06 November, 2010

pengorbanan perasaan


PENGORBANAN PERASAAN




Ramai orang sering bercakap dalam perjuangan mesti ade pengorbanan. Dari segi harta, masa dan sebagainya. Jarang orang bercakap tentang pengorbanan perasaan. Hal ini dapat ungkai setelah mana kita menghadapi situasi yang berbelah bahagi, klu di telan matinya mak, di ludah matinya bapak.
Sebagai contoh antara program atau ibu bapa. Jika tidak pergi kat program kita ajknya, jika pergi program perasaan ibu bapa kita siapa nak jaga.

Antara lain jika kita dalam perjuangan, kita selalu di datangi perasaan rendah diri dalam kalangan sesama kita. Walhal bukannya baru sehari dua kita kenal, namun hati kecil kita selalu meronta-ronta, jikalah hati dapat bercakap, mungkin perasaan itu dapat di hilangkan. Selain itu kita juga selalu terasa tidak dihormati dan di hargai. Keadaan ni sering berlaku kepada pimpinan mahupun ahli dalam sesuatu organisasi. Jika dilihat dari sudut lain, penyakit-penyakit ini semua kan merosakakn lagi reputasi organisasi tersebut.

Ayuh mari kita tanyakan diri dan juga iman kita, sejauh mana kita ingin mencapai matlamat kita jika kita tidak hapuskan perasaan seperti ini. Percayalah, jika masih sayang dan berhasrat untuk menyimpan dan memendam perasaan yang menjadi racun dalam berorganisasi dan juga berukhwan, lama kelamaan, ia akan menjadi nanah dan buruk sehingga tidak dapat dirawat lagi.

sesungguhnya perasaan ini memang berkaitan dengan seketul darah dalam diri kita yang dinamakan hati. Jika seketul darah ini tidak mendapat rawatan dan tidak disiram dengan KALAMULLAH ataupun tazkirah-tazkirah, maka perjuangan kita tidak akan kekal lama. Ia akan berhenti di sepertiga, tidakpuan seperdua jalan.

Kita kena sedar dan perhalusi, semakin hari kita berjalan dimuka bumi ini, semakin jauh diri kita dengan rumah kita, dan semakin dekat dengan kubur. Marilah kita muhasabah dan kenali diri kita, dalam seharian berapa banyak kita menolong agama ALLAH, berapa banyak kita mengingtiNYA.
sedarlah wahai saudaraku, kita merupakan pejuangan agamaNYA selepas junjungan besar baginda nabi Muhammad s.a.w wafat.
Allah ada berfirman dilam kitab sucinya
"wahai orang-orang yang beriman!jika kamu menolong agamaallah,niscaya Allah akan menolongmumeneguhkan kedudukanmu."ayat 7 surah muhammad.
seiring dengan ini, kita perlu melengkapkan diri dengan perhiasan-perjiasan yang menjadi tuntutan kita sebagai mukmin, lebih-lebih lagi kita sebagai mata-mata rantai perjuanagan Rasulullah.

Mari kita mengorak langkah bersama-sama, menggembling tenaga, harta, masa, perasaan demi Agama yang tercinta ini.
Jika bukan sekarang, bila lagi,
jika bukan disini, dimana lagi,
jika bukan kita, siapa lagi.
Kenapa mesti kita harapkan orang lain?kenapa bukan kita yang memulakannya dahulu.Ayuh rakan-rakan, berganding bahu, memegang erat amanah yang telah ditinggalkan untuk kita menggalasnya, bagi memastikan Islam terus bertapak ditempat yang tinggi..

...ISLAM MENERAJUI PERUBAHAN DUNIA...

1 comment:

  1. salam ziarah.. syukran jazillan akhi.. erm...btul tu.. ditelan mati mak,diluah mati bapak.. huhu.. tp kt plu kmbali pd matlamat n betulkan nawaitu kt. ikhlaskan hati dlm perjuangan, sentiasa berusaha melakukan perubahan menjadikan diri ke arah yang lebih baik dan berdoalah agar dipermudahkan segala urusan dunia akhirat kt smua. ameen, insyaAllah... wallahu'alam.. wslm

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

sahabat@sahabiah PMI

.: sahabat utm :.

sahabat nun disana