaklah pandai dalam memberi namum mungkin tulisan ini merupakan perkongsian. Bukan dari pengalaman sendiri, tapi dari pembacaan dan pengalaman orang lain.Aku teringat dalam buku "nota hati seorang lelaki" tulisan ust Pahrol Mohd Juoi.Kisahnya dimana semasa dia dialam sebagai ayah.Bagaimana dia mendidik anaknya.Dia ada menulis tentang kasih ibu tak boleh diganti.Aku tersentuh tentang ceritanya.Seorang bapa tidak mungkin dapat menggantikan kasih seorang ibu.Seorang bapa hanya mampu menghadiahkan seorang ibu kepada anaknya.Itu merupakan hadiah yang terbaik.
Memang betullah kata-kata orang tua,bela sekandang lembulebih senag dari membela seorang anak perempuan.Jika tidak kena gaya,alamak rosaklah sianak itu.Perempuan bagaikan satu helai kain putih yang bersih.Jika kita salah mencoraknya, maka tidak akan laku untuk dijual.Begitu jugalah, perempuan.Jika salah kita mendidiknya, maka....
Kita sebagai anak hendaklah sentiasa mendoakan kesejahteran kedua ibu bapa kita.Hidup sebagai pemberi lebih baik dari penerima.Percayalah.
Memberi kepada ibu pada seperti memberi kepada diri sendiri.Doa sibu dan siayah sememangnya mustajab.Harapan mereka kenyataan.Kasih mereka bekalan.Benarlah sabda Nabi Muhammad SAW, keredhaan Allah terletak kepada keredhaan ibu bapa.
Kadang-kadang kata-kata mereka itu hanya untuk menguji kita sebagai anaknya.Mereka memang percaya, kita bolah lakukan.Tapi sejauh man dan berapa lama kita blh istiqomah dalam sesuatu perkara itu.
Dulu kita asyik memberontak, bila ayah kita tidak sependapat dengan kita.Seorang ayah merupakan pimpinan keluarga.Dia sudah tahu yang mana jantan dan yang mana betina.Asam garam sudah banyak dirasanya dari kita.Pengalaman mereka banyak mengajar mereka tentang liku-liku rumah tangga.
Aku sendiri, banyak tidak setuju dengan keputusan ayah aku. Aku maih teringat sewaktu tingkatan tiga.Aku ingin menjadi wakil sekolah dalam bola sepak.Nama aku sudah tersenarai, namun, harapan berkecai, bila aku disuruh tidak meneruskan niat aku itu.Aku marah.Tapi ape yang aku boleh buat.Aku akur.Segala keputusannya, mungkin ade hikmah.Ibuku menenangkan aku.
Dia sering bepesan.Jangan jadi sepertinya.Belajar, belajar dan belajar.Seorang ayah tidak akan sanggup melihat anaknya dalam kesusahan.Tapi dia mahu kita belajar dari kesusahan.Itulah kasih ayah.Dia tidak akan lepaskan tangan kita, dia akan selalu membimbing bila mana kita dalam kesulitan.Dialah pakar motivasi.Dialah pensyarah kepada universiti kehidupan kita.
"seorang anak dilahirkan putih bersih, terpulang kepada ibu ayahnya yang menjadikan dia Yahudi,Nasrani dan Majusi"
Ini sahajalah celoteh aku kali ini.untuk pengakhir kalinya aku ini berpesan, sebelum kita menyayangi orang lain, sayangilah diri sendiri dulu.
aku harap apabilasidia membaca entri ini, akan terjawab persoalannya.Ingatlah dia bukan melupakan kita, tapi dia mungkin sedang belajar menjadi ayah.
05 April, 2011
aku rela
Telah kurela nama diri
telah kurela menjadi sasaran
kerana cinta
telah kurela segala tohmahan bermaharajarela
kerana cinta
kerana cinta cinta jua aku berbicara
dengan nada insan terluka
meluah rasa
meluah fakta mencedera jiwa
semuanya kerana cinta
biarku tanggung rasa cinta
asalkan agama selamat akhirnya
yang membantah hanya berfalsafah
kerana bimbang sarapan sarapan harian
dengan menjual nama tuhan
lalu kebenaran disingkirkan
demi hidangan belian pendustaan
namun aku yang sengsara zahirnya
redha telah pun penuhi jiwa
dalam keletihan ini, aku bahagia
kerana pada kebenaran itulah itulah trasa
nikmat syurga
Telah kurela nama diri
telah kurela menjadi sasaran
kerana cinta
telah kurela segala tohmahan bermaharajarela
kerana cinta
kerana cinta cinta jua aku berbicara
dengan nada insan terluka
meluah rasa
meluah fakta mencedera jiwa
semuanya kerana cinta
Jika kita lihat sirah Rasulullah, penentangan peningkatan Islam lagi mencabar.Nabi dibaling dengan batu, dirancang untuk bunuh dipulau dan lain-lain lagi.
