12 May, 2014

bina semula..UKHWAH

Bismillahirrahmanirrahim.

sejak malam tu, semakin menjarakkan hubungan antara dua orang sahabat.

sukar untuk aku nukilkan, namun, mungkin sedikit coretan ini dapat di hayati bersama.

teman. maafkan diri ini andai coretan ini melukakan talian antara kita semua.

Pagi ini, aku terbaca satu tulisan yang benar menyuntik jiwa ini. aduh, seperti menikan-nikam sanubari.

"Pada banyak masa dan ketika, sebenarnya adalah lebih baik kita berdiam diri sahaja bila berdepan dengan situasi yang membuatkan kita rimas. Ambil sedikit masa untuk berfikir sebelum mulut kita laju membalas. Fikir.

"Kalau aku luahkan apa yang aku rasa, apa yang aku akan dapat? Hanya menyakitkan hatinya! Apa yang akan berlaku? Dia akan menjauhkan diri dariku. Apa kemudiannya? Hubungan persahabatan terlerai? Silaturrahim berkecai?"

Aduhai sahabat-sahabatku yang baik, sedaya upaya belajarlah untuk terus bersabar. Bukan semua perkara perlu diluahkan meski pun kita tahu ia adalah benar. Bukan semua soalan perlu diberikan jawapan. Bukan semua sindiran dan ejekan perlu dilayan. Ada masanya, kita perlu serahkan sahaja kepada masa. Biar Allah sahaja yang menjawabnya.
*Petikan buku PUJUKLAH HATI"

tersempit dan terhimpit.

janji ikatan yang di meterai, semakin putus.

ukhwah yang dibina, perlahan hilang.

bermaafan lah kalian, kembali pada asal. bermesra, bergurau senda, berkongsi suka dan duka seperti adik beradik.

diri ini tawarkan diri menjadi orang tengah, yang mungkin dapat mengikat semua talian yang retak tiada pangkalnya.

Sungguh, bukan senang untuk kembali semula seperti sedia kala.




6 comments:

  1. Hati yg terluka tu perlukan masa untuk sembuh.
    Orang kata 'time is the best healing'
    Kadang-kadang tu 'meninggalkan' bukan sebab kita benci.
    Tapi kerana kita terlampau menyayangi.

    Moga yang terputus, akan terjalin semula.
    Moga Allah beri yang terbaik untuk kalian !

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu, tp, andai senyap tanpa khabar berita, boleh menimbulkan sesuatu dari satu pihak lain.
      cuma, berdoalah untuk sahabat dalam keadaan sahabat itu tidak mengetahui, kerana itulah doa yang terbaik..

      Delete
  2. agree with anonymous 1.. time is the best healing..
    yg boleh kita buat, doakan shbt kita..
    nilai pershabatan tdk terltak ats zahir luaran semata,,
    hati tempat letaknya kasih,
    dan kasih inilah akan membawa tautan semula ukhwah..
    biiznillah...

    ReplyDelete
  3. indahnya ukhwah kerana Dia . indahnya ukhwah berlandaskan syariat . indahnya persahabatan , ukhwah fillah .

    ReplyDelete
  4. budok umoh mu hok namo pe kedio tuh..haaa ahmad redo, hok tu mulut laser sikit

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

sahabat@sahabiah PMI

.: sahabat utm :.

sahabat nun disana