05 October, 2011

ukhti dan akhi, dengarlah

bismillahirrahmanirrahim

entri ini aku utuskan untuk menjelaskan apa yang aku postkan sebelum ini, (disini)
pertamanya, aku berterima kasih yang menitik beratkan apa yang aku postkan.Atas teguran dia, aku rasa ade betulnya.Ada kemungkinan blog yang biasa ini ramai pembacanya, dari pelbagai kefahaman tentang apa yang aku postkan.terima kasih sekali lagi.

Kepada yang lain fahaman tentang aku tuturkan, aku sediakan satu jawaban.JAwaban ini, aku harapkan menjawab soalan dari komen dalam post tersebut.


Soalan: Salam..Ustaz nk tnya skit ni..sy de dngr ustaz2 yg mengajar kt masjid..katanya becinta itu haram hukumnya.soalan saya,betulkah haram hukumnya bercinta sebelum berkahwin walaupun batas2nya telah dijaga..dan andai kata betul patutkah seseorang itu memutuskan hubungan percintaannya dan memulakan kehidupan masing2 jika mereka telah mengetahui akan haram hukumnya bercinta sblm kahwin. Jawapan: Bercinta yang diharamkan tu ialah seperti yang berlaku dewasa ini iaitu antara si lelaki dan si perempuan saling berbual, bertemu, keluar atau makan bersama. Apakah yang dimaksudkan pula bercinta tapi menjaga2 batas2nya. Batas apa yg dijaga? Kalau yg dimaksudkan dengan batas itu ialah mengikut garis panduan agama maka tidaklah salah tetapi tidak pula dinamakan bercinta.. itu hanya disebut sebagai saling mengenali. Dalam Islam, tdak salah menegenali seorang perempuan dengan tujuan utk dijadikan isteri. Tetapi tidaklah sampai keluar bersama tanpa mahram, bercakap perkara2 yg yg disukai olih nafsu. Tetapi kalau maksud menjaga batas tu ialah tidak tidur bersama hanya berjalan atau sekali sekala makan bersama maka itu bukan menjaga batas agama bahkan inilah bercinta yg diharamkan. Bagi yg terlanjur sudah terlibat dengan bercinta ini tidaklah mesti memutuskan hubungan tetapi jika jujur menjadi keutamaan maka berkahwinlah sebagaimana anjuran Nabi saw.

Islam begitu indah, sehinggakan pelbagai perkara remeh dititik beratkan serta diambil kira. Dalam islam, kaedah pergaulan antara wanita serta lelaki juga digariskan dan perkara ini serius dibincangkan dari semua peringkat.


Islam telah menggariskan adab pergaulan antara lelaki dan perempuan. Tujuannya adalah untuk memelihara kesucian dan maruah umatnya. Sebagai seorang Islam kita wajib mematuhi perintah-perintah Allah S.W.T. dan menjauhi laranganNya demi menjaga kesucian agama. Umat Islam samada lelaki dan perempuan hendaklah menjaga adab-adab pergaulan dan pandangan masyarakat serta jiran sekeliling agar tidak timbul fitnah dan perkara yang tidak diingini. Contohnya lelaki dan perempuan keluar bersama tanpa ditemani mahram, berpegangan tangan, berdua-duaan , berpelukan, berkesedudukan dan lain-lain sifat negatif yang mencemarkan kesucian agama Islam. Rasulullah s.a.w. pernah menyebut dalam satu hadis yang bermaksud: :"Apabila seorang lelaki dan seorang perempuan berdua-duaan, maka yang ketiganya adalah syaitan". Walau bagaimanapun Islam mengaharuskan pergaulan antara lelaki dan perempuan dalam keadaan-keadaan tertentu seperti menuntut ilmu dan bekerja, dengan syarat mereka menjaga adab-adab pergaulan pergaulan, menjaga aurat dan cara berpakaian, cara bercakap dan cara berjalan..



Fatwa Ulama Syaikh Muhammad bin Shaleh al-Utsaimin ditanya tentang hubungan cinta sebelum nikah. Jawab beliau; "Jika hubungan itu sebelum nikah, baik sudah lamaran atau belum, maka hukumnya adalah haram, kerana tidak boleh seseorang untuk bersenang-senang dengan wanita asing (bukan mahramnya) baik melalui ucapan, memandang, atau berdua-duaan. Sebagaimana Rasulullah SAW bersabda: Janganlah seorang lelaki bedua-duaan dengan seorang wanita kecuali ada bersama- sama mahramnya, dan janganlah seseorang wanita berpergian kecuali bersama mahramnya."

mungkin ini aku harapkan pencerahan tentang persoalan antara wanita dan lelaki diperolehi.Semua diatas aku ambil dari artikel iluvislam serta dari halaqah.net.
Marilah kita berada diwah naungan Islam yang sebenar.Usahlah kita meringan-ringankan serta memperlekeh hukum yang sedia ada.Kita semua dari golongan intelektual dan juga golongan yang berfikiran kehadapan.

Insyaallah, moga-moga entri kali ini aku harapkan dpat menjelaskan perkara yang aku telah postkan sebelum ini.terima kasih sekali lagi untuk sahabat yang memberi teguran.

2 comments:

  1. Demi MASA. Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali yang beriman dan yang beramal soleh.
    Yang berpesan-pesan dengan KEBENARAN.. sangat sikit dikalangan kita yang mahu menegur sahabat dengan kebenaran.. siiru'ala barokatillah

    ReplyDelete
  2. terima kasih atas "sentuhan" yang bermakna, walaupun kecil tapi besar nilainya...terima kasih wahai sahabat.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

sahabat@sahabiah PMI

.: sahabat utm :.

sahabat nun disana