22 May, 2013

contengan Di Pulau Sibu

bismillahirrahamnirrahim

aku amat berterima kasih kepada teman aku yang bayak membantu aku dari segi kewangan. Moga Allah murahkan rezekinya.insyaallah.



hujung minggu lalu, sekali lagi aku di pelawa untuk mengisi coretan kehidupan seorang teruna bujang. mencoratkan sedikit lakaran dalam diari kehidupan di kepulauan. Pulau Sibu tempat tujuan kami. kami hanya bertiga.



bertolak dari rumah ke jeti Tanjung Leman lebih kurang pukul 5 pagi. jalan raya yang tengah lengang dari penghuninya,maka perjalan kami mengambil masa sejam setengah. Setibanya kami di lembaran pantai tanjung leman, matahari baru sahaja keluar dari kaki langit. cepat- cepat Izuddin memberhntikan kereta. Melihat sungguh indah. wrnanya kuning telur.tapi tak sempat untk mangambil gambar, sangat cepat, kumpulan awan melindunginya.



jma menunjukkan pukul 10 pgi, bot sudah sampai. Jaraknya tidak lah jauh. coconut village tempat penginapan kami. tempatnya snagt menarik. cuma, untuk ke satu temat lain, perlu menggunakan bot.jadi, kami tidak dapat kemana melainkan dengan bot. selain dari berjalan kaki menyelusuri hujan Pulau sibu. Satu lgi kelemahan adalah, tuan punya chalet ini adlah cina. tp alhmdulillah, tukang masaknya adalh melayu. Masakan yang sangat sedap. masakan laut. udang, ikan, ketam, sotong. perghhhhhh...sedap habaq hang.....
satu kepala, RM 150~makan, bilik, bot~



aktivi pertama kami, snokeling. kami kena tambah RM 25 seorang. kawasan yang di bawa tidak lah tempat yang begitu cantik, tetapi, boleh la sekadar untuk melihat terumbu karang, ikan warna warni ciptaan Allah.perlahan-perlahan memerhati, seekor demi seekor ikan keluar dari sarangnya yang mulanya sembunyi ketakutan. ada  yang bergerak secra berkumpulan dan ade yang keseekoran. mata mereka liar melihat kelibat kami di permukaan. entah apa yang sedang mereka fikirkan.



setelah penat kami mengayuh tngan semsa snokeling, badan di rebahkan di katil buat seketika. sebelum, makan petang, kami merayau sekitar chalet, bergambar sebagai bukti kami sudah kesana. pelbagai possing dilakukan. duduk, berdiri, terbang, poyo, giyomi dan sebagainya. aduh, xpe hnya untuk paparan diri sendir sahaja.

sekali lagi kami bekesemptan melihat, kali ini matahari melabuhkan kerja sehariannya. tetapi hanya sinarnya sahaja. bentukknya di kaburi oleh kumpulan awan. tidak mengapa. insyaallah, lain masa, mungkin ade rezekinya.

ada beberapa perkara yang boleh aku dapt dalam perjalan diari aku ini. pertamanya, tentang keindahan ciptaan Allah. sangat menakjubkan. keduanya, bagaimana kita mengenal erti syukur. syukur dengan kehadiran sahabat-sahabat yang sentiasa bersama tidak kira waktu dan tempat.



Insyaallah, perjalanan ini memberikan aku satu lagi contengan diari yang akan mekar di lembaran ini dan lembaran pemikiran aku.

ismaizalismail
22 May 2013

2 comments:

  1. ana punyer kos, aritu wat project kt Mersing pastu diorang nk blanja sepenuhnya satu kelas g pulau, pulau sibu best ek akhi? diorang pilih pulau rawa, pulau besar, mane best.. pulau sibu best ek.. nk g esok lusa dah ni.. tertiba terbaca artikel ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok la, cuma tempat tu xde la kedai2...kena beli makanan ringan awal2...kena tgk tempat jgk kat sebelah mana...

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

sahabat@sahabiah PMI

.: sahabat utm :.

sahabat nun disana