26 February, 2013

cintaku~

bismillahirrahamnirrahim

cinta yang telah tersasar mula patut kita betulkan semula
agar ia tidak akan terus tergelincir dari landasan kecintaan yang sebetulnya.
 cinta kepada Allah dan cinta kerana Allah dua perkara yang berbeza maksudnya.
Cinta kerana Allah, harus dibincangkan secara terperinci.
dikala ramai manusia melakukan sesuatu hanya kerana perkara lain, maka perbuatan itu, sekadar perbuatan. tiada kerahmatan dan tiada perasaan yang timbul ujubnya Allah.
sama lah seperti kita cintakan manusia, adakah hanya kerana batang tubuhnya, atau ilmunya. jika hanya sekadar perkara itu, rugilah kita. kita akan menangis hanya kerana itu. tetapi, jika kita cintakannya kerana Allah, tangisan yang dikeluarkan juga kerana Allah.



banyak perkara aku telah berlaku dalam tempoh tamatnya pengajian aku. insyaAllah, itu semua dugaan terhadap akuuntuk mengenal isi kehidupan di dunia dan akhirat.

Cintalah Allah sepenuh hati, maka Allah akan lengkapkan cinta kita dengan cinta yang sebetulnya untuk pencintanya. rakan sekeliling banyak mengajar, walau bukan secara formal, itu adalah pembelajaran untuk aku terus cintakan Allah.

Ya Allah, hati ini telah kotor dengan perbagai resapan mata, bualan mulut, dengaran telinga, ampunkanlh dosa ku. tetapkanlah dan tambahkanlah keimanan terhadap aku. sesungguhnya aku adalah insan yang lemah untuk melawan godaan syaitan serta hawa nafsu yang sedang berusaha menghancurkan diri aku dari mendekatkan diri kepada MU.

hati yang dulunya bersih, kini sedang mula dicemari. aku pun tidak mengerti, bagaimana untuk mencucinya. bila mana pergaulan bersama orang-orang alim, maka aku mula mengerti, perkara yang bisa mencucikan hati ini begitu banyak. solat malam, berzikir, bersedekah dan sebagainya. mari kita amalkan bacaaan Basmallah setiap detik. ini satu cara untuk lembutkan hati yang mula mengeras.


satu perkongsian dari naqibku, kita ini akan mati atas sifatnya. bagaimana? sebagai contoh mula dijelaskan agar pencerahan akan dapat menerangi kekeliruan dalam kepala. seorang pemain ular akan mati dengan ularnya. sudah dua tiga kejadian yang berlaku dan dilaporkan di media masa.
ayuh marilah kita berdoa, agar kita mati atas perjuangan yang kita pertahankan ini iaitu menjulungkan Islam dan menegakannya di dunia ini. janganlah seinci pun tidak lari ketika mana kita mati kelak.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

sahabat@sahabiah PMI

.: sahabat utm :.

sahabat nun disana