05 February, 2013

minggu yang padat

bismillahirrahmanirrahim

subhanallah, sungguh padat kerja-kerja pilihan raya minggu ini dan minggu mendatang. kebetulan minggu ini telah termaktup dalam kalendar adalah tahun baru cina, maka lebih la kerja kena lakukan. edaran buah limau untuk semua penduduk cina. rupanya, ada cara dan protokal yang tersendiri untuk memberi buah limau kepada mereka. satu teguran dari mereka ketika mana kami tersalah menghulkurkan tangan untuk memberi limau. katanya, hulurkan kedua belah tangan bukan sebelah tangan, serta hand to hand. bukannya letak atas meja.

ada satu kedai makan cina, kami disambut dengan tepukan kemenangan.ini kerana, mereaka percaya kali ini, satu perubahan akan berlaku di negara ini. seperti mana kepercayaan mereka, iaitu tahun ini adalah tahun ular. Ular melambangkan perubahan. insyaAllah~
Jadual aku turuti, moga itu salah satu bonus untuk aku mempelajari keperlbagaian kaum di negara ini.

minggu ini juga aku secara rasmi bergelar staff di GPM (Gemilang Pasti Management). skop tugas yang diberikan sememangnya aku suka dan kena dengan citarasa aku tetapi ade juga yang tidak berapa aku sukai. tetapi mungkin itu satu tempoh pembelajaran untuk aku menghadapi kehidupan yang akan datang. belajar dari bawah merupakan satu perjalanan yang baik kepada semua orang. ini kerana, perit dan jerit kita akan rasainya.

salah satu jadual aku minggu ini adalah bersama YB Salahuddin bertemu orang asli yang sedang meraih simpati dari pihak bertanggungjawab. tanah perkuburan mereka diambil tanpa sebarang pampasan dan tanpa pengetahuan mereka. tanah tinggalan nenek moyang mereka ditimbus dan dibina kilang-kilang oleh pemaju. sungguh kesian melihat mereka. segalanya daif.tiada sistem perparitan yang betul. Air bertakung bagaikan kolam buatan.Hitam airnya.Mereka tinggal di perairan sungai tidak menjadikan mereka untuk mencari makan. namun, sejak pembangunan oleh pemaju, kehidupan air semakin berkurang.

anak kecil dari kalangan orang asli seletar~


Edaran limau akan diteruskan hingga minggu depan. akn tetapi, perjalan jadual aku hentikan buat seketika. hati ini mau pulang ke kampung buat melepaskan kerinduan. sudah dua tiga kali aku tangguhkan untuk pulang, insyaAllah, hujung minggu ini, harap dipermudahkan.



akan tetapi, hati ni turut bersedih, tiga majlis walimah sahabat aku tidak dapat aku hadiri. maaf dari aku sahabatku. aku tak dpat untuk meraikan kegembiraan bersama kalian..harap kalian dapat maafkan aku.kebetulan pula, jiran rapat aku juga kawen..ohhh..keputusan perlu dibuat moga kalian akan dikurniakn sebuah keluarga sakinah, warahmah dan mawadah~ berbahagia ke syurga

Pesan kawan aku, pilihlah yang mana satu, setelah buat keputusan, yang lain jangan difikirkan lagi..

ismaryzalismail
5-2-2013



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

sahabat@sahabiah PMI

.: sahabat utm :.

sahabat nun disana