07 April, 2012

cinta kembali bertasbih

bismillahirrahmanirrahim

aku ingin berkongsi dengan semua, satu novel islamik yang tidak patut untuk semua lepaskan. jalan ceritanya agak simple tetapi penyampaiannya begitu mendalam terutama untuk kalangan student. Subhannallah, begitu tersentuh, kasih sayang seorang abang terhadap adiknya yang sanggup berkorban, biarpun dirinya diancam bahaya.

semua tingkah lakunya dipelajari dari sunnah Rasulullah. begitu menjaga dan menjadi contoh kepada semua remaja.

novel ini sudah lama dipasaran. insyaallah tidak rugi jika memilikinya. Terima kasih buat penulis, A. UBAIDILLAH ALIAS..



SINOPSIS

Novel yang menceritakan perjalanan hidup Sofiy ar-Rahman yang merupakan abang kepada Fatimah az-Zahra yang membesar sebagai anak yatim piatu. Selepas kehilangan ibu bapa semasa kecil, Rahman membesar dengan agresif dan baran kerana mahu menjadi pelindung kepada adiknya Fatimah. Sikap samseng Rahman menjadikan pelajar dan guru di sekolah mengenalinya sebagai budak baran.

Selepas dia memasuki sekolah menengah, Rahman mula berubah sikap apabila dia jatuh hati pada seorang gadis bernama Rasima. Malangnya, kawan baik Rahman iaitu Safuan cemburu dan membuat fitnah padanya. Akibat fitnah itu, Rahman tersedar bahawa perjalanan hidupnya masih panjang dan dia mempunyai tanggungjawab terhadap adiknya Fatimah.

Di Kaherah, dia berkenalan dengan seorang dato' yang mempunyai pertalian dengan sejarah hidupnya. Secara tidak langsung dia diperkenalkan kepada anak dato' tersebut iaitu Uswatu 'Ulya yang belajar di Korea Selatan. Selepas pulang ke Malaysia, Rahman bertemu semula dengan watak-watak silam iaitu Rasima dan terhimpit dalam beberapa insiden. Konflik semakin sukar apabila beberapa watak lain muncul dalam hidup Rahman. Bagaimana Rahman mengambil pendekatannya yang dahulunya agresif dalam mendepani semua situasi ini?


ismaryzalismail
7 april 2012


2 comments:

  1. dah baca!!
    best novel ni ^_^
    lagi satu tulisan A. UBAIDILLAH ALIAS, kala cinta dan wahyu bersatu..
    tu pon best(kawan kata la buku ni best)
    sya tak baca lagi,mash mncari..
    xjmpa2 lagi T_T..

    ReplyDelete
    Replies
    1. emmm, oh ye ke..insyallah, klu ade rezeki nnt sya akan carinya jgk...
      tq for info~

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

sahabat@sahabiah PMI

.: sahabat utm :.

sahabat nun disana