06 May, 2012

reunion remote sensing

bismillahirrahmanirrahim~

Alhamdulillah, semalam saya sempat untuk menghadiri satu majlis tahunan bagi kos kami, sarjana muda sains remote sensing, iaitu makan malam. setiap tahun, nam dan tema majlis berubah ubah mengikut kehendak dan cita rasa penganjur. waktu dan turn kami sudah lepas sebagai penganjur. kini, kami sebagai final year student pula diraikan. tema kali ini glow in the dark. Majlis ini bertujuan utama adalah makan dan mengeratkan hubungan antara junior dan senior. majlis ini juga diisi dengan talk super senior mengenai career selepas graduasi nanti. bagi pihak diri aku, aku bagi 4 bintang dari 5 bintang. kenapa??

semuanya nampak lain dari yang lain, perasmiaan, gimiknya, montajnya, cuma selingan itu tetap sama dengan tahun-tahun lepas. nyanyian akustik. disini aku cadangkan tahun depan cuba deklamasikan sajak ke, dikir barat ke, pentomin ke..haha, mengada-ngada la pulak. tetapi apa-apa pun aku ucapakn kalungan jutaan tahniah buat second yer atas gerak kerja yang dilakukan.

terima kasih juga aku ucapkan kepada pihak ajk kerana telah memilih aku sebagai king of the night bagi dinner semalam. tidak sugguh ku sangkan. semalam aku megenakan baju melayu bercaler biru muda,deserikan dengan sampin hitam emas, dan lilitan selendang di pangkal leher. pada hemat aku, mungkin aku seorang sahaja memakai baju melayu, mungkin aku lain dari yang lain. aku terpikir, adakah akumenepati tema yang diberikan.ah biarkan sahaja. orang sudah pilih.

tidak lupa juga kepada final list yang turut tercalon. insyaallah, lain kali masih ade peluang..

disini aku kongsikan beberap keping gambar yg sempat aku rakamkan untuk disemat dimemori.



bergambar king of the night   
     
 barisan 4th year bersama lecturer

 rakan seperjuangan

 muiz, penulis, chong

 hadirin yang hadir

ini semua hanya sekadar perkongsian, tiada apa-apa niat disebaliknya. ini juga sebagai tambahn catatan didalam diari kehidupan aku. insyaallah di masa akan datang aku akn kongsikan perkara-perkara yang lebih bermaanfaat..insyaallah.

Ya Allah, selamatkanlah aku dan sahabat-sahabat aku dari lembah kehinaan didunia ini...

ismaryzalismail
6 mei 2012





4 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

sahabat@sahabiah PMI

.: sahabat utm :.

sahabat nun disana