03 March, 2014

Insyaallah, saya boleh.

Bismillahirrahmanirrahim

Ujian datang tanpa di duga. tidak kira dalam keadaan senang mahupun susah. Sihat atau pun sakit.Kaya ataupun miskin.tua ataupun muda.

Bukan semua ujian yang datang dapat kita sambut. adakalanya terpaksa kita tempis. namun, tempisan itu tidak mengena. maka hati kita yang gundah gelana.

serabut, runsing menyelubungi diri.



Serangkai kata pujangga Arab:

Serahkan hatimu kepada manusia, nescaya dia akan melukainya, serahkan hatimu yang luka kepada Allah, nescaya Dia akan mengubatinya.

Ujian akan dapat diselesaikan dengan bersedekah.

Abuhurairah r.a. berkata : Rasulullah s.a.w. bersabda :
Tidak akan berkurang harta kerana sedekah, dan tiada seorang yang memaafkan suatu aniaya kezaliman melainkan Allah menambah kemuliaanya, dan tiada seorang yang tawaddhu’ (merendah) kerana Allah melainkan Allah menaikkan darjatnya.

                                                   **********************

"Isma, mintak nasihat, rasa down sangat ni", pinta seorang teman bekas sekelas aku dulu.

"aku tidak la arif dalam hal sebegini, namun, ketika ini dia perlukan kata-kata semangat, aku tidak akan kecewaknnya" bisik hatiku.

"kenapa?" pendek balas aku. Meminta ke pastian masalah.

"Biasa la ma,(panggilan pendek dari Isma) kadang-kadang alatan yang nak buat penyelidikan ni bermasalah. dengan penasihat master dan macam-macam lagi. Andai difikirkan pendek,hendak sahaja aku berhenti dari sambung master." ulas beliau.

berfikir sejenak, mencari akal untuk menjawab masalah yang dihadapinya.

"Bersabar, insyaallah, ujian seorang penuntut ilmu begini la." Aku mula menceritakan tentang madrasah tahfiz yang aku jaga. satu demi satu, aku mengharapkan apa yang kongsikan difahami dan tidak terhijab. Risau juga, andai perkongsian yang diberikan akan terhijab dengan dosa-dosa aku.

Dia mula mengerti. 

"aku cuba ma, terima kasih banyak-banyak, doakan aku" sambungnya.

"doakan aku juga", pinta aku.

 

                                                          **********************

Antara ubat yang dapat menenangkan hati sedang lara ini adalah ayat alquran dan juga solat. Tiada siapa diantara kita tidak pernah merasai ujian. keresahan.kegembiraan.kesedihan.

Mari kita bermunajatkan pada Allah. Mungkin ujian hari ini merupakan kafarah diatas dosa kita sebelum ini samaada kita perasan atau pun tidak. Maka, bertaubatlah.Berisgtifarlah. Sesungguhnya Allah Maha pengampun.

Kalam Allah, sangatlah indah. tiada tulisan yang dapat menandingi kalam Allah ini. bunga-bunga bahasanya tidak dapat kita tiru sepertinya.Sungguh mendalam. Itulah Ubat untuk hati yang meraih siraman. Hati yang sedang menanti siraman-siraman merdu dari Kalam Allah.

Ini semua adalah lumrah hidup.

Namun, andai kita bersendirian, maka ujian yang datang pasti tidak akan dapat diselesaikan. Oleh itu, kita perlukan orang sekeliling kita. Berbaik dan binalah jaringan seluasnya. Andai jaringan sudah terbina, maka, masalah akan dapat di selesaikan dengan cepat, mudah serta hati akan menjadi tenang.

Jangan sekali-kali putus asa dengan apa yang terjadi, seringkalilah kita bersangka baik.hikmah yang tersembunyi pasti menyebelahi kita. siapa sangka.

Abul-Laits r.a. berkata :
Bersedekahlah dengan yang sedikit atau banyak, sebab sedekah itu mengandungi sepuluh kebaikan, lima di dunia dan lima di akhirat. Adapun yang didunia maka:

 1.  Membersihkan harta kekayaan, sebagaimana sabda nabi s.a.w. yang bermaksud ;  ‘Ingatlah bahawa jual beli selalu diliputi oleh lagho, sumpah dan dusta, kerana itu maka selingilah (campurilah dengan sedekah).

 2.   Membersihkan badan dari dosa-dosa sebagaimana firman Allah yang bermaksud;        ‘Ambillah dari harta mereka sebagai sedekah untuk membersihkan dan mensucikan mereka.’

 3.  Menolak bala’ dan penyakit, sebagaimana sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud ; ‘Ubatilah orang-orang sakit dengan sedekah’.

 4.  Menyenangkan hati orang miskin, sedang sebaik-baik amal menyenangkan kepada orang mu’min.


 5.  Menjadikan berkat dalam harta, dan luas rezeki, sebagaimana firman Allah yang bermaksud ; ‘Dan semua yang kamu sedekahkan maka Allah akan menggantinya.’

************************************

Diri ini bukanlah orang yang sepatutnya. ada orang lain yang lebih layak bercakap mengenainya. Tetapi, aku juga ingin turut serta sebagai penyampai, agar kita semua dapat merasai keindahan dalam hidup ini.

Usah salahkan takdir. Takdir itu datang setelah kita membuat pilihan.Beristikarahlah. Gopoh gapah itu adalah sifat syaitan.

insan yang sedang meraih keampunan dari Ilahi.
Ismarizal ismail. Skudai.

5 comments:

  1. Takdir itu datang setelah kita membuat pilihan?

    Maksudnya macam mana tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kita sering salahkan takdir,

      tp kita kena ingt, sebelum sesuatu berlaku, Allah sudah beri kita pilihan.

      Delete
  2. So kita perlu pilih untuk terima dengan ikhlas, redha dan senyum.
    Begitulah kan?

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. Allah memberi ujian mengikut kemampuan hambanya...Anggaplah itu hadiah daripada Allah. :-)
    jom singgah dan follow sy: cikhafizahnurani.blogspot.com

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

sahabat@sahabiah PMI

.: sahabat utm :.

sahabat nun disana