29 May, 2013

kursus pra perkahwinan, syoknya

Bismillahirrahmanirrahim..

gambar dari fb~

Alahmdulillah, salah satu syarat untuk berkahwin sudah selesai aku tunaikan. Kursus Pra perkahwinan anjuran UTM. walaupun masa untuk setiap penceramah terhad, tetapi perkongsian yang dilalui mereka dari pengalaman menceriakan kursus.

Aku berpuas hati dengan penyampaian yg diberikan, walaupun ade satu dua perkara yang telah aku dengrkan, akan tetapi perkara itu lahyang seharusnya menjadi titik kepentingan kepada semua suami isteri nanti.
Kursus bermula lebih kurang pukul 8.30 pagi, 25 haribulan 5 2013. peserta program di sediakn dengan soalan ringkas untuk menguji pengetahuan kami. soalan berdasarkan soalansoalan biasa, soalan yang mengimbas kembali kita di sekolah Kafa dahulu.

Antara sloat yang memukau semua hadirin yang datang adalah bab pengurusan kesihatan, pengurusan stress serta prosedur permohonan kahwin. Walaupun di hari pertama sebanyak 7 slot diisi akan tetapi, tiga di atas yg menggamit hati kami. ada yang terbahak-bahak ketawa.mendengar pengalaman orang yang sudah berpuluh kali terlibat dengan semua ini. pahit dan manis. lengkap dalam perkongsian mereka. Kami dingatkan setiap negeri mempunyai prosedurpermohonan yang berbeza.

"kalau aku inginkan org yang bukan dari Johor, aku kena kursus lagi ke macam mana??"..soal aku kepada teman aku..
"mungkin, jawabnya..hahaha"

Oh tidak la sebegitu. bukannya 100% berbeza, hnya beberpa perkara sahaja. Ini hanya sebgai panduan untuk para peserta untuk bersiap sedia, jangan sampai perkahwinan tertangguh hnya disebabkn dengan perkara kecil belum diselesaikan.

kebetulan 25/5 teman aku kahwin, kami cilop sekejap dari kursus. berkejaran juga untuk masuk semula. kot-kot la, pihak urus setia dapat detect ke. Alhmdullilah, semuanya selamat.

bersama azimfahada


Pengurusan kesihatan perlu bermula dari sekarang. Jaga pemakanan dan kesihatan. Dr Samsul juga mengingatkan juga agar jangan merokok. lebih-lebih lagi ketika si ibu mengandung. hal ini akan mengundang bahaya kepada si kecil  dalam kandungan.Ujian HIV adalah di wajibkan kepada semua calon-calon, ini mengelakan dari masalah di kemudian hari. selain itu, Ust Indra shahril yang berkongsi menangani masalah stress, berkata, antra cara yang boleh menghilangkan stress adalah dengan bauan. lavender untuk perempuan manakala vanilla untuk lelaki. Bauan ini akan melegakan keserabutan yang tidak diundang dalam diri kita. Ada juga yang berkongsi tentang surah-surah yang perlu dibaca semasa ibu mengandung. antaranya surah mariam & yusuf  (ibu) dan yusuf & loqman (bapa). Untuk lebih molek, bacalah alquran setiap masa.bermula dari sekarang.

Pada hari kedua, kursus disambung lagi. Slot pengisisan masih berbaki lagi 6 tajuk. Antaranya, akidah, hubungan dengan keluarga, keluarga sakinah, komunikasi dalam keluarga dan pembubaran perkahwinan. Walaupun kita tidak suka dengan talak, cerai dan sebagainya, perkara itu perlu juga kita belajar. ini kerana, ada sesetengah keadaan perkara ini akn jatuh dengan sendiri jika kita tidak berhatihati dalam berbicara. bila kata sudah tidak sehaluan, macam macam boleh jadi. Kita harus ingat, hak menjatuhkan talak adlah hak lelaki, letaklah ia di tempat yg sebaiknya. gunalah bila ia betul-betul mendesak. jika tidak, carilah jalan untuk mendamaikan persengketaan. Walaupun ianya halal, namun Allah sangat tidak menyukainya.

sesudah lafaz sakinah dilafazkan, letaklah tangan kanan di atas kepala si isteri betul-betul di ubunnya. kemudian bacalah doa. "Ya Allah, Engkau jadikanlah isteri dihadapanku ini yang solehah di dunia dan di akhirat". ketika itu jga, dalam hati si isteri juga perlu berdoa, "Ya Allah, Engkau jadikanlah suami dihadapanku ini yang solehah di dunia dan di akhirat".

Memang benar, komunikasi dan ekonomi menjadi isu utama dalam mendirikan rumah tangga. komunikasi dengan ibu bapa si isteri dan sebaliknya, perlu di pupuk sebaiknya. Merancang perkahwinan perlu bersama. aling bermuafakat antara si lelaki dan siperempuan. bantu apa yang masih belum mencukupi. Majlis perkahwinan ikutlah kemampuan.Jangan over budget dan budget bagus. hntaran, mas kahwin dan sebagainya, perlu pendetailan.

Oh sungguh, aku perlu bersedia dari sekarng. aku perlu lakukan simpanan dari sekarang. sekurang-kurangnya RM 30k dalam simpanan. Semoga Allah mempermudahkan urusan aku.

sekadar inilah perkongsian aku berkenaan dengan kursus pra perkahwinan. selamat membaca.

sebahagian peserta

^^ ismarizalismail
29 Mei 2013

4 comments:

  1. moga Allah permudahkan urusanmu akhi.
    tersenyum sendiri membaca entry kali ini :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih...
      tersenyum, nampknya kamu dah tak lama ni...

      Delete
  2. Replies
    1. insyaaallah...

      hang dulu la, bila nk umum....
      blog hang dah bersarang, bila nk update...

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

sahabat@sahabiah PMI

.: sahabat utm :.

sahabat nun disana