07 June, 2013

hikmah kepulangan tertangguh

bismillahirrahmanirrahim

dalamkeadaaan mengantuk di awal pagi, aku membuka inbok emel. kot-kot la ade rezeki dapat interview kat mana-mana.

PANGGILAN TEMUDUGA PEGAWAI IMEGRESEN.

Alhamdulillah. dapat interview. Tapi, nak pergi ke tak.Tanya Allah dulu, kot-kot ade kerja yang lebih molek dari ini.

Cuti sekolah pun sudah nak habis, hati terdetik untuk pulang menggadap keluarga. nasib baik, keluarga baru satu, klu dah dua, mungkin kelam kabut lagi.insyaallah, akan hadapi jugak nanti. bagaimanalah keadaanya. Dok godek-godek tengok tarikh yang sesuai untuk pulang. Ok, khamis malam jumaat aku balik. dok tanya kakak tiket bas, semuanya penuh, khamis, jumaat, sabtu semua penuh. macam mana ni. aduh, macam mana mahu pulang. hiba dan sebak didada. Geng pejabat dah seminggu cuti dan melancong.




"tak apa la, mungkin tak de rezeki, runggut aku".

aku capai telepon, no ibunda aku cara untuk memberitahunya. Ligat dalam kepala aku menyusun kata-kata untuk memberitahunya, aku tak dapat balik.

"ma, tiket habeh, tok jadi balik la, ucapku lembut."
"tak po la, nok wat lagu mana, balik maso rayo ni la, syamilla doh balik, pagi tadi sapa".

lega, walaupun suaranya tenang berbicara, aku tahu hatinya mesti tengah bersedih. begitu juga adik-adikku.Berat jugak untuk tidak pulang. Insyaallah, akan ku usahakan balik. 

"Itu la, orang suruh cari kerja dekat Kelantan tidak mahu."sinis kawan aku.
" tak pe la, buat masa sekarang ni, biar kita merantau mencari pengalaman hidup dulu, lepas ni balik untuk berbakti di Kelantan pulak,jawab ku."

"ma doakan kat orang...pohon aku sebelum aku tamatkan talian....."

selang beberapa minit, satu panggilan dari Syarikat Printing dan pengiklanan, Azuarina.

"Assalamulaikum, boleh bercakap dengan ismarizal, suara perempuan muda, Kak Erin diperkenalkan nama."

"Ya, saya, jawab saya".

"saya dah tengok design awak, ok, cuma baiki lagi".
"Sekarang awak ade kerja kat mana-mana tak? soal kakak tu.

"tidak,pendek jawpan saya"
"tapi aku kerja dengan GPM, hati aku menjentik minda"

"Ok, esok awak datang ke pejabt kita bincang pasal gaji dan bila boleh mulakan kerja, sambungnya"

"Ok kak. jawapan gembira".

Subhanallah, Allah tangguhkan perjalanan pulang bertemu keluarga untuk Allah berikan aku satu tanggungjawab lain.

hari ini, aku bertemu dengannya. bincang. dan mencapai kata setuju. Alhamdullilah, walaupun tangga gaji tidak lah setinggi rakan lain, tp mungkin ini permulaan untuk aku membina kehidupan seterusnya.Insyaallah.Isnin akan aku lapor diri, dan bergelar sebagai staff azuarina.Junior graphic designer.

indahnya percaturan Allah, sebelum jumaat satu lagi panggilan dari rakan di Melaka unutk tawaran kerja. Kepala semakin serabut. Kejar apa yang di minati dan di sukai atau mengejar sesuatu yang belum tahu skop kerjanya.

maka, istikharah lah jawabnya. Mintak bantuan dari Allah. dan mintak juga pandangan dari rakan sekeliling serta bonda dan ayahanda.mungkin kerja di melaka aku ketepikan.

antara graphic designer atau pegawai imegresen (24/6/2013 interview, belum pasti dapat ataupun tidak)



semoga Allah permudahkan urusan aku untuk memilih kerja.

Dengan kepulangan tertangguh ini aku pohon doa semua. semoga aku dipermudahkan urusan aku, serta dimurahkan rezeki....inysaallah

jumaaat yg hangat dipancar mentari Rejab.
7 Jun 2013
ismaryzalismail

6 comments:

  1. boleh try pergi interview imegresen tu, dapat x dapat no 3. yang penting, usaha.. :)

    ReplyDelete
  2. tula, tp bru mula kerja, dah macam2...
    terima kasih, insyaallah, mungkin akan gi interview tu

    ReplyDelete
  3. sentiasa bersangka baik dengan Allah. setiap yang berlaku pasti ada hikmah yang tersembunyi. moga Allah permudahkan urusan enta. taniah dapat kerja baru! :)

    ReplyDelete
  4. insyaallah dan terima kasih...
    doakan ana...

    ReplyDelete
  5. salam, tahniah. boleh sy tahu, brother kene design apa ye? :)boleh share experience macamane boleh diterima bekerja? thanks. wassalam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam..terima kasih.

      saya dpt kerja sbgai grapfic design, cth buat banner, bunting, majalah dll...

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

sahabat@sahabiah PMI

.: sahabat utm :.

sahabat nun disana