21 August, 2013

Doa dan sabar


Bismillahirrahmanirrahim

Dalam kehidupan yang fana dan serba serbi ini, pelbagai ujian yang akan bertamu tanpa di undang. Secebis notis jemputan pun tidak dihantar. Dalam sedar mahupun tidak. Suka atau benci. Kaya atau miskin. Tua atau muda. Ia tidak kisah itu semua. Ujian akan di hantarkan oelh Allah dalam apa jua keadaan. Kadang-kadang bukan dalam jangkaan kita ia datang. Apa yang berat lag, bila Allah turunkan ujian, apa yang dia buat adalah hanya dok salahkan takdir dan orng sekelilingnya. Tiada usaha untuk meleraikan ujian yang singgah padanya.

Doa dan sabar merupakan elemen yang penting dalam menghadapi semua ini. Ubat ini sangat mujarab bila digunakan dalam merawat ujian. Doa senjata dan sabar perisainya.

Dalam sebuah hadis riwayat Abu Dawud, Tarmizi dan lbnu Majah, Rasul pun bersabda tentang masalah doa, “Sesungguhnya Allah malu terhadap seseorang yang menadahkan tangannya berdoa meminta kebaikan kepada-Nya, kemudian menolaknya dalam keadaan hampa.”

Firman Allah dalam Surah al-Baqarah ayat 45, “Dan jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu, sesungguhnya yang demikian itu amat berat kecuali bagi orang-orang yang khusyu’, yaitu orang-orang yang meyakini bahawa mereka akan menemui Rabbnya, dan mereka akan kembali 
padaNya.”


Jodoh juga merupakan ujian. Ada yang cepat. Ada yang lambat. Bersabar dan berdoa. Kenapa lambat??  Jangan ditnya pada orang lain. Muhasabah pada diri. Allah tidak akan menzalimi hambanya. Kadang-kadang, ada yang dapat tp putus dipertengahan. Allah Maha pencatur.
“Boleh jadi kamu mencintai sesuatu padahal sesuatu itu amat buruk bagimu, dan boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal itu amat baik bagimu. Kamu tidak mengetahui sedangkan Allah Maha Mengetahui.” (QS. 2:216)

resah gelisah bisa di ubati dengan selalu mendekatkan diri pada Allah SWT dgn cara berdzikir., sholat mlm., sedekah dan berbuat kebaikan yang lain nya. Betul. Itu merupakan ubat yang boleh kita rawat diri yang dalam kelam dan kusut. Al quran jantung kita semua. Kalimah-kalimah yang ade di dalamnya akan menenagkan para pembaca. Sungguh luar biasa.


Aku menulis bukan bermakna diri ini sebaik dalam tulisan. Kata-kata indah yang di taip. Tetapi aku berusaha untuk menjadi peghuni syurga bersama para nabi dan ulama serta mereka yang layak menghuni disana. Menulis membuatkan aku menyedarkan diri ini lemah. Seperti kerak nasi. Ujian yang datang ini datang melembutkan hati-hati yang keras. Kerak nasi bila di sirami air, maka lembut la dia.  

Ismaryzalismail
21 ogos 2013

3 comments:

  1. selalu jugak sahabat tanya bila nak makan nasi minyak. hanya mampu menjawab Haza min amri Rabbi. ini adalah urusan Tuhanku, andai esok Allah kata jodoh sampai, maka akan kawin la saya............. :)

    ReplyDelete
  2. Moga dipermudahkan urusan, isha Allah Allah mengetahui apa yg terbaik buat hambanya (^_^)

    ReplyDelete
  3. sedikit sharing,doa menghapuskan segala duga, kenangan pahit, putus cinta dan sewaktu dengannya.. caranya baca al-fatihah 1 kali.. dan ayat ni 3 kali dgn meletakkan tgn di kepala.. insyaAllah moga Allah hapuskan segala yg mengganggu fikiran dan jiwa..^^

    يَمْحُوا اللَّهُ مَا يَشَاءُ وَيُثْبِتُ وَعِنْدَهُ أُمُّ الْكِتَابِ

    Allah menghapuskan apa jua yang dikehendakiNya dan Ia juga menetapkan apa jua yang dikehendakiNya. Dan (ingatlah) pada sisiNya ada "Ibu segala
    suratan".

    surah ar-Rad ayat 39

    ^^ cinta putus di tgh jalan tu mgkin sakit, tp mgkin Allah menyediakan 'dia' y terbaik buat kita di dpn nnti sbb tu mgkin terjadi putus di tgh jalan tu.. smoga Allah pmudahkan segala urusan kita...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

sahabat@sahabiah PMI

.: sahabat utm :.

sahabat nun disana