Aku berharap moga-moga, apa yang dia lakukan bukan sahaja terhadap aku malah terhadap lain lain pelajar di universiti ini, Allah akn membalasnya.Dan juga, moga-moga Allah membuka hatinya untuk bertaubat dan kembali kejalan yang benar.
Sekali lagi aku ucapkan terima kasih kepada dia.Walaupun banyak benda yang dia lakukan, aku tidak suka, namun ade benda yang dia mengajar aku.
04 April, 2011
Memoir tragedi memali
Yang wajib kita perjuangkan ialah ISLAM, bukan bangsa.Perjuangan bangsa ialah perjuangan taghut yang Nabi tidak mengaku ummat.Apa lagi kerajaan yang zalim tidak menghukum dengan hukum Allah, memakai undang-undang otak manusia.Sebab itu jika mereka mati dalam perjuangan bangsa, Nabi tidak mengaku ummat.
sahabat@sahabiah PMI
-
The Ultimate Guide to Gaming Laptops Under $600: How to Find the Perfect One for You - Start by introducing the topic and why it's important for your ideal customer persona. Explain that gaming laptops can be expensive, but it's possible...1 year ago
-
Redha - Hidup di dunia ini tidak akan berwarna warni tanpa ujian yg melanda. Terima kasih Allah atas segala nikmat dan ujian yg Engkau hadirkan buat diriku. Sedar...8 years ago
-
Update MASRECA 19 - Assalamualaikum dan selamat pagi semua. Maaf dah lama tak buka blog dan menulis sesuatu. Hari ni semacam ada semangat pula nak update pasal MASRECA 19 pabi...9 years ago
-
Job Hunting Status -End- - Bismillahirrahmaanirrahim Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.. :) Selamat tahun baru 2016! Oh, masa sangat pantas berlalu. Semoga kita bukan dari kalan...9 years ago
-
-
Hari-hari hari Ibu - Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Entah kenapa semenjak dua menjak nie sangatla malas nak post "anything" kat FB.Huhu. But, it's o...10 years ago
-
In Case You Missed It: A Brazilian Giga-Mansion - Just for shits and giggles and the freakish absurdity of the whole thing we're gonna wind up this rainy Friday afternoon with a piggy on the back of the i...11 years ago
-
Update: Rezeki - Bismillah. Fuhh, last entry di blog ni April lepas. Saya 'ter'curang dengan blogging sejak dapat title baru - isteri dan ibu. Cepatnya rasa masa berlalu. ...11 years ago
-
Majlis Kesyukuran Khairul & Syazwani - Bismillahirrahmanirrahim.. Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.. Assalamualaikum w.b.t Dengan penuh rasa kesyukuran ke hadrat Ilah...12 years ago
-
Salam Imtihan - بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ Oh Allah, Give us good in this world, and good in the Hereafter, and save us from the torment of the Fire.. [2:201...12 years ago
-
=) - *"One Big Family"* I wonder why you and me fight each other Don't you see the similarities between us? Take a minute and see yourself in the mirror You look...12 years ago
-
KENAPA SOLAT WANITA TIDAK SAH? - Bismillahirrahmanirrahiim... Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Maha Penyayang... Salaamun 'alaikum wrt wbt buat teman-teman yang dikasihi semua. Saya ...12 years ago
-
Kuantan Bandar Zombie? - Assalamualaikum dan salam sejahtera. Macam dalam cerita zombie kampong pisang dan cerita zombie orang putih, punca terjadinya zombie adalah apabila ...13 years ago
-
-
-
-
-
.: sahabat utm :.
