19 February, 2014

Sinopsis~syabab huffaz

Bismillahirrahmanirrahim

sinopsis cerita aku yang bakal diterbitkan. tp bila?? Entah la.

Syabab Huffaz mengisahkan tentang perjalanan pengajian pelajar-pelajar tahfiz dengan pelbagai rintangan ditempuhi mereka untuk dilahirkan sebagai seorang tahfiz yang “multi task” di bombing oleh seorang pemuda berjiwa kental.

Iskandar Zulkarnain, indah namanya. Nama tokoh Islam yang termasyhur. Tokoh dikenali sebagai raja dan penakluk yang tiada bandingan. Iskandar merupakan graduan di Universiti South Malaysia, menagambil jurusan ukur tanah atau dikenali suveryor. Setelah bergraduasi dia aktif dalam kerja-kerja sukarelawan dan juga bergerak aktif bersama NGO-NGO kebajikan bagi membantu masyarakat sekeliling.
Cita-citanya ingin membantu masyarakat dengan mendekatkan diri mereka dengan ajaran Islam.Cintakan Allah, cintakan Rasulullah, cintakan Alkitab. Pelbagai program diaturnya bersama demi mengembalikan mereka yang tercicir dari ajaran Islam. Walaupun Iskandar bukan dari jurusan agama, akan tetapi berkat didikan ibu bapanya mengenai cintakan Islam, taat ajaran Allah, membuatkannya ingin membantu masyarakat membuak-buak. Nun jauh di utara, tidak putus-putus doa seorang ibu untuk anaknya yang berada jauh di selatan.


Dalam masa yang sama, seorang ustaz, ustaz zaifiddin mengajaknya untuk bersama membantu membuka sebuah madrasah tahfiz. Hari demi hari, mereka mengatur dan mencari ilham bagaiman untuk membentuk sistem pembelajaran di madrasah tersebut. 


Pelbagai karenah dan dugaan dihadapi mereka. Surat layang, tohmahan serta ugutan diterima agar tidak meneruskan pembukaan madrasah ini. Tambahan pula, pelbagai perangai dan songeh adik-adik tahfiz yang dating dari pelbagai latar belakang keluarga dan persekitaran. Alhamdulillah, generasi pertama madrasah ini, hanya 20 orang sahaja diambil, 5 perempuan, 15 lelaki. Iskandar didik oleh ibu bapanya menyayangi sesiapa sahaja termasuklah budak kecil. Iskandar sebagai anak sulong dalam keluarganya, tidak kekok untukmelayan karenah adik-adik tahfiz yang mana semuanya berumur antara 8-12 tahun.


Beberapa hari pengajian berlangsung, keserasian mereka diuji. Adakalanya bertengkar mulut, mengejek dan sebagainya. Ada pula diantara mereka suka bergurau namun, kadang-kadang berguraunya tidak kena pada masa dan tempatnya. Pening kepala Iskandar melayan karenah mereka. Iskandar mengambil tugas sebagai warden pelajar tahfiz lelaki, manakala ustazah Anis dan Ustazah Zakiah warden pelajar perempuan. Mereka berdua juga merupakan lepasan tahfiz, 30 juz dalam kepala dan dadanya. Disinilah, erti kesabaran diungkai oleh Iskandar.


Iskandar dikejutan dengan perletakan jawatan seorang ustaz. Ustaz Solihin merupakan tenaga pengajar dalam bidang hafalan dan bacaaan alquran. Perjelasan dari ustaz Solihin kepada pihak pentadbir, iaitu Ustaz Zaifiddin membuatkan tiada perkara yang boleh menghalang dia dari kekal disini. Masalah kewangan dan peningkatan kos sara hidup menggugap hati dan perasaan Ustaz Solihin. Tugas Ustaz Solihin diambil alih oleh Ustazah Anis dan Ustazah Zakiah serta Iskandar. Semakin banyak ranjau mendatang, semakin bersemangat Iskandar untuk mengharunginya.


Kerancakan pengajian diuji sekali lagi. Masalah baru yang datang lebih mencabar. Mencabar semua oang yang terlibat dengan madrasah tahfiz ini. Pihak jabatan agama tidak mengiktiraf penubuhan madrasah. Perbincangan demi perbincangan dilakukan oleh Ustaz Zaifiddin dengan pihak jabatan agama untuk mencapai kata sepakat. Takala itu, solat hajat dilakukan oleh semua yang terlibat, Iskandar, pelajar tahfiz serta ibu bapa pelajar.
Setengah tahun telah berlalu, masalah demi masalah, dihadapi dengan tenang dan tidak putus memohon pertolongan dari Allah. Kini sudah separuh al quran penghafalan mereka. Mereka berlumba-lumba menghabiskan alquran. Tokoh pelajar tahfiz dalam cerita ini adalah Aiman, Fahrizan, Amirul, Atiqullah, Asyraf, Nazmi, Naim, Fakrul, Ikram,Haikal, Maizatul, Liyana, Damia serta Iffah . Mereka adalah pelajar tahfiz yang mempersonakan dengan kepelbagaian karenah dan perangai. Mereka adalah anak-anak desa dengan tekad luar biasa serta bercita-cita menjadi penghafal Al Quran suatu hari nanti. Perjalanan pengajian mereka dipenuhi kejadian yang tak terduga. Secara perlahan mereka menemukan keunggulan dalam diri dan persahabatan. Iskandar dijadikan idola mereka.



ismaryzal ismail


8 comments:

  1. Jalan cerita yg sangat menarik. Smga berjaya mnghasilkannya..

    ReplyDelete
  2. Wah akhi, wat cerito sendiri tu.. pasal budok tahfiz pulak tu.. patut la ada byk gmbr budak tahfiz pos kt fb.. kira cerita real ko ni? hehe pahni dah diterbitkan tag la, nanti nk beli.. best ni.. ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyaallah, real dan tambah ckit...

      blh jah, nak mintak enti tunjuk ajar jgk ni...

      Delete
    2. true story best sbb dia dtg dari hati pastu diserap dlm penulisan.. kiranya kalau org baca rasa duk dlm cerita tu.. tu mmg karya org hebat..

      ana xpandai, xlayak nk beri tunjukmajar, tulisan ana byk y entah apa2.. apa2 pun akhi... terusan perjuangan dlm penulisan krn Allah.. insyaAllah.. doakan bersama...

      Delete
  3. Can i have your num?mungkin kita bole bekerjasama..email me at cicakyaya@gmail.com or mesej at my facebook yaya ma'embong

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

sahabat@sahabiah PMI

.: sahabat utm :.

sahabat nun disana