30 March, 2011

Test in life-ujian Allah

Apakah manusia mengira akan dibiarkan hanya dengan mengatakan "Kami telah beriman," dan mereka tidak diuji?

Banyak perkara yang kita lakukan setiap hari, bermula dari celik mata hinggalah mata dipejam semua.namun adakah kita menilai satu-satu perkara itu sebaiknya.Jauh dari sudut hati ini mengatakan bukan semua baik dari segi lisan mahupun gerak gaya tubuh badan sempurna. Betullah Firman Allah di atas.

Setiap peringkat dan lapisan masyarakat Allah menurunkan ujian, tiada perbezaan, berat atau ringan hanya menjadi sempadan.Semakin besar tanggungjawab kita, semakin berat ujian Yang Allah berikan.

Disaat ini, Allah menyuruh kita berdoa kepadanya.
"dari Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud :"tuhan kita turun pada setiap malam kelangit dunia ketika tersisa sepertiga malam terakhir dan berfirman,' sesiapa yang berdoa kepada-Ku maka Aku memenuhinya.Sesiapa yang memohon kepada-Ku Aku memenuhinya.Sesiapa yang meminta ampun maka Aku mengampuninya."Hadis kursi- (riwayat buhkari no 1094, muslim n0 1808, et al )

Mengaktifkan diri dengan berdoa amatlah dituntut oleh Allah.

sebenarnya bukan hanya kemiskinan dan kesakitan menjadi ujian, namun diwaktu kekayaan, kesenangan dan kekayaan juga merupakan salah satu ujian yang Allah lontarkan kepada kita sebagai hambanya.

hidup ini merupakan ujian yang paling besar, iaitu membuat pilihan.Pilihan kita hari ini akan menjadi kesan dikemudian hari.Jika kita tersalah memilih jalannya, gelap la masa depan.Namun, jika benar lorong pilihan, insyaallh segala onak dan duri akan ditempis dengan senang.

Kita sebagai mahasiswa ataupun prang yang sedang menuntut ilmu juga tidak terlepas dari ujian Allah.Malah lebih lagi dari rakan sebaya kita yang lain.Ape tidaknya, disaat inilah, penghasut-penghasut berlegar difikiran utk menyesatkan kita.Sebagai contoh.diwaktu peperiksaan, kita meniru.Nampak sememangnya simple, tapi kesannya hingga akhir hayat.cuba kita bayangkan,dengan meniru tadi, kita mendapat result yang gampak. dan dengan result itu, kita mendapt kerja.Tiap-tiap bulan akan dapat gaji.persoalannya adakah gaji itu berkat.GAji td dihasilkan dengan meniru semasa menjawab peperiksaan dulu.Ayuh rakan-rakan, ubah sekarang.Mari kita langkahkan kaki ke tikar sejadah.Memohon ampun.

Marilah kita muhasabahkan diri kita.dalam kehidupan seharian adakah kitamemasuki lubang-lubang kemaksiatan ataupun ke lorong-lorong keimanan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

sahabat@sahabiah PMI

.: sahabat utm :.

sahabat nun disana