28 March, 2011

Konvo 46 episod 1

Alhamdulillah, hari ni genap 6 hari aku berdating di pesta konvo. Panas sepanjang hari membuatkan aku terasa kehausan , dahagakan kata-kata nasihat dan peransang dari semua sahabat.Aku melihatkan keletihan di raup wajah setiap petugas yang berkorban masa dan tenaga untuk bertugas di gerai PMI begitu mahal harganya, tidak ternilai.

Buat kalian yang bersungguh bersama lajnah ekonomi, untuk mencari kewangan dan belajar tentang pengurusan kewangan dan juga pengurusan perniagaan, aku lontarkan selautan terima kasih.Mungkin ini sahaja yang aku mampu hulurkan.Walau sekadar terima kasih, aku doakan masa kalian yang dikorban unutk ISLAM ini digantikan dengan kejayaan,hanya dari Allah.Tiada kata yang sesuai untuk aku berikan.Ucapan terima kasih inilahmungkin akan menjadi penguat dan penyatuan antara kita semua dalam berjuang dijalan Allah.

Cerita tentang konvo kali ini aku akan kongsikan dalam entri yang lain.Untuk hari yang terakhir ini, moh kita sama-sama selesaikan apa yang telah mulakan.Begitu bayak peristiwa yang trjadi dalam pesta konvo kali ni.ada yang baik dan ada yang....hanya jauhari mengenal manikan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

sahabat@sahabiah PMI

.: sahabat utm :.

sahabat nun disana