-
Rak Minimarket Mesuji - *Rak Minimarket Mesuji* [image: Rak Minimarket] *Rak Minimarket* *Minimarket* adalah sebuah pasar yang kecil, atau diperjelas menjadi sebuah tempat yang ...6 years ago
-
Barang Persediaan Bersalin Sebelum Ke Hospital - Assalamualaikum Lama tak update blog. tut tut update barang persediaan bersalin sebelum ke hospital. haha.. Entry pasal kawen, mengandung nanti lain kali u...8 years ago
-
The Broken Promise - Hope But never expect.... Looking forward But never wait... Let it go But never forget.... A promise that had been broken its hard to place it right.......8 years ago
-
RINDU ABAH :'( - ✿.✿ بسم الله الرحمن الرحيم ✿.✿ Jujur. Rindu. Ah. terlalu banyak moment. Terlalu banyak cerita. Entah apa aku rasa tika ini. Sakit dada rasa sesak. Sakit...8 years ago
-
7 Soalan Biasa Orang Tanya Tentang Psychology - Bismillah.. * 1) PERLUKAN APA UNTUK AMBIL COURSE PSYCHOLOGY?* Jawapan yang pertama, MINAT. Yes! yang pertama itu minat. sebab percayalah kalau tak mina...9 years ago
-
JURNAL: Mencapai Sistem Pengurusan Ladang Yang Mampan Dalam Kawasan Separa Gersang Di Malaysia - *DOWNLOAD :*9 years ago
-
Redha - Assalamualaikum. Menulis lagi, sebelum tahun 2015 berakhir. Banyak cerita suka duka, masam manis, pahit tawar, perit sentap masin semua dah rasa. Tahun 201...9 years ago
-
Bloodworth 2010 - Bloodworth stream deutsch, Bloodworth kostenlos anschauen, Bloodworth kostenlos downloaden [image: bilder von Bloodworth] Bloodworth *Qualität* : 720p D...9 years ago
-
[HD] Le Film Eyes of Jukai - Telecharger Eyes of Jukai gratuitement et rapidement, Voir Eyes of Jukai en streaming megavideo, Regarder Eyes of Jukai en streaming pleine longueur. [ima...9 years ago
-
54. Segalanya Allah Punya.. - Assalamualaikum dan selamat malam semua.. lama sudah diri tidak menconteng sesuatu di laman ini.. kesempatan waktu membuatkan diri terkejar2 dengan bermac...11 years ago
-
buah- buahan UTM - Bismillah.... ahlan wa sahalan ya 2014... semoga 2013 menjadi pelangkap hidup kita... assalamualaikum... utk kali pertama tahun 2014 nh gua nk cter psl ...11 years ago
-
Salam Maal Hijrah. - Bismillahirrahmanirrahim. Cheklist azam tahu baru masihi (2013) : - No more panggung wayang. Plis. Zero Plis~ Not once, twice..but null.. * Alham...11 years ago
-
ulang lagi dan lagi - kata #fynnjamal, perempuan ini perangainya sungguh degil dan terlalu tamakkan perhatian kekasihnya; selalu xsedar untung, dan hanya tahu menyesal bila ter...11 years ago
-
Sem Baru - InsyaAllah minggu depan akan bermula semester baru. Semester yang moga-moga terakhir bergelar sebagai mahasiswa ijazah sarjana muda. Adakah aku akan sambun...13 years ago
-
MINGGU PENGHAYATAN SUNNAH [SIRI KE-8] - *MINGGU PENGHAYATAN SUNNAH * *[SIRI KE-8]* bersama *TUAN SYEIKH MUHAMMAD NURUDDIN MARBU ALBANJARI ALMAKKIY* *1/2/2012 (RABU)* MASJID AL-BUKHARY, ALOR ...13 years ago
-
menjelang 2 dekad, my birthday! - thanx to all friends give me such a wonderful gifts..i love them all very much.. rekod hidup aku totally pecah when im 20..got a gift..my own cakes..even h...14 years ago
-
-
-
-
-
-
-
sahabat nun disana
-
Pertama kali suami demam - Assalamualaikum, Lama tak menulis, tetiba cerita pasal sakit. macam tah pape kan? hahaha ala biarlah, bukan ada orang baca pun.. hekhek Sejak-sejak dah ka...8 years ago
-
MEAT BALL SWEDISH - Semalam Kak Atikah tumpang tidur di bilik saya. Segan pula, sebab Kak Atikah adalah seorang ustazah. Dah lah tetamu pulak tu. Tak kan saya tak memasak untu...8 years ago
-
Perth, Australia - Bertemu lagi dalam sambungan Kembara 2015. Saya terlupa sebenarnya, satu lagi destinasi kembara pada tahun 2015 adalah ke Jakarta dan Bandung pada awal Mac...8 years ago
-
Perkongsian : Hujan - Bismillahirrahmanirrahim. Teringat 2 bulan lepas, kami suami isteri menaiki motor dengan anakanda Amir Solihin. Hajat nak ziarah anak sepupu di Hospital Se...9 years ago
-
Suara dalam Diri - Bismillahirrahmaanirraheem. "Sudahkah engkau berdamai dengan masa lalumu?" tanya MasGun dalam tulisannya. Persoalan yang aku kira, tidak punya jawapan ut...9 years ago
-
Di Cina Pria memotong kelamin nya. - Pada saat ini perkembangan jaman semakin aneh dan tidak bisa di harapankan lagi penerus generasi muda kita kedepan nya bagai mana. Bayang kan saja di cin...9 years ago
-
Kisah Ka’ab bin Malik Dihukum Rasulullah saw - Emosi manusia apabila dipecat, didenda atau dihukum, dikenakan tindakan disiplin serta merta pasti akan merasai kejutan drastik yang luar biasa. Fitrahnya ...9 years ago
-
Bajet Suci - Bila ujian datang bertalu-talu. Mulalah datang putus asa. Jiwa tepuruk. Lalu ada yang berkata, " Bahagia bukan jika hidup ini tanpa dihambat sebarang pe...9 years ago
-
Kenapa Kita Berdoa? - Bismillahirrahmanirrahim. Entry tentang DOA. Tajuk tampak ringkas, sedang ia sangatlah bermakna untuk ditenung kembali. Seringkali, atau terkadang hati...9 years ago
-
Projek Mengikat Suami - "Awak pasti ka ini rumahnya?" Datin Senah melangkah keluar dari kereta BMW M3 warna hitam pemberian suaminya, Dato' J. "Confirm la datin! Dah banyak kali...10 years ago
-
on time - on time...solat? Atas diri sendiri..tapi MATI itu memang ON TIME! ************************** *Ya Allah Sesungguhnya aku bermohon kepadaMu iman yang me...10 years ago
-
اِهْدِنَا الصِّرَاط الْمُسْتَقِيم - Memang benar, tidak semua jalan menuju ke syurga. Hidup ini mengajar saya untuk tidak hanya mengharapkan supaya berada di jalan yang benar. Kerna itu ...11 years ago
-
MATI itu PASTI - 4 Januari 2014 bersamaan 3 Rabiul Awwal 1435 H Sabtu 9.55 malam Baitul 'Izzah *Assalammualaikum wtb...* *5 bulan berhenti menulis. * *5 bulan yang siksa ...11 years ago
-
Doaku tidak berbalas...Kisah sedih...:( - *Assalamualaikum semua…post ni merupakan satu cerita yang sedih..ya..kasih ibu amat besar..lebih besar daripada segalanya, lebih berharga daripada nilai...11 years ago
-
Rangka Atap Baja Ringan Semarang - *Rangka atap baja* ringan Semarang menawarkan alternatif konstruksi *atap baja* dengan menggunakan bahan baku *baja lapis zincalume* (55% Alumunium, 43,5%...11 years ago
-
Kasih hati masih kekal disini, di dalam hati..;) - semakin tua, semakin kearahNya. ada 3 perkara yg pling aku suka sebut, Cinta kepada Allah(yg takthu wujud atau x), Mak, Abah dan abg2. Diantaranya, mmg kes...11 years ago
-
-
rider.. rider.. rider ;) - Salam sume... sem ni merupakan sem terakhir bagi aku insyaallah... hopes sume berjalan dengan lancar.... doakan kejayaan kitorang... skang aku nk mempe...13 years ago
-
tentang masa lalu,, - :: ya ALLAH tuntun hatiku menujuMU :: pkul1849,17jun2011 bersamaan 15 Rejab 1432 H,, salam ukhuwwah sahabat2 fillah,,sedikit perkongsian dengan sahabat2,...13 years ago
-
-
-