12 December, 2011

manisnya study group

bismillahirahmanirrahim

STUDY GROUP??
Sepertinya sudah lama tidak duduk study bersama. seingat aku saat yang paling manis adalah semasa di matrikulasi. Lajnah akademik surau menset upkan jadual study kami.setiap org wajib melakukan nota ringkas berdasarkan tajuk-tajuk yang telah diberikan. dibahagikan kumpulan. setiap orang dikehendaki untuk membnrangkan apa yang diringkas olehnya. sungguh bermakna.




saat-saat menghadapi peperiksaan SPM juga aku tidak lupa.Masih segar lagi diingat sewaktu berada di rumah Redzuan, pakar add math kelas kami.hampir 5 hingga 6 kali juga kami bermalam dirumahnya.Unutk lukisan kejuruteraan kami bermalam dirumah Fitri.
Alhamdulilllah kedu-dua subjek tu aku dapat capai targetnya.walaupun addmath B.aku tidak kisah, aku puas.Puas teramat sangt dengan usaha yang kami curahkan.

Namun, bila saja menjejakkan kaki di alam universiti, semua ini semakin hilang ditelas kesibukan individual.Semacam kami buat hal masing-masing.Roh study group semakin kabur dihalang bayang-bayang sendiri. tetapi, kadang-kadang aku berusaha untuk mencari kesinaran cahaya.
Betullah bilamana tugasan berkumpulan dimanfaatkan dengan jalan yang betul, maka itu lah study group.walaupun lain komsepnya, tetapi, disinilah kita berkongsi ilmu.Insyaallah, dikesempatan yang ada ini, mari kita ayunkan tangan, bukakan langkan bersama-sama.satukan matlamat kita.
satu yang tidak kketinggalan, berlapang dada.Itu perkara paling penting.Jangan pula, kita diistilahkan sebagai penumpang shaja.tidak berikan apa-apa manfaat.Hanya tengok sahaja apa yang dilakukan oleh ahli kumpulannya.tetapi, kita tidaklah asyik  menunding jari kepada mereka bergelar penumpang sahaja, kita kena tengok diri kita juga. Adalah kita telah menggunakan kepakran mereka sebetulnya.adakah kita telah membahagikan tugasan seadilnya.adil disini bukanya sama banyak, adil disini adalah mengikut kemampuan. selain itu, bilamana kerja yangtelah mereka lakukan, adakah kita menghargainya.sedarlah semua, setiap dari kita mempunyai peranan masing-masing.berbincanglah.itu jalan yang terbaik.

sama-samalah kita hitungkan peranan sahabat kita.jangan biarkan mereka terseksa dengan perangai kita yang keterlaluan.semuanya nak A.bertolak ansurlah, insyaallah akan ketemui jalan yang terbaik.hargailah mereka.



 
 

Kepada semua, selamat menjalankan ibadah study.berbincanglah dengan orang lain, kerna itu adalah lebih cepat untuk menghadamkannya dan lebih cepat memahaminya.Exam semakin hampir.ayuh semua.jangan berlangah lagi.


[road to exam with PMIUTM]

ismarizalismail
12 disember 2011





1 comment:

  1. haihh semangat jugak eh..bl tuan post sal exam..mmg betul pown..da tinggal bape minggu jew lagi..tp yg sgt ketaranya..mmg..cre stdy zmn sklh dlu da x sme ngan kat sni..tp x pew..sbb matlmatnye ttap sm kn..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

sahabat@sahabiah PMI

.: sahabat utm :.

sahabat nun disana