03 May, 2012

reunion rakyat Malaysia 28 april 2012~

bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah, minggu lepas aku berpeluang untuk menghadiri satu jemputan iaitu reunion bersama rakyat malaysia. aku tidak ingin ceritakan perjalanan reunion tersebut namun aku ingin berkongsi sedikit sebanyak, what I get after I went there..(betul ke inggeris aku..haha)

terpegun aku melihatnya. almaklumlah, reunion pertama dan yang kedua aku tidak berpeluang. suasana di sana begitu riuh rendah. semua agama,bangsa,bahasa  berhimpun dengan satu matlamat. sungguh meriah. bukan hanya dari sekita KL mahupun selangor, namun, ade yang sanggup datang dari hujung utara dan selatan Malaysia. teringat aku ikrar dalam tentera. sedia berkorban demi kepentingan negara.

jumlah yang hadir tidak cukup untuk aku membilangnya dengan jari-jemari aku. jika di tambah dengan jari kaki pun tidak cukup untuk mengira semua yang hadir. pada hemat aku, yang datang umurnya dari 18- 50 tahun, akan tetapi semua itu hanya dusta. anak kecil di dukung bersama emaknya sehinggalah emak yang uzur di tolak dengan kerusi roda yang hadir reunion ini. mungkin aku patut letak 1- 90 tahun, anggaran umur rakyat malaysia yang hadir.

sebelum menjejakkan kakikesini, kita harus membetulkan niat. disini kita datang bukan untuk berhibur. kita hanya ingin menyatakan kebenaran dan hak kita sebagai ahli dalam sesebuah negara.

namun, sungguh sedih. bilamana reunion kita diperlakukan seperti kita bersalah.adakah kita bersalah, jika kita berhimpun.jika tidak mahu bersama kami, usah kacau kami. kami berhimpun dengan keadaan aman. bukannya bertujuan merusuh ataun apa sahaja yang boleh memburukkan keadaan dan nama baik malaysia. keadaan aman, bertukar menjadi kelam kabut. kami disirami dengan air dan juga gas pemedih mata.entah kenapa.ade juga diantara kami dibelasah.

Andaikata avengers berada di malaysia, aku yakin semua melakukannya akn dihapuskan..haha...

insyaallah, Allah telah menilai kita semua.siapa yang salah atau pun betul, akanmendapat pembalasan. sma ada baik ataupun buruk.moga-moga kami ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.kami doakan kamu semua, diampunkan dosa.insyaallah.
ok, aku tidak mahu berceloteh panjang-panjang. ayuh kita saksikan beberapa gambar semasa reunion kami menggu lepas~


 pasangan zauj dan zaujah

gadis-gadis dari Pahang~

 lautan manusia~ini baru secebis dari lensa aku~

 kawasan inilah antara semburan dilakukan~

adik manis didukungan emaknya





cikgu Mala sedang berucap


hanya sekadar berkongsi..

ismaryzalismail
03052012


6 comments:

  1. beginikah carenye berjuang?membawa anak sekecil itu ke tempat begini.memanggil pahang chief minister sebagai hitler.menjerit2 melontar bahasa kurang enak didengar..melontar botol2 ke polis.inikah yang islam ajarkan? sahabat,kutiplah dan gapailah ilmu.dan insyaallah, dengan ilmu, banyak yang kau boleh juangkan, banyak yang boleh kau ubahkan....sedarlah sahabat, tak salah untuk berjuang, cuma jangan terlampau taksub pada sesuatu yang kau sendiri tak pasti kebenaran....

    ReplyDelete
  2. (sila baca dgn itonasi suara yang rendah,biasa-biasa, bukan bernada tinggi seperti marah.)

    betul tu sahabat, namun saya tidak faham ape yg dikatakan salah~
    mntak pencerahan...
    namun, saya nk tnya adakah sahabat pergi ke reunion ini..

    ReplyDelete
  3. maap menyampuk..tp pada pandangan saya.. hanya mereka yg pergi sahaja tahu pe yg berlaku dari permulaan smp r penghabisan...kerna disitu mata x kan menipu..

    media massa spt berita,paper, video yg diambil selama beberapa minit dll tidak blh kite ambil bulat2 tuk menilainyer..kite perlu selidik dl... kerna kdg2 maklumat yg diterima blh saje disalah tafsirkan spt gambar...

    salah satu tanda akhir zaman..pabila media massa mula memutarbelitkan maklumat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah, saya tidak salahkan awak tidak tolak pandangan awak..

      betul tu, pandangan mata di tempat kejadiaan tidak kan menipu,

      Delete
  4. kami dari pihak berwajib universiti akan mengenal pasti pelajar yang terlibat dengan BERSIH, artikal ini membuktikan anda terlibat dengan BERSIH. tq.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasihatas komen anda,
      insyaallah, sy akan bg kerjasama dgn pihak anda..

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

sahabat@sahabiah PMI

.: sahabat utm :.

sahabat nun disana