28 October, 2011

ngeteh dining hari

bismillahirrahmanirrahim

Petang tadi, seorang sahabat mngajak aku untuk makan malam, aku melihat kelibat adik-adik yang baru sahaja menjejakkan kaki ke alam universiti dilamun ujian percintaan.Alhamdulillah, ujian seperti ini tidak aku terima, moga-moga dijauhkan.Sememangnya perasaan cinta itu adalah fikrah.Namun, bagaimana kita mengurusnya, agar peraaasn ini disalurkan pada tempat dan waktu yang sepatutnya.Mungkin ketegasan seorang bapa pada bab-bab couple ini, membuatkan aku tidak tergolong dalam hal sebegini.Walaupun ada sekali dua aku ingin mencubanya.Perkara ini sudah lama berlalu, pada tahap pemikiran sekolah menengah.Aku bersyukur, sehingga kini aku dikelilingi dengan teman-teman yang sentiasa memberi peringatan akan hal yang sepatutnya di utamakan.

Naqib aku pernah berkata, kita yang bernama student, akan dilontarkan dua ujian. Pertamanya adalah masalah akademik dan yang keduanya adalah wanita.Jika kedua-dua ini kita tidak dapat kuasai maka musnahlah masa muda kita.Kenapa, bila ditanya.
Kedua-dua perkara ini berkaitan rapat kepada student.
Mari kita renungi, kedua-dua perkara ini,tengok sekeliling sahabat kita yang dibuai lamunan percintaan, kata mereka, dalam belajar ini, perlu ade penyokong ataupun penguat semangat, jadi jika seseorang itu ade peneman, masalah dapat diluahkan, hati merasa lega.
Ini adalah satu kesilapan, mengapa kita tidak mengadu pada yang sepatutnya.Allah s.w.t tempat yang paling sesuai untuk kita mengadu, tempat kita meluahkan perasaan, tempat untuk kita meminta penguat semangat.

Ada satu lagu dulu-dulu, liriknya berkaitan tentang masa muda, katanya masa muda, adalah masa berapi-api.Memang betul, masa inilah, pantang ditegur, terus dibalasnya.

Ingatlah adik-adikku, disini kita hanya sementara sahaja, 4 tahun, pejam celik-pejam celik, sudah pun habis.Manfaatkanlah masa yang ada sebaiknya.Tepuk dada tanyalah IMAN.


2 comments:

  1. terima kasih utk peringatan sbegini..

    ReplyDelete
  2. insyaallah sama-sama kita berdoa agar kita tidak tergelincir walaupun sesaat dalam golongan coupling ini....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

sahabat@sahabiah PMI

.: sahabat utm :.

sahabat nun